Kenapa SuperIbu Patut Pilih Saya Untuk Menyertai Contest iPhone 5S

Budak Gigit Apple

Pengambilan vitamin sebagai supplement sangat penting selain daripada pemakananan harian. Kadang-kadang agak sukar untuk mendapatkan semua vitamin dan nutrien yang anda perlukan dari diet harian anda.

Oleh itu, menambahkan diet anda dengan vitamin dan mineral boleh membantu menambahkan tenaga untuk badan dan minda supaya lebih sihat.

Faktor umur antara salah satu sebab kesihatan kita mula terjejas. Mengambil vitamin dan supplement yang betul adalah satu langkah yang terbaik mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan untuk menjalani rutin harian.

Budak Gigit Apple

Pengalaman Menggunakan Vitamin Shaklee

Saya mula mengenali produk kesihatan Shaklee agak lama, iaitu sekitar tahun 2002. Kebetulan sepupu saya seorang pramugari memperkenalkannya kepada saya.

Tuntutan masa kerja yang lama dan sering keluar negara memerlukan beliau sentiasa dalam keadaan sihat, segar dan cergas. Dan yang paling utama, dalam masa sama dapat menguruskan anak-anak dan keluarga dengan baik.

Saya juga ketika itu baru memulakan perniagaan sendiri, jadi keadaan saya agak tidak terurus, tidak cukup tidur, badan sering keletihan, kurang selera makan dan sering sakit kepala.

Pelbagai jenis supplement dan vitamin yang saya ambil tetapi hasil menyedihkan dan duit pun habis banyak.

Pada mulanya saya agak tidak berapa yakin dengan produk Shaklee ni, maklumlah terlalu banyak produk kesihatan ketika itu.

Setelah kena kaunseling dengan sepupu saya. Saya mencuba set vitamin Shaklee, ternyata nampak perubahan yang ketara seperti badan menjadi segar, tidak penat dan diet permakanan saya jadi teratur.

Saya sempat mengamalkan vitamin Shaklee selama dua (2) tahun tetapi berhenti menggunakannya. Ketika itu vitamin Shaklee kena beli terus melalui agen, tidak dijual secara online. Jadi agak sukar untuk mendapatkan stok secara konsisten.

Tiga tahun kebelakangan ini saya mula mengambil kembali set vitamin Shaklee seperti Ostematrik, GLA Complex dan Omega Guard dan menambah pengambilan ESP Soy Protein Isolate Shaklee pula.

Amalan meminum ESP Soy Protein Isolate Powder setiap hari memang memberi tindakbalas yang memuaskan terutama pada kulit nampak segar dan tidak kering malah serasi dengan tubuh badan saya.

Vitamin Shaklee

VitaminIbu Pengedar Shakleee Malaysia

Produk Shaklee bukan baru diperkenalkan, tidak silap saya telah berada di Malaysia semenjak tahun 1995 lagi. Produk Shaklee antara produk kesihatan yang paling lama bertahan dan semakin mendapat perhatian pengguna.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsung dari KKM dan disahkan halal.

VitaminIbu.com adalah pengedar Shaklee Terbaik Malaysia, di laman tersebut lengkap terperinci tentang produk Shaklee dari cara penggunaan, jenis dan informasi tentang produk, testimonial, cara pembelian dan sebagai.

Menjual produk kesihatan bukan mudah. Mereka harus pakar dan tahu tentang produk. Kesan jika pengedar tidak tahu apa isi kandung dan cara penggunaan boleh memudaratkan pengguna jika salah memberi informasi.

Itu pentingnya anda mendapatkan dari pengedar Shaklee yang sah. Kerana mereka percaya keberkesanan dan mendapat latihan secukupnya sebelum menjual sesuatu produk tersebut.

Sekarang dah mudah, pengguna boleh membeli Shaklee secara online. Tetapi pastikan anda membeli dari agen yang betul kerana sekarang banyak produk tiruan.

Kenapa Saya Menyertai Contest SuperIbu

Saya sendiri ada menulis tentang kebaikkan produk Shaklee untuk kesihatan dan kecantikan didalam blog ini.

Dalam menulis produk review saya amat menitikberatkan kesahihan dan isi kandung sesebuah produk tersebut. Terutama produk berbentuk kesihatan. Saya tidak akan menulis review jika saya tidak mempercayai dan mencuba terlebih dahulu kerana dikhuatiri informasi yang saya berikan salah.

Jika anda mendapati Shaklee bukan untuk anda, saya berharap anda akan menemui produk yang anda rasa sesuai. Sebaliknya jika anda percaya kepada Shaklee saya berani memberi jaminan anda patut mencubanya kerana saya yakin dengan produk Shaklee.

Saya bukan pengedar Shaklee tetapi saya adalah pengguna produk Shaklee dan saya juga pengguna gadget Apple, rasanya tidak ada sesiapapun akan melepaskan peluang keemasan menyertai contest dengan hadiah menarik ini. Mencuba adalah lebih baik dari melihat sahaja. πŸ™‚

Ini adalah Kenapa SuperIbu patut pilih saya untuk menyertai Contest iPhone 5S.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

41 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest