Kenali Penaja Contest Duit Raya Casa Ombak

Penaja Contest

Kali ini saya ingin kenalkan siapa disebalik penaja-penaja Contest Duit Raya Casa Ombak. Pasti ada yang sudah mengenali mereka dan ada yang tidak.

Penaja-penaja contest ini terdiri daripada usahawan dan blogger yang tidak asing lagi di Malaysia. Ada yang pakar buat duit, Internet Marketing dan Usahawan Online.

Mereka merupakan penaja contest pertama yang saya anjurkan dan mungkin ada yang akan bersama menjadi juri untuk memilih pemenang nanti.

Sebelum itu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menaja dan memberi kepercayaan kepada blog saya sebagai penganjur.

Penaja Contest

Penaja Contest Duit Raya Casa Ombak

OmbakCreative – Merupakan penaja utama Contest Duit Raya Casa Ombak. Milik perniagaan keluarga saya.

Telah lama dalam pengurusan perkahwinan dan event. Mempunyai lokasi event sendiri di Casa Ombak Banglo. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat perunding untuk apapun jenis majlis boleh dapatkan servis dari Ombak Creative ya hehe.

LelakiKacak – Disebalik domain lelaki kacak beliau adalah seorang yang sudah lama dalam arena blogging, kira underground blogger macam tulah, cuma agak kurang aktif sekarang.

Seorang pakar SEO dan mempunyai pengalaman blogging yang luas walaupun masih muda. Banyak menulis tentang tip-tip blogging yang praktikal.

Beliau ada banyak blog, bukan Lelaki Kacak sahaja. Kalau hendak tahu pandai-pandailah cari sendiri ya hehe

Inspired Magazine – Ramai dikalangan blogger yang mengenali pemilik blog underground ini. Seorang bapa, blogger, IM, Affiliater, pakar blog dan website sepenuh masa.

Banyak menghasilkan blog yang berkualiti untuk market dalam dan luar. Juga seorang yang pakar dalam selok belok blogging dan buat duit dengan blog.

Banyak menghasilkan website/blog yang bernilai lebih 5 angka. Anda lawati blog beliau pasti anda bersetuju dengan saya.

Denaihati – Siapa tidak kenal Tuan Haji Denaihati. Kalau ada yang tak kenal something wrong tu huhu.

Beliau bukan sahaja seorang blogger popular di Malaysia tetapi Asia Tenggara juga. Seorang Usahawan, banyak memenangi award, blogger dermawan yang selalu menganjur event blogger setiap tahun, yang terbaru SBBYEOS2014.

Banyak memberi peluang kepada blogger. Berjaya membina komuniti blogger yang besar dan berpengaruh. Sehingga ada blogging network sendiri iaitu Denaihati Network.

Roti Boom Asli – Blog usahawan muda dan juga seorang guru. Merupakan rakan lama saya. Beliau adalah pengeluar produk makanan sejuk beku Roti Boom Pakwe Makwe yang popular dipasaran tempatan.

Mengusahakan kilang di Gemas Negeri Sembilan. Kepada anda yang ingin mendapatkan pembekal Roti Boom boleh hubungi beliau.

Custom Tshirt – Usahawan dan Usahawanita adalah pasangan suami isteri. Merupakan rakan lama saya juga.

Mereka mengusahakan perniagaan custom produk seperti T-shirt, souvenir, supply, photographer dan macam-macam lagi produk untuk individu, syarikat persendirian dan cooperate. Jika ingin membuat apa-apa customade boleh hubungi mereka.

Profhariz.com – Seorang Blogger, pelajar dan bakal komputer engineer kalau tidak silap sayalah.

Saya mengenali blog beliau ketika mula aktif blogging lagi, kira orang lama juga dalam blogging. Pakar dalam pengurusan blog dan SEO.

Blog niche lifestyle tentang diet, motivasi, review dan advertorial dan agama. Antara blog lifestyle terbaik untuk rujukan pembaca.

KitePunye.com – Blog ini milik seorang wanita yang banyak menulis tentang food, travel, event, movie, review dan advertorial. Cara penulisan blog santai, kemas dan menarik dibaca.

Kategorikan blog niche lifestyle juga kerana topik pelbagai sama seperti blog saya. Merupakan rakan blogger saya dan antara blogger wanita yang berpengalaman dalam bidang blogging.

ZonCinta.com – Penaja ini juga merupakan rakan blogger saya juga. Orang lama, underground blogger dan pakar juga ni yang seangkatan dengan pemilik blog InspiredMagz.com dan lelakikacak.

Memang saya tak sangka hati penuh taman juga dia ni hehe, kalau tidak takkan wujud blog cinta pulak kan.

Penuh dengan artikel cinta, motivasi, tips cinta, kisah cinta, luahan cinta, maskulin, feminin, perkahwinan dan banyak lagi.

Topik bukan cinta hubungan kekasih sahaja, merangkumi keseluruhan makna cinta secara universal. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Jawatan Kosong Kerajaan – Tengok pada domain name kita sudah tahu blog ini niche job. Pemilik blog sangat bijak memilih niche Job kerana terbukti boleh jana pendapatan besar seperti membuat iklan job, review, affiliate dan yang apa sahaja yang berkaitan dengan kerjaya.

Traffik juga tinggi kerana selamanya akan sentiasa ada yang mencari. Kepada anda yang masih tercari-cari peluang kerja kerajaan wajib masuk blog Jawatan Kosong Kerajaan ini.

ExamPTD.com – ExamPTD satu laman yang berkongsi informasi, pekerjaan, peperiksaan, jawatan kerja dan aktiviti perkhidmatan awam kerajaan seperti SPA.

Niche sama seperti Jawatan Kosong Kerajaan. Milik blogger berpengalaman yang memiliki pelbagai niche blog. Pakar blogging dan buat duit dengan blog. ExamPTD mungkin masih dalam perancangan untuk baru dibuka, saya pasti boleh berjaya seperti blog beliau yang lain.

Terima Kasih Penaja…

Saya kongsi senarai penaja-penaja ini bukan tujuan untuk suka-suka.

Contest Duit Raya Casa Ombak memang bertuah, sponsor dikalangan penaja-penaja yang pakar dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengaruh yang kuat di arena blogging.

Memang rezeki anda semua yang menyertai Contest Duit Raya Casa Ombak ini.

Rajin-rajin skodeng blog penaja-penaja ini dan juga jangan lupa juga Blogwalking semua peserta contest. Banyak manfaat yang anda akan dapat. 🙂

Ooo ya… Kepada rakan blogger yang belum menyertai contest ini, sudilah join nanti ya dan war-warkan kepada semua.

Rugi ooo tak join hadiah duit raya semakin lumayan tu… tak mau ke huhu.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

23 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest