Masalah Pembuangan Bayi Yang Semakin Berleluasa

akma dan adam
Akma dan Adam
cute baby and sweet mom

Cute Baby Smile and Sweet Mom

Pertama kali saya menulis entri sebegini, perasaan marah, geram dan kecewa yang teramat sangat mengundang saya untuk menulis.

Tajuk pembuangan bayi ni saya rasa satu tajuk yang selalu terpampang di akhbar kita.

Pelik, hairan, kecewa dan marah bila baca artikel pembuangan bayi yang semakin berleluasa di dada-dada akhbar.

Apalah salah bayi yang tidak berdosa sehingga diperlakukan sebegitu. Ada yang dibuang di tong sampah, dalam longkang, tepi jalan dan sebagainya.

Bila tenguk dan baca memang rasa tak sanggup sangat.

Baru-baru ni saya terbaca artikel bayi dibuang ke dalam longkang masih bernyawa itu lah kuasa Allah Swt. Itu yang hidup ada yang sampai digelek kereta. Mana perginya sifat kemanusian, kasih sayang orang yang membuang ni? Dah tidak ada akal dan iman ke sebelum melakukannya.

Kebanyakkan yang saya baca bangsa kita sendiri, iaitu Melayu. Mana iman dan pegangan agama diaorang? Sedangkan binatang pun sayangkan anak ini kan pula manusia yang Allah Swt berikan akal, sifat yang cukup sempurna. Kalaupun tak mahu anak tu, janganlah diperlakukan sedemikian.

Ramai pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat tapi tidak berhasil, yang  senang nak beranak sibuk nak buang aje! Pelik sungguh…

Pusat Kebajikan Masyarakat Malaysia

Saya pernah temankan rakan saya ke rumah kebajikan di Pahang untuk permohonan anak angkat. Rakan saya  ni dah 10 tahun berkahwin tetapi tidak dikurniakan zuriat kerana masalah ketumbuhan yang kronik. Alhamdulillah beliau berjaya mendapat sepasang anak angkat yang comel.

Di pusat kebajikan dibawah JKM – Jabatan Kebajikan Masyarakat ini ramai betul anak-anak yang ditinggalkan ibubapa. Semuanya masih kecil lagi, satu-satu saya perhatikan wajah anak-anak kecil ni betapa comelnya diaorang. Tersentuh betul hati saya melihatnya sampaikan mengalir airmata pun tidak sedar. 🙁

Kerajaan ada menyediakan banyak Pusat kebajikan kanak-kanak dan ada juga Pusat Kebajikan Remaja Bermasalah yang mengandung anak luar nikah.

Kepada remaja atau sesiapa sahaja sekiranya ada yang terlanjur tapi buntu atau tidak mampu saya mohon janganlah melakukan pembuangan dan perbuatan sedemikian. Saya percaya ramai yang tidak buta IT, searching aje di Google dan anda akan jumpa senarai pusat-pusat kebajikan di Malaysia ni.

Saya bukan berniat untuk menggalakkan remaja yang mengandung anak luar nikah ni cuma daripada diaorang buat perkara yang tidak betul tanpa menggunakan akal baik kita tunjuk jalan yang betul. Sekurang-kurangnya dapat membasmi masalah pembuangan bayi.

Anak adalah harta yang paling berharga di dunia ni, sebagai ibubapa saya percaya anda semua sedar kepentingan mereka dan perlu memberi kasih sayang yang secukupnya.  Kita semua pernah menjadi anak kecil dan merasai kasih sayang yang tidak terhingga dari kedua ibubapa kita begitu juga anak-anak yang terbuang ni. Mereka memerlukan hanya kasih sayang, bukan wang ringgit yang diaorang mahukan.

Disini saya bukan nak bagi nasihat, cuma pada yang zalim dan tidak berakal tu sedarlah bahawa didunia ni kita boleh lari, tetapi balasannya Allah Swt  akan balas di akhirat nanti. Gunakanlah akal dan fikiran yang Allah Swt berikan sebaik-baiknya.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

10 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest