Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

Percutian menjadi satu agenda tahunan saya dan keluarga. Sekurang-kurangnya sekali setahun kami akan meluangkan masa bercuti ke luar negara atau dalam negara.

Seoul dan Busan Korea antara destinasi percutian yang selalu ada dalam list kami. Tetapi sampai sekarang tidak kesampaian lagi.

Percutian satu aktiviti yang menyeronokkan. Lari seketika dari kehidupan yang biasa kita lalui lebih lagi jika tinggal di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang penuh sesak. Dapat bercuti boleh melupakan seketika mengenai kerja yang ada, masalah dan rehatkan minda.

Saya ni pula jenis suka keluar dari kehidupan bandar untuk mencari ketenangan. Memang akan rasa lega otak lepas balik bercuti. Selain itu kita dapat melihat tempat, budaya, sejarah dan cara kehidupan yang berbeza di negara orang.

Artikel Apa Yang Menarik Di Busan saya sudah ceritakan tempat-tempat menarik yang ada disana.

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan?

Busan adalah sebuah negara yang unik, agak tertib dan maju. Masih mengekalkan dua cara kehidupan, moden dan tradisional dengan ciri-ciri kebudayaan yang masih kuat.

Dalam masa yang sama banyak kejayaan diperingkat antarabangsa dari segi industri musik dan filem yang berkembang maju, pasaraya besar, dan kejayaan sistem ekonomi yang maju.

Mempunyai sistem pelabuhan yang terbesar, pengangkutan yang murah, sistem air yang bersih, sistem pendidikan terbaik, sistem komunikasi kelas pertama dan selamat.

Cemerlang dan mudah juga dari segi imigresen untuk masuk ke negara tersebut kerana “Busan Korea is Welcome Country” dan mesra pelancong.

Itulah Busan, faedah perjalanan yang bertaraf dunia tetapi masih mempunyai pasaran budaya yang berkembang maju, pegangan agama, makanan dan kampung-kampung tradisional, persekitaran masyarakat yang berkembang walaupun di kawasan luar bandar.

Busan Korea juga agak murah untuk berbelanja dibandingkan negara-negara first world yang lain seperti negara-negara di bahagian benua Eropah dimana mata wang sangat tinggi dan harga tempat penginapan sehinggalah kos perbelanjaan juga sangat besar.

Life Is The Journey…

Saya seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang kuat dan suka berjalan. Saya mahu informasi yang selama ini saya baca melalui internet menjadi realiti dan merasai sendiri pengalaman bercuti di negara orang.

Yang paling menarik saya dapat mengetahui sejarah dan melihat sendiri tempat-tempat menarik yang masih kekal sejak beratus tahun lamanya.

Kebiasaannya itu yang akan saya masukkan dalam itternari perjalanan jika bercuti ke luar negara. Bukan setakat untuk berjalan tetapi dalam masa yang sama kita dapat mengenali negara yang kita lawati supaya minda kita lebih terbuka luas bukan setakat tahu tentang negara sendiri sahaja.

Bila orang tanya nanti tidaklah mulut tu ternganga sahaja tak tahu hendak jawab apa huhu.

Orang kata “Jauh Berjalan, Luas Pemandangan”.

Saya juga suka menulis tentang travel. Kemana negara pun yang saya lawati, saya akan inspirasikan didalam blog ini berpandukan pengalaman saya sendiri.

Apa yang saya nampak, dengar dan baca itulah yang terhasil dalam blog travel saya. Ini lebih membuat kita rasa puas kerana ia pengalaman kita sendiri dan informasi yang kita tulis akan tepat. Alhamdulillah banyak juga artikel travel dalam blog ini membantu pembaca yang ingin bercuti ke destinasi yang sama.

Jangan lepaskan peluang jika anda antara yang berjaya menang Contest Winter In Busan ini nanti. Bukan selalu kita dapat peluang melawat negara orang.

Ini adalah jawapan “Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan, Korea”.

Jadi, tidak rugi kan jika penganjur Blooggers.com dan MajalahLibur memilih saya untuk turut serta bercuti kesana… Chewah kenyit mata sikit hahaha.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

24 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest