Kenapa Blog Saya Terbaik

My Blog My Space

Kebetulan terbaca satu Pertandingan Blogku Terbaik yang sedang berlangsung sekarang. Saya memang suka sangat join blogger contest ni huhu.

Bila saya baca sahaja artikel contest ini, ianya lain dari yang lain kerana uniknya pada tajuk. Kenapa saya katakan lain dari yang lain?

Selalunya apabila ada contest kebanyakkan syarat-syarat berbentuk review pandangan terhadap blog penganjur itu sendiri atau sesebuah produk.

Berbeza dengan contest ini.

Pertandingan Blogku Terbaik

Cabaran Pertandingan Blogku Terbaik

Agak pening juga hendak cari idea lebih-lebih lagi hendak bercerita apa yang terbaik tentang blog sendiri. Menulis review tentang blog orang amat mudah tetapi blog sendiri susah juga kan, takut ada yang kata “Masuk bakul angkat sendiri” huhu.

Tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk memeriahkan lagi suasana blogging yang dilihat semakin hambar untuk tahun 2014 ini. Selain itu ia juga sebagai salam perkenalan daripada blog penganjur iaitu www.TehOAis.com

Syarat utama memerlukan peserta menulis satu posting berkenaan dengan pertandingan ini dan ceritakan kenapa blog kita terbaik berbanding blog lain. Hadiah pun menarik.

Anda boleh rujuk di blog TehOAis.com sendiri supaya lebih mudah hendak faham.

Pertandingan ini bukan sahaja bertujuan untuk bersaing untuk menang hadiah tetapi boleh menguji kemahiran menulis mengikut keunikkan tajuk yang diberi.

Sambil itu boleh berkenalan dengan semua peserta sebab mesti ada seisi kenalan, komen dan singah menyinggah ke blog peserta. Itu kelebihan blogger contest ini.

My Blog My Space

Blogku Terbaik

Saya mula menulis blog dari awal 2008 lagi. Pejam celik lama juga dalam bidang penulisan blog.

Apa yang terbaik blog si Akma Omar ini ya?

Blog ini tidaklah sehebat manapun. Cuma saya boleh ceritakan sedikit cara saya mengurus blog dan pencapaian peribadi terbaik sejak saya mula bergelar blogger.

Saya seorang yang agak cerewet dan teliti baik dari segi pemilihan theme, hosting, tools, kekemasan blog, cara penulisan dan macam-macam lagi. Kerana itu, diawal blog ini dibuka tumpuan utama adalah susun atur blog, antaranya…

  • Menggunakan thesis theme, antara theme yang terbaik. Ramai blogger berjaya menggunakan theme ini.
  • Kesemua blog saya menggunakan hosting Server Freak dan Hostgator. Dua (2) hosting ini antara yang terbaik dari segi servis provider yang mereka sediakan.
  • Menggunakan Commentluv Plugin. Banyak kelebihan dan sangat berguna untuk blog. Ada beberapa premium plugin lain yang saya gunakan yang tu rahsia…kebanyakkan hadiah dari rakan blogger hehe.

Blog ini walaupun niche personal tetapi saya lebih memberi tumpuan menulis tentang bisnes, blogging, travel, informasi, pendapat, review dan advertorial produk atau servis. Saya jarang menulis tentang peribadi, lebih kepada general topik.

Saya seorang serius writer, menitikberatkan cara penulisan dan penyampaian. Walaupun agak nampak skema tetapi saya lebih selesa dengan cara penulisan sebegitu kerana pada saya lebih kelihatan kemas, tepat dan tegas.

Kenapa saya memilih yang terbaik?

Saya sukakan sebuah blog yang selesa dan kemas. Sebolehnya saya mahukan perfection. Blog adalah ruang untuk kita mengeluarkan idea, inspirasi dan bercerita. Memilih yang terbaik boleh melancarkan lagi blog dan memberi kepuasan kepada saya ketika menulis.

Kelajuan laman web adalah penting bukan sahaja blog yang lebih cepat loading memudahkan penulis dan pembaca. Google juga mengambil kira kelajuan laman anda ketika menentukan kedudukan di enjin carian.

Tetapi, walaupun tema, reka bentuk, dan tools penting untuk blog. Apa yang lebih penting adalah kandungan artikel yang anda tulis. Blog cantik, kandungan kosong atau merapu-rapu tak guna juga.

Kejayaan Terbaik Sebagai Blogger

Saya juga bermula dari bawah dan mendapat tutorial dari rakan blogger yang saya kategorikan terbaik. Apa yang saya belajar semua saya serapkan kedalam blog.

Hasilnya, selama saya aktif blogging Alhamdulillah banyak juga kejayaan yang saya capai dari blog ini.

  • Berjaya menarik minat pembaca sehinggakan ada artikel saya dijadikan bahan rujukan, panduan dan ada yang membuat kajian blog saya ini.
  • Mendapat ramai kenalan dikalangan blogger yang hebat-hebat.
  • Berjaya membuat duit dengan blog sama ada review, advertorial, affiliate.
  • Pernah memenangi award dan beberapa kali berjaya meletakkan blog antara top 3 blogger award. Walaupun tidak menang tapi saya rasa itu dah terbaik, bukan mudah hendak bersaing.
  • Paling banyak memenangi pertandingan dan beberapa Achievement lain lagi.

Ini saya kategorikan antara pencapaian peribadi terbaik blog saya hasil dari usaha, minat dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya.

Ada yang mengatakan pembaca yang menilai blog kita terbaik atau tidak. Sebenarnya saya tidak berapa setuju. Pada saya kemahiran dan cara untuk menjadi terbaik terletak pada blogger itu sendiri. Kita kena ada minat, semangat dan matlamat.

Jika betul caranya maka akan betul jalannya. Cuma kita boleh ambil pendapat yang positif sebagai sumber motivasi. Saya lebih memberi tumpuan kepada sifat ingin tahu, buat dan hasilkan tanpa mengambil kira apapun keputusannya.

Ini bukan bertujuan nak tunjuk apa-apa ya, dah itu tuntutan syarat-syarat pertandingan Blogku Terbaik ini huhu.

Menilai blog sendiri juga dapat melihat kelemahan dan kelebihan blog kita 🙂

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

37 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest