Dapat Komen Terpanjang Buat Kali Pertama

jambatan terpanjang
Sejauh Mata Memandang

Beberapa hari yang lepas saya ada menulis satu entri bertajuk Elakkan Dicop Sebagai Blogger Sombong.

Entri tu saya tulis ketika saya sedang minum petang, sambil makan goreng pisang dan secawan kopi. Masa tu idea tengah kurang nak menulis, tiba-tiba teringat cerita lama.

Tak disangka tajuk entri tersebut mendapat perhatian daripada beberapa rakan blogger yang sudah saya kenali dan baru saya kenali. Ramai juga yang komen tapi tak seramai blog lainlah.

Boleh dikatakan semua yang memberi komen dalam bentuk pendapat.Β Dalam banyak-banyak komen saya tertarik dengan komen Bro Irsah.

jambatan terpanjang

Sejauh Mata Memandang

Selama saya berblogging inilah kali pertama saya mendapat Komen TerpanjangΒ setakat ni. Agak-agak lepas ni boleh dapat lagi ke tak komen terpanjang yang berkualiti ni.

So, make me think why should I waste this kind of good comments?

Sengaja saya tidak membalas komen beliau, saya rasa tidak adil sekiranya saya menjawab komen beliau dengan pendek sedangkan beliau mengambil masa beliau yang sentiasa sibuk semata-mata untuk membuat komen yang panjang di blog saya πŸ™‚

Komen yang saya terima dari beliau:

Ada beberapa situasi yang boleh dipertimbangkan Sis, baik yg lama mahupun yg baru:-

1. Bagi yang lama, sebenarnya mereka sibuk, maklumlah nak melayan kerja dan menjana pendapatan melalui blog, dan memandangkan dah banyak entri dikongsikan, dan meminta kita untuk mencari sendiri – tetapi mereka tidak tahu, artikel yang 3 bulan lepas pun tidak relevan lagi sebagai bahan bacaan dan rujukan πŸ™‚

2. Bagi yang baru, adakala soalan dikemukakan agak general, dan pada pandangan sesetengah pihak, agak klise dan sungguh mengada-ngada – maka blogger lama ingatkan pertanyaan tersebut adalah SPAM. Maklumlah dengan meletakkan alamat e-mel kita pada blog (tanpa sekuriti features) lagi banyak lah e-mel SPAM di Inbox πŸ™‚

3. Adakalanya pula, e-mel dihantar terus masuk SPAM folder, dan kebetulan, blogger lama menggunakan setting hapuskan e-mel SPAM secara automatik. Maka sebab itu tidak dilayan πŸ™‚

4. Jadi, sebenarnya dalam dunia maya, kita perlu juga memahami sesorang bukan sekadar pada paras rupa, tetapi penulisan dan segala aspek secara penglihatan sahaja dan itu benar-benar menyukarkan. Jika kita mahir dalam mengklasifikasikan seseorang blogger begitu, insya-allah selamat kita berkongsikan karya dan idea sambil dapat memajukan blog di dunia blogsphera dan sentiasa relevan.

Kesimpulan, terpaksa juga kita cari inisiatif sendiri walaupun terpaksa trial and error.

p/s: sebenarnya tiada blogger lama dan baru (ketika ini) hakikatnya, perubahan sistem dilaksanakan secara konsisten dan sebagainya, membuatkan kita semua belajar semula (perkara baru) apa dikongsikan 6 bulan yang lalu adakalanya tidak relevan lagi. Oleh itu, kita semua adalah blogger lama dan juga blogger baru – adeh pening jugak xplanation nih, harap membantu πŸ™‚

Panjangkan…hehehe. Dalam entri saya Blog Popular Lebih Senang Dikenali saya ada tulis tentang komen yang berkualiti. Pada saya inilah salah satu bentuk komen berkualiti sehinggakan saya tidak dapat menjawabnya kerana semua jawapan dan soalan sudah beliau berikan didalam komen beliau ni.

Kepada Bro Irsah saya hargai sangat komen penjelasan yang sangat terperinci dan membantu dari anda. Thank you again because keep support my blog yang serba serbi sederhana ni πŸ™‚

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

26 CommentsLeave a comment

    • Huhu..aah..bagus kan..kita sendiripun kalau komen blog org berapa patah perkataan je. I totally blank nk jawap komen dia…dapt idea jadikan entri atleast boleh share input yg dia bg πŸ™‚

  • Thanks uols… sebab uols semua memberikan inspirasi ketika kami membaca dan ingin bersama berkongsikan pendapat… kemungkinan terikut kerana sudah terbiasa memberikan komen dan pandangan ketika ber-blog (lagi2 blog bahasa orang puteh..huhuhu). Harap dimaafkanlah jika tersalah kata…

    p/s: insya-allah kami tetap support, selagi akal fikiran masih waras untuk membuka laman internet dan membaca karya uols. πŸ™‚

    p/ss: sapa kata blog PM ajer yang boleh dapat komens panjang kan3…heeee thks Akma and friends…

    • Yup…kalau blog BI i selalu tengok diaorg bg komen dgn pendapat dan explanation…atleast sesebuah entri bleh dijadikan forum berbincang dan sharing..don’t stop…

      Tulah…untung i hehehe…ada juga otai yg sudi komen kat blog picisan mcm i ni.
      This is complimentary. I read a lots of ur comments in others blog, u x kedekut ilmu untuk share dgn semua tqvm. πŸ™‚

  • Memang begitulah sepatutnya yang berlaku,.. memberi pendapat, idea, pandangan, perkongsian secara terbuka dan membina. Input sedemikian kalau digunakan dengan cara yang betul boleh dijadikan ide berguna untuk entri2 berikutnya. Yang paling best, kita sedar bahawa ada pembaca yang betul2 menghargai dan memahami entri yang dibuat, bukan sekadar… “good entry”, “good post”,.. & paling tak best “boleh tak I copy you punya entry”?… IMHO

    • Hehehe…yup saya sendiripun kalau komen selalu mcm tu juga cuma kdg2 tu ada pjg ckit je sbb rasa xbest pulak too short sgt huhu

      • Serius, saya jika komen blog orang, jika saya ada ilmu lebih saya akan kongsikan dengan penulisan yang panjang.

        Jika ilmu ciput atau tiada langsung ilmu ketika komen tersebut, saya cuba komen dengan persuasif juga supaya saya suka baca dan paling penting admin blog tersebut juga suka baca komen saya.

        Harap kak Akma dan blogger lain suka baca komen saya. hihih – promote lebih! ..

        • Saya tiada masalah menerima komen baik atau buruk. Pendapat kita berbeza-beza. Berkongsi ilmu satu amalan yang mulia walaupun sedikit.

          Kita tidak boleh judge orang sebarangan, ilmu yang mereka anda mungkin lebih tinggi dari kita…maka gunakan pancaindera kita dengan sebaik-baiknya iaitu mata, mulut, tangan dan telinga…InsyaAllah kita akan dapat menguasainya dengan baik πŸ™‚

          Saya lebih gemar komen berbentuk perkongsian, dari situ saya boleh kaji dan faham apa yang cuba disampaikan πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest