Pemenang Contest Cari Duit Raya 2016

Pemenang Contest Cari Duit Raya 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Masih mood raya lagikan. Macam mana raya tahun ni?

Harapan saya semuanya baik dan gembira beraya dengan keluarga tercinta sama ada di kampung atau di bandar.

Masih ingat lagi Contest Cari Duit Raya 2016 yang blog saya anjurkan. Lamakan contest ini berlangsung. Sebenarnya ada sebab saya lanjutkan contest ini.

Contest ini adalah bertujuan untuk mempromosi sebuah produk kesihatan Rf3World. Disamping itu pihak penaja bermurah hati menyediakan hadiah wang tunai yang lumayan untuk peserta.

Ini bukan semata-mata blogger contest, dalam masa sama juga bertujuan untuk pengiklanan.

Mulanya saya nak umumkan sebelum raya tapi saya rasa baik selepas raya sebagai duit raya kepada yang bertuah. Dalam masa yang sama saya agak sibuk sepanjang bulan puasa yang lepas.

Siapa kenal blog saya, pasti tahu ini bukan pertama kali saya anjurkan contest besar dan tahu cara saya kendalikan contest.

Pada yang baru kenal blog saya jangan risau pihak kami tetap akan kotakan janji untuk umumkan senarai pemenang. Lambat atau cepat pasti akan ada pemenangnya.

Kepada peserta kena sabar dan jangan membuat andaian yang bukan-bukan. Dalam contest yang saya anjurkan tiada pernah sekali pun berlaku penipuan. Alhamdulillah sentiasa berjalan dengan adil dan saksama.

Kami telus dan adil dalam menganjurkan sesebuah contest. Jadi, jangan macam-macam ya nanti akak tak bagi hadiah baru tahu. hahaha.

Senarai Pemenang Contest Cari Duit Raya 2016

Senarai pemenang sudah ada dalam simpanan kami. Keputusan yang kami keluarkan diambil tepat 12 malam (10hb June 2016) di Google.com.my dengan mengunakan Google Chrome Incognito kerana keputusan disitu paling tepat cuma disimpan sehingga pengumuman pemenang dibuat.

Jangan risau kami sentiasa adil dan telus dalam membuat keputusan pemenang. Tiada istilah anda blogger luar atau dalam semua sama rata. Setiap contest anjuran blog saya diadili oleh juri-juri yang berpengalaman.

Okay, tanpa lengahkan masa JOM kita lihat siapakah pemenang Contest Cari Duit Raya 2016 ini…

Pemenang Kategori SEO

  1. Dammahumnib.com
  2. BloggerLelaki.com
  3. Calrasepatrick.blogspot.com
  4. KongsiBersamaNora.blogspot.com
  5. Mejuez.com
  6. HasrulHassan.com
  7. AderAkuKeysah.blogspot.com
  8. TopSeoFriendly.blogspot.my

Keputusan Contest Cari Duit Raya 2016

Pemenang Bonus Facebook Share

  1. AderAkuKeysah.blogspot.com [2532 share]
  2. DillaAdilla12.blogspot.my [641 share]
  3. MommyFiqa.com [147 share]
  4. TopSeoFriendly.blogspot.my [123 share]
  5. MurniMohdYusof.blogspot.com [72 share]

Tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang tidak bernasib baik jangan putus asa cuba lagi lain kali ya. InsyaAllah ada rezeki korang pula nanti.

Kepada semua pemenang-pemenang sila bagi butiran seperti berikut…

  • Nama penuh :
  • Bank Akaun (Maybank atau Cimb) :
  • Email :

Emailkan kepada: akmaomar@gmail.com

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi menaja contest ini. Kepada pemenang jangan lupa ucapkan terima kasih pada mereka sebab bukan senang orang nak taja hadiah contest cash begitu sahajakan.

Harap-harap tak serik nak taja contest anjuran saya akan datang lagi. Kalau adalah… hehehe

*Keputusan pemenang yang dikeluarkan adalah muktamad. Kami tidak akan melayan sebarang ketidakpuashati dari mana-mana pihak.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

20 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest