Malaysia Best Blog 2015 Milik Siapa?

Malaysia Best Blog 2015

Nampak ketara arena blogging di Malaysia sekarang semakin membesar. Memang best sekaligus mewujudkan suasana harmoni dan persaingan yang sihat.

Blog lama semakin meningkat naik dan tidak ketinggalan mula wujud blog baru yang sama-sama mewarnai lagi dunia blogging. Setiap tahun ada sahaja pengiktirafan untuk blogger Malaysia yang dianjurkan oleh syarikat dan pihak tertentu.

Jika anda seorang blogger, pasti anda tahu mengenai shortener url. Sekarang sedang popular shortener url dari Malaysia iaitu Lynk.my. Ianya sangat menarik kerana korang boleh buat duit dengannya, jom baca entri saya mengenai contest review lynk.my 2015 ini.

Pasti ada blogger yang tersenarai dan mendapat anugerah Blog Terbaik di Malaysia. Semakin banyak pengiktirafan, maka semakin meningkatlah nama sesebuah blog itu. Alangkah bestnya jika blog anda mendapat anugerah macam tu kan…

Dalam entri Malaysia Best Blog 2015 ini saya akan senaraikan blog terbaik yang menjadi pilihan saya dan ada sedikit kelainan.

Jom tengok blog siapa yang saya senaraikan…

Malaysia Best Blog 2015

Ruby.My – Blog ini milik seorang wanita dan blogger sepenuh masa. Seorang yang berdedikasi dan berdisiplin dalam melakukan kerja.

Mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan pengiklan. Sering mendapat job dari pengiklan besar. Jika anda masuk ke blog beliau, boleh dikatakan semua artikel yang ditulis berbayar. Salah seorang blogger yang berjaya membuat duit lumayan setiap bulan dengan hanya menulis blog.

Inilah satu-satunya blogger yang banyak memperkenalkan saya kepada pengiklan Malaysia. Bukan senang ya hendak mendapat kepercayaan beliau memilih blog anda…bertuahkan Akma Omar ni hehe.

AzuanRazi.com – Setiap kali saya senaraikan blog pilihan pasti blog jejaka ini sentiasa ada dalam senarai. Beliau merupakan rakan baik saya, pakar blog dalam semua sudut, dan webmaster yang sama-sama menguruskan kesemua blog saya.

Seorang yang saya kategorikan sangat pakar tetapi lebih suka mendiamkan diri. Satu-satunya blogger yang banyak mengajar saya tentang blog. Jika anda lihat kejayaan yang saya kecapi melalui blog ini adalah hasil dari ilmu yang saya dapat dari beliau.

Sehingga kini kami banyak bekerjasama dalam projek-projek berkenaan dengan blog. Banyak bekerja dibelakang tabir sehinggakan blog beliau sendiri tidak terupdate huhu.

Multees.com – Blog seorang blogger, IM terkenal dan juga usahawan yang layak diberi pengiktirafan Malaysia Best Blog 2015.

Sepanjang tahun 2014, beliau telah berjaya menjana pendapatan sebanyak lebih RM80K melalui affiliate blogging sahaja. Belum campur lagi income beliau yang lain.

Diawal pembabitan saya dalam bidang blogging, blog beliau antara yang saya jadikan rujukan. Boleh dikatakan pakar dalam segala sudut blog. Apa dia buat semua menjadi huhu.

Denaihati.com – Saya selalu mengikuti blog beliau. Secara peribadi saya agak segan dengan blogger terkenal Tuan Haji Amir jika terjumpa di majlis-majlis blogger hehe.

Seorang yang saya kategorikan berilmu tinggi, peribadi yang baik, pemurah dan selalu menganjurkan kerja amal dengan menggunakan platform blog.

Mempunyai network sendiri dan banyak menganjurkan contest besar dan seminar untuk blogger. Malah terkenal dikalangan pengiklan besar di Malaysia.

IkhwanFahmi.com – Saya mengenali blog Tuan Ikhwan Fahmi semenjak saya menyertai IM group Infokerjaya dan berpeluang bertemu beliau ketika saya dijemput menjadi salah seorang speaker majlis gathering IKR baru-baru ini.

Beliau merupakan rakan kongsi Tim Infokerja yang telah membantu ramai calon lulus cemerlang dalam peperiksaan SPA dan melahirkan ramai IM terkenal.

Tim IKR adalah sebuah group yang sangat berjaya dalam internet marketing. Tidak silap saya tahun 2014 mereka telah berjaya menjana income sebanyak lebih daripada 500K dengan hanya menjual eBook sahaja.

AhmadFaizal.com – Saya mengenali blog beliau agak lama, bukan baru semalam buka blog. Antara blog terawal yang saya baca. Memiliki banyak blog tersorok sana sini.

Seorang cikgu, pakar SEO dan buat duit dengan blog. Mamat cermin mata ini bila menulis memang sangat poyo. Cara dia menulis tak payah nak cerita, semua blogger tahu.

Otak dia hanya fikir buat duit sahaja. Tidak kira besar atau kecil semua dia belasah. Jika dia kata sudah kongsikan semua teknik-teknik buat duit sila jangan percaya banyak dia sorok tu haha. Antara blogger dan IM berjaya di Malaysia.

BlogOhDuit – Blogger dan juga technician lulusan UNIMAP. Merupakan penganjur contest Malaysia Best Blog 2015. Seorang webmaster, pakar SEO dan blog juga.

Sebelum ini lebih bergerak secara underground. Rasanya baru beberapa tahun beliau mula menonjolkan diri dikalangan blogger. Seorang yang pakar dalam teknikal blog. Kerap juga bersaing dengan blog saya dan turut serta menyertai setiap contest anjuran blog saya.

Beberapa kali menang contest besar anjuran blogger. Kali ini beliau pula anjurkan contest. Siapa tidak join memang rugi besar.

AnakUluCheka – Blog ini milik seorang guru berjanggut puteh yang sinonim dengan nama Tok Puteh. bukan Qu Puteh ya hehe.

Beliau bukan blogger baru, saya mengenali beliau sejak lima tahun yang lalu. Seorang pakar SEO dan blog juga yang menetap di Pahang sebab itu nama blog pun kalau tak silap saya ianya salah satu nama penempatam di sana. Sangat low profile dan berperibadian tinggi.

Kini mula terlibat dalam Internet Marketing dan merupakan salah seorang pakar affiliate juga. Nama beliau sering duduk senarai teratas IM yang berjaya. Diam-diam banyak buat duit dengan blog tu.

Blogginspired.com – Blog ini admin bukan blogger baru, sama seperti blog Tok Puteh. Macam-macam nama dia ada. Saya mula mengenali beliau melalui nama Hati Putera, seorang yang suka sembunyikan identiti.

Setiap contest yang saya sertai dan berjaya menang, pasti blog beliau juga tersenarai sebagai pemenang. Boleh dikatakan salah satu blog yang selalu bersaing rapat dengan blog saya hehe.

Beliau seorang pakar blog dan IM yang tidak jemu-jemu belajar. Anda boleh dapat banyak tip blogging didalam blog beliau untuk dijadikan rujukan.

Saya juga selalu baca blog beliau, makin lama saya lihat cara beliau menulis semakin kemas dan padat.

RelakssMinda – Saya tidak mengenali blog RelakssMinda ini secara rapat. Nampak seorang pengamal teknik SEO juga ni sebab semua contest SEO yang saya anjurkan pasti blog beliau tersenarai sebagai pemenang tempat teratas.

Hanya menggunakan platform blogspot percuma sahaja berjaya mengalahkan blog yang menggunakan domain dan hosting sendiri. Nampak sekarang banyak blogspot memonopoli ranking teratas setiap kali ada contest.

Jika anda baca blog beliau, banyak menulis topik blogging, ilmiah, agama dan kehidupan. Cara beliau menulis agak tenang dan sedap dibaca. Kenalah sangat dengan nama blog.

Malaysia Best Blog 2015

Senarai seterusnya adalah blog-blog saya sendiri… sesungguhnya tak layak nak dapat gelaran Malaysia Best Blog 2015, cuma saja nak perasan sikit. Yelah, muka tak tahu malu. hihi

Pasti ramai yang ingat saya hanya memiliki satu blog ini sahaja. Sebenarnya saya mempunyai beberapa niche blog. Saya jarang kongsikan kepada umum, itupun sebahagian sahaja, yang lain biarlah rahsia hehe.

AkmaOmar.com – Merupakan blog pertama saya. Disinilah tapak bermulanya kerjaya saya sebagai blogger Malaysia. Tempat saya mula kenal tentang blogging, belajar cara menulis yang baik, buat duit dengan blog dari jumlah yang sekecil-kecilnya sehingga berjaya jana lebih dari empat (4) angka. Terlalu banyak jasa blog ini sebab itu saya sayang sangat hehe.

Akma.me – Blog peribadi kedua menggunakan nama saya sendiri. Menulis tentang bisnes, produk, informasi dan blogging. Boleh dikatakan 90% dalam Bahasa Inggeris. Salah satu tempat saya mengasah skill penulisan dalam Bahasa Inggeris.

JourneyRoutes.com – Blog niche travel dalam Bahasa Inggeris. Spesifik menulis tentang travelog, tip travel, foods dan informasi tempat-tempat menarik dalam dan luar negara. Disini saya banyak menulis pengalaman bercuti untuk dikongsikan kepada pembaca. Malah, saya juga membuka ruang untuk penulis jemputan untuk berkongsi artikel travel mereka.

ExamSPA.com – Sebuah blog niche kerjaya yang menulis tentang kerjaya kerajaan dan swasta, peperiksaan SPA, informasi dan peluang pekerjaan di Malaysia. Nama domain tu cantik tak? hehe.

OmbakCreatives.com – Blog perniagaan keluarga saya menggunakan platform blogspot. 100% Niche bisnes tentang butik kami, event perkahwinan, majlis-majlis amal, koperat, individu dan syarikat. Alhamdulillah setakat ini banyak membantu menaikkan bisnes kami.

AlphaLipid.my – Sebuah blog kecantikkan dan kesihatan yang masih baru. Daripada nama sahaja orang sudah tahu EMD (Exact Match Domain) ini adalah khas untuk jenama produk New Image yang terkenal di Malaysia.

Content tertumpu tentang produk, informasi, tip-tip dan segala yang berkaitan tentang produk kesihatan dan kecantikkan. Jika anda hendak mencari informasi dan membeli produk kesihatan New Image, bolehlah melawat blog tersebut hehe.

Produk tengah HOT sekarang ialah Alpha Lipid Bee Venom, saya pun dah pakai dan perubahan positif yang sangat ketara.

Kenapa Blog Mereka Terbaik?

Ketika saya baru mula hendak merangkak dalam membina blog. Saya sudah didedahkan dengan blog-blog terbaik diatas.

Mereka bukan hanya sekadar menulis blog secara suka-suka. Mereka ada teknik dan kepakaran blogging yang tiada pada pada blogger lain. Serius dan berdedikasi dalam setiap apa yang mereka lakukan.

Jika anda lihat majoriti dalam senarai diatas ramai yang bermula sebagai blogger dan dalam masa sama beralih ke bidang Internet Marketing. Secara berperingkat-peringkat mereka melakukan tranformasi.

Walaupun ada diantara mereka bukan blogger popular Malaysia dan jarang menonjolkan diri. Tetapi dalam senyap dan cerdik banyak bermain secara diam dan lebih professional.

Itu yang saya maksudkan blogger yang mempunyai matlamat dan tujuan menulis blog. Hasilnya sangat berbaloi dan lumayan.

Memang selayaknya digelar Malaysia Best Blog 2015.

Senarai blog-blog saya tu sengaja saya selitkan dan bukanlah tergolong dalam Malaysia Best Blog 2015 pun. Sekadar untuk kenalkan kepada anda semua sahaja.

Jika bukan diri kita sendiri yang mengambil inisatif untuk kenal dan naikkan blog-blog sendiri, siapa lagikan…

Artikel ini sebagai salah satu syarat penyertaan contest anjuran OhDuit.com. Hadiah sangat lumayan berupa wang tunai lebih dari RM2K.

Lama juga saya tidak mencuba contest SEO ni. Hendak tengok setakat mana blog saya boleh pergi jauh, jangan kelaut dahlah. Kepada rakan-rakan blogger, jom ramai-ramai mencuba.

Jangan malu, jangan segan! Kita belasah sahaja hehe…

Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

64 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest