Kisah Awek Cun & Pakcik Misteri. Jom Tonton Iklan TM Raya 2015 Sambil Menderma.

awek cun pakcik misteri tm raya

Bagaimana sambutan raya tahun ini? Pasti semua gembirakan. Lupa seketika masalah bila dapat berkumpul dengan keluarga dan saudara mara. Raya tahun ini saya menyambut raya secara sederhana sahaja.

Aura Hari Raya mula terasa dari mula kita menunaikan ibadah puasa selama sebulan Ramadan sehinggalah terbitnya Syawal. Sambutan hari pertama Aidilfitri buat kita lebih terasa kemeriahan apabila berkumpul dengan ahli keluarga terutama mak ayah, menyediakan juadah raya, sembahyang raya dan sebagainya.

Dalam masa yang sama kita jangan lupa pada mereka yang kurang berkemampuan. Masih ada golongan fakir miskin, anak-anak yatim yang serba-serbi kekurangan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Melihat keadaan mereka mengingatkan betapa beruntungnya kita masih mempunyai keluarga, ibubapa, rumah dan segala-gala yang serba serbi cukup. Kita rasa kita susah tetapi masih ada lagi yang lebih susah dari kita.

pakcik misteri iklan tm raya

Siapa Pakcik Misteri

Siapa ada menonton iklan TMRaya2015 #PakcikMisteri. Jika belum anda wajib Klik, Tonton dan Hayati setiap episod dalam video ini.

Walaupun sekadar lakonan tetapi mesej yang cuba disampaikan dapat memberi kesedaran dan impak yang besar kepada kita. Sifat kedekut, pentingkan diri sendiri, murah hati, sifat memberi dan bantu membantu tidak mengira darjat dan kedudukan, miskin mahupun kaya.

Satu kempen yang banyak memberi kita kesedaran tentang kehidupan. Agak terkesan juga menonton video kempen tersebut dan sangat menyentuh perasaan. Mampu membuat kita berfikir sejenak.

Tak percaya, anda tonton video itu pasti mengalir air mata.

kempen tm raya

Kempen Tonton Dan Derma TM #PakcikMisteri

TM telah melancarkan kempen terbaru TMRaya2015 #PakcikMisteri. Kempen ini adalah satu lagi aktiviti interaktif kemasyarakatan yang mudah bertujuan memberi kesedaran dan mengumpul sumbangan dana untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Saya rasa sangat bertuah, blog saya ini dapat turut serta menyertai misi kempen #TMRaya2015 untuk sama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sangat mudah, apa yang perlu anda lakukan hanya Tonton Iklan Raya TM sambil menderma ke badan kebajikan terpilih.

tonton sambil menderma

Setiap klik pada video tontonan yang anda lakukan menjadi sumbangan digital yang akan bertukar dalam bentuk wang. Lagi banyak klik, lagi banyak jumlah wang yang terkumpul.

Jumlah sumbangan akan disalurkan terus kepada rumah-rumah kebajikan yang dipilih oleh TM;

  • Persatuan Wanita & Kesihatan (WAKE)
  • Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al Munirah Pendang Kedah.
  • Sabah Earthquake Relief Fund (Projek komuniti Digital TM)

Kita mungkin tidak mampu menghulurkan wang ringgit yang banyak. Dengan cara begini kita dapat sama-sama mengambil bahagian membantu mereka kerana setiap klik anda pada video itu dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik, tidak berkemampuan dan ditimpa bencana baru-baru ini.

syiling raya malaysia

Sedekah ada banyak bentuk, bukan semata-mata wang ringgit sahaja. Lebih-lebih lagi zaman millenium pelbagai platform dan alternatif boleh kita guna asalkan niat kita betul dan ikhlas membantu.

Saya percaya anda semua menggunakan gadget canggih seperti smartphone, tab dan laptop. Jadi mudah bagi anda semudah KLIK dan bantu kempen ini.

Saya berharap setiap pembaca dapat sama-sama menjayakan kempen kemasyarakatan #PakcikMisteri. Jika sudi kongsikan dilaman social media anda supaya ramai lagi dapat membantu. Bantuan anda semua sangat-sangat dihargai. InsyaAllah semoga sumbangan kecil kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Penutup kata saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri kepada semua umat Islam. Maaf Zahir dan Batin.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest