My Name Is Adam Faris

by Akma on January 12, 2013 · 61 comments

in Family, Story

My Name Is Adam Faris. Umur Adam sekarang 2 Tahun 4 Bulan.

Adam sekolah di Junior Learners Early Development, Wangsa Maju. Adam pergi sekolah setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Hari-hari Adam kena pergi sekolah. Tiap-tiap pagi mummy kejut dan mandikan Adam. Adam tak suka mandi pagi sebab sejuk huhu…

Setiap pagi mummy siapkan sarapan untuk Adam. Mummy juga sediakan bekal untuk Adam makan di sekolah… Sayang mummy…

My Name Is Adam Faris

My Name Is Adam Faris

Cita-cita Adam bila dah besar nanti nak jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke…mmm tak tahulah sebab Adam belum besar lagi hehe.

Favourite toys Adam car…car…car aje. Toys lain Adam tak suka sebab tak best. Adam banyak koleksi cars. Lego pun Adam suka tapi Lego cars lah :D

Semua tu mummy, papa, achik, along, angah, pak teh, mak teh, kawan-kawan dan banyak orang yang belikan untuk Adam.

Semua tu Adam dapat percuma je…bestkan…

Kawan-Kawan Adam

Kawan-Kawan Adam…

Ini kawan-kawan Adam kat sekolah. Ada Melayu, Cina dan India. Teacher Adam pun ada Melayu, Cina dan India. Semua teacher Adam best.

Adam ada ramai kawan-kawan, semuanya baik-baik. Kami selalu belajar dan main bersama-sama. Di sekolah… Adam belajar ABC, 123, Singing, Coloring dan macam-macam lagi.

Hari tu teacher bawak kitaorang semua melawat Zoo Negara tengok monyet, burung, zirafah, harimau dan macam-macam lagilah. Banyak betul binatang kat sana.

Achik dan mummy buatkan cupcake untuk semua kawan-kawan Adam.

Adam Handsome

Handsome tak Adam..

Masa cuti sekolah hari tu… Adam, papa dan mummy pergi bercuti ke London. Ni kali kedua Adam pergi sana.

Awal tahun 2012 lepas Adam pergi dengan mummy dan achik tetapi masa tu Adam tak pandai jalan lagi. Sekarang Adam dah boleh jalan dan lari sana sini. Penat papa dan mummy kejar Adam je hehe.

Best sangat jalan-jalan kat sana, cuaca sejuk sangat. Adam suka duduk sana, tapi mummy cakap tak boleh sebab tu bukan rumah kita….ooooo…

Bising je bear ni

Bising je bear ni…

Papa dan mummy bawa Adam pergi melawat banyak tempat yang best dan cantik-cantik semasa di London. Penat sungguh Adam jalan-jalan kat sana…tapi best.

Adam Style

Penat jalan dah… minum susu jap…

Mummy dan Achik selalu bawa Adam pergi cuti-cuti. Bila Adam dah besar dan duit banyak… Adam nak bawa papa, mummy, achik pula pergi jalan-jalan.

Mummy Adam suka shopping tau ngehhh…ngehh..ngehh.

Adam Tahun baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Ni gambar terbaru Adam masa sambut Tahun Baru 2013 dengan mummy, uncle Azlie dan semua staff Ombak Creative Solution…yang sedihnya Achik tak dapat join sekali.

Adam dan mummy

Adam dengan mummy dan achik. Papa takde sebab papa Adam low profile huhu..

Ni blog Achik Adam… Adam pinjam aje :D

Hobi achik menulis dan membaca. Dia suka sangat tulis-tulis ni, apa dia tulis pun tak tahulah. Lagi satu Achik suka sangat ambil gambar Adam.

Adam tengah mandi atau tido pun dia ambik gambar juga…ishhh Achik ni. Tapi Adam tahu achik sayang sangat dekat Adam.

OK lah ya…Adam nak ikut mummy dan achik jalan-jalan. Nanti kita jumpa lagi ya.

Bye Uncle and Auntie semua…

Penulis Jemputan : Adam Faris

{ 61 comments… read them below or add one }

azrijohan January 12, 2013 at 8:34 pm

wah comel nya adam :D kecik2 dah pandai menulis blog.. hehe

Reply

Akma January 13, 2013 at 6:23 pm

The best blog writer ni…import punya hehehe

Reply

Asyrof Asri March 7, 2013 at 3:33 am

Perghh! – Penulis jemputan terhormat tu.

Penulisannya pun sangat menarik. heheh …

Baik betul kak Akma ya tuliskan naluri hati Adam.

Insya-Allah jika Adam dah besar nanti dia kacak bergaya, akhlak baik dan pandai, dia akan membaca artikel blog ini.

Mungkin dia akan terharu dengan tindakan makchiknya.

Walaupun makciknya dah tua pun nanti, konfem merata dunia boleh melancong. Moga kak Akma sentiasa sihat.
Asyrof Asri recently posted…Wordless Monday Part TigaMy Profile

Reply

Danial January 12, 2013 at 8:40 pm

Baru umur 2 tahun 4 bulan. Dah pandai guest posting. Ni nanti dah besar ni mesti hebat :D

Comel2.

Semoga Adam dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Amin…

Reply

Akma January 13, 2013 at 6:25 pm

Adam nak belajar dengan abang Danial lah boleh tak..hehehe

Thank you abang danial..doakan untuk Adam ya ;)

Reply

boni kacak January 12, 2013 at 9:32 pm

seriously dia yang tulis sendiri tu?? wah.. dah boleh jadi blogger dah ni..hehehe

Reply

Akma January 13, 2013 at 6:26 pm

Dia baru register jadi Blogger hahaha

Reply

hairulafiz January 12, 2013 at 10:11 pm

blogger cilik ni…

Reply

Akma January 13, 2013 at 6:26 pm

Thank you uncle hairulafiz hehe…

Reply

afif January 13, 2013 at 12:20 am

gaya macam dah besar pulak..comel..

Reply

Akma January 13, 2013 at 6:27 pm

Thank you…Adam dah besar cuma lom sunat je hehehe

Reply

titan January 13, 2013 at 6:42 pm

emmm..mustahil budak ni yang taip. mustahi..mustahil. haha..

Reply

Akma January 13, 2013 at 8:48 pm

Kenapa…tak percaya yer hehe…

Reply

titan January 14, 2013 at 1:45 am

100% tak percaya. siap boleh buat linking. Logik akal aku, mustahil. Even dia makan cendol hari-hari pun, tetap mustahil. haha

Reply

Akma January 14, 2013 at 10:52 pm

Ko kena percaya 1001%…penulis jemputan ni genius oooo hahaha

Reply

cheeze maz January 15, 2013 at 3:50 pm

Adam tak suka cendol. Dia suka chocolate. :)

Reply

Akma January 15, 2013 at 10:57 pm

Hehehe….

Reply

PuanGojes January 13, 2013 at 6:43 pm

hehe. hai adam :)
salam kenal dari makcik tak berapa nak gojes ya :D
wa. kawan-kawan adam kira 1Malaysia la kan. :)

Reply

Akma January 13, 2013 at 8:50 pm

Hai Auntie Gojez…
Salam kenal juga auntie…kawan2 Adam sekarang dah bertambah jadi satu dunia pulak…negro, arab semua ada dah hehe

Reply

Blog Keperawatan January 13, 2013 at 7:04 pm

Baru register jadi blogger aja tulisannya lengkap sudah…
Semoga cita-citanya adam akan tercapai aamiin

Reply

Akma January 13, 2013 at 8:51 pm

Udah diasuh dari dalam perut..keluar aja langsung pegang laptop hehehe…
InsyaAllah moga2 tercapai..mekasih uncle Ferry..:)

Reply

Melastik Bintang January 14, 2013 at 9:11 am

wah! terer adam ni leh wat entri.. hehehe =)

Reply

Akma January 14, 2013 at 10:50 pm

Memang cite sebenar tapi translate ke bahasa org dewasa sikit huhu..tak tahu nak post apa..bg ruang kat penulis jemputan kecik ni.

Reply

Amirez January 14, 2013 at 1:24 pm

wah awalnya masuk sekolah. semoga menjadi anak yang soleh dan cerdik :)

Reply

Akma January 14, 2013 at 10:49 pm

Aah antar dia sekolah dari umur 1 1/2 lagi..asalnya nak bagi dia berkawan sbb kat umah ni takde budak2 baya dia..Alhamdulillah cepat dia belajar..terima kasih uncle Amirez..doakan untuk Adam ya :)

Reply

hairulafiz January 14, 2013 at 4:29 pm

beruntungnya kecik2 dah berada diluar negara

Reply

Akma January 14, 2013 at 10:46 pm

Ada rezeki lebih sikit..so merasalah dia berjalan hehe

Reply

ConorX January 14, 2013 at 9:21 pm

I just read this blogspot translated to English, and i seriously find it cute!!

Reply

Akma January 14, 2013 at 10:45 pm

Tqvm..haha​​.. just a writer Imagination post :)

Reply

donnyien January 15, 2013 at 12:42 am

hai mummy,
Comelnya! moga impian Adam Faris akan tercapai. Tidak mustahil tu, juga menjadi seorang anak yang berjaya. Mudah-mudahan.

Reply

Akma January 15, 2013 at 10:51 pm

Haiii uncle donny

Adam harap pun gitu juga..adam akan jadi anak yang baik dan berjaya bila besar nanti ;)

Reply

Solehah January 15, 2013 at 8:54 am

Terer betul Adam ni ye. Kecik2 dah pandai taip entri. Ni kalau umur sama dengan mummynya, mesti lagi hebat nanti. Anyways, I love to read this. It is cute story. Adam, please pray for auntie. Auntie wants to go to London too. It’s my dream travel… :)

Reply

Akma January 15, 2013 at 10:54 pm

Achik ajar Adam tulis-tulis ni hehehe..Thanks auntie coz like it my writing…Adam doakan semoga impian Auntie Solehah tercapai..

Reply

sohoque January 15, 2013 at 3:45 pm

waaahhhh.. bestnya adam… tecik-tecik lagi dah blh pegi jalan2.. best!!!

Reply

Akma January 15, 2013 at 10:55 pm

Adam best lah uncle sohoque..mummy yang tak best..duit habis banyak hahaha

Reply

Hafizul January 15, 2013 at 11:06 pm

Hebat penulis jemputan ni..seronok membaca artikel ni..is dia, gaya penulisan dia..fuhhh seronok…hehe..semoga berjaya menjadi PM lepas tu bawak mama dan achik jalan2 pulak yer,…

Reply

Akma January 17, 2013 at 5:45 pm

Terer kan adam tak pelat langsung hahaha..doakan kan adam berjaya ya uncle Hafizul ;)

Reply

hafizmd January 16, 2013 at 12:50 pm

fuh….cayalah adik adam faris…abg nak jemput jadi penulis jemputan kat blog abg boleh? =)

moga berjya mencapai cita2 murni tu…ameen

dah macam 3 tahun lebih..nampak matang =)

Reply

Akma January 17, 2013 at 5:48 pm

Hehehe..adam tulis untuk blog achik aje lah abg hafizmd..

InsyaAllah doakan cita2 Adam tercapai ya..

Achik : baru umur 2 tahun 4 bln je..tp mulut celoteh..ada je benda dia nak tanya..hehe

Reply

Hazmin Hamudin January 16, 2013 at 3:16 pm

Berjaya mencatat sejarah sebagai blogger termuda ni. Hehe.. Mana nak dapat.. :p

Reply

Akma January 17, 2013 at 5:50 pm

One in a million ..baru nak register guinness book records ni hehehe..

Reply

Mohd Isa January 17, 2013 at 5:00 pm

biar betul adam yang tulis ni awk, erk…macam tak percaya plak. meh nak jemput adam tulis kat blog sy. sy pun comel apa. :P

Reply

Akma January 17, 2013 at 5:04 pm

Betullah dia tulis hahaha…Adam ni penulis jemputan utk blog ni sahaja :D ooo ye saya ada buat artikel utk blog awak…kena buat final check dulu apa2 saya email k ;)

Reply

Mohd Isa January 17, 2013 at 5:07 pm

aiseh, nak gak. please. tell him, i want him writes something about hobby. i mean adam hobby. hehe

okay, i will wait it. :)

Reply

sha January 17, 2013 at 5:19 pm

keep it Adam.. ! teruskan menulis good entry sebegini.. hehe

guna je blog achik adam ni… hehe

Reply

Akma February 10, 2013 at 1:35 pm

Thanks auntie sha…

Dia suka menyibuk time i tulis blog, sibuk tanya je budak kecik ni… Penulis tetap akmaomar.com ni. Huhu

Reply

daddydee January 21, 2013 at 12:25 am

Comel adam faris ni…

Reply

Akma February 10, 2013 at 1:34 pm

Thanks Uncle daddydee hehe

Reply

Hafizul January 24, 2013 at 12:44 am

Ini kali kedua baca artikel ni..sungguh seronok..hehehe

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:38 am

Thanks uncle PK huhu

Reply

muazfaris January 25, 2013 at 4:26 pm

comel nya Adam Faris tu. .. eh, cam Muaz Faris pun ada.

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:44 am

Aah lah sama nama blkg…tq abg muaz (adam jawab) huhu

Reply

Asyrof Asri March 7, 2013 at 3:37 am

Muaz Faris saya lagi comel ya.
Asyrof Asri recently posted…Wordless Monday Part SatuMy Profile

Reply

Lynn February 4, 2013 at 4:35 pm

Penulis cilik terbaik bulan ini.

Reply

Akma February 5, 2013 at 8:17 pm

Penulis cilik kesayangan achik nya ni hehe

Reply

Asyrof Asri March 7, 2013 at 3:44 am

Doa saya moga blog kak Akma Omar boleh diterbitkan menjadi sebuah buku fizikal untuk tatapan pembaca terutama rakyat Malaysia.

Sebuah penulisan yang sangat bermanfaat dan sangat persuasif di mata pembaca dan follower blog kak Akma.

Nanti bila dah terbit buku dari cerita blog, royalti masuk boleh lah melancong jauh-jauh lagi. * p/s – jangan lupa belanja saya. heheh
Asyrof Asri recently posted…Mesir – PTS Bekerjasama Dengan Pelajar Mesir Bagi Melahirkan Penulis BidangMy Profile

Reply

Mida Rud March 8, 2013 at 5:55 pm

Iman & Aiman pun nak jadi blogger jemputan lah cam ni hehehe

Reply

Akma March 26, 2013 at 12:11 pm

Boleh2… Nnti achik Adik buat special untuk iman & Aiman. Lego project Aiman jangan lupa bagi kat aku Mid.

Reply

KHAIRINA ZAINAL April 12, 2013 at 6:18 pm

wahhhh…adik adam dh pndai taep :) hehehe comeyyyyyy

Reply

khairul asrol May 7, 2013 at 3:39 am

comel gilaa adam. meh ikut uncle meh, uncle ada gula gulaa! hahah. untung la kecik kecik dah pergi London. :)

Reply

Akma May 7, 2013 at 3:12 pm

Hehehe tima kasih abg khairul..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: