Kembali Ke Sekolah Dengan Pallas

kasut sekolah pallas adam

Setiap tahun Pallas Malaysia sentiasa mengeluarkan produk kasut sekolah terbaru dan terkini. Pasti ada ciri-ciri terbaru diketengahkan dan kualiti semakin dipertingkatkan khas untuk keselesaan anak-anak memasuki alam persekolahan baru.

Tidak dinafikan kualiti kasut jenama Pallas memang terbaik dan tahan lasak. Mereka sentiasa keluarkan design kasut yang menepati ciri-ciri yang sentiasa memberi keselesaan dan tahan lama kepada pemakai.

Kasut sekolah Pallas Adam tahun lepas sehingga sekarang masih dalam keadaan baik, tak koyak dan nampak elok lagi. Padahal kasut itulah digunakan untuk belajar, bersukan dan aktiviti lasak cuma nampak sudah kecil sedikit sahaja.

adam pakai kasut sekolah pallas

Jom Ke Sekolah Dengan Pallas

Seisi persekolahan tahun hadapan, Adam akan mula sekolah rendah darjah satu. Bermulalah persekolahan sebenar untuk Adam dan pasti lebih banyak aktiviti pembelajaran diadakan di sekolah.

Memang memerlukan kasut yang tahan lasak. Maklumlah bila masuk darjah satu sistem pembelajaran sudah bertukar dan lebih banyak aktiviti ko-kurikulum.

Kami masih memilih jenama kasut Pallas sebagai persediaan memasuki alam persekolahan baru. Tahun 2017 Adam sudah ada dua pasang kasut sekolah Pallas.

Ciri-ciri kasut sekolah terbaru Pallas lebih selesa dan nampak tahan lasak. Kalau dilihat dari segi design semakin menarik dan sporty. Masih mengekalkan strap pelekat velcro untuk memudahkan memakai.

kasut sekolah pallas style

Ciri-ciri Kasut Sekolah Pallas

Rekabentuk dan ciri-ciri yang direka untuk mudah digayakan dan selesa dipakai. Lebih ringan, mudah disarung dan sangat comfort.

Masih mengekalkan penyaluran udara dan lapisan foam yang memberi extra keselesaan. Kaki tidak akan berpeluh dan berkuap. Selain itu ia mudah dicuci dan cepat kering.

Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0186 – RM42.99
Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0181 – RM38.99

Style

  • Velcro strap design.
  • Cooling feet with the unique ventilation system designed; upper made by mesh combined with PVC.
  • Proven extra superlight weight “X-Light”.
  • Foam lining for extra comfort protection.
  • Price: RM42.99

kasut sekolah pallas murah

Nampak lebih bergayakan. Harga pun tidak mahal sangat. Apa yang paling penting tahan lama dan tidak mudah rosak. Kalau beli yang murah tapi sekejap sahaja dah rosak tidak guna juga. Sekurangnya belilah yang bagus dan berkualiti untuk keselesaan anak anda.

Dari segi saiz jangan risau, terdapat pilihan saiz yang sesuai untuk anak anda. Tetapi kena betul-betul pilih supaya tidak silap beli nanti. Jangan main agak sahaja kerana setiap kasut sekolah berbeza dari segi design dan saiz.

Saya nasihatkan ukur kaki anak terlebih dahulu untuk mendapatkan saiz yang tepat dan pastikan pilih saiz yang lebih besar dari ukuran kaki sebenar. Jika tidak yakin boleh rujuk carta saiz yang ada dia laman web Pallas.

Rujuk DISINI supaya mudah untuk anda memahami cara-caranya memilih saiz kasut yang betul.

kasut sekolah pallas selesa

Sekarang ini musim cuti sekolah, ini adalah masa yang tepat untuk membuat persediaan untuk anak anda.

Kasut sekolah Pallas terbaru akan mula berada dipasaran awal bulan December 2016 atau anda boleh dapatkan terus sekarang.

Pallas menawarkan pilihan kasut yang terbaik pada harga yang sangat berpatutan. Paling penting anak-anak suka, selesa pakai dan tahan lama.

kasut sekolah pallas terbaik

Dapatkan segera di semua retail shop Pallas dan semua mall yang menjual kasut sekolah terbaik ini dan jangan lepaskan peluang promosi-promosi hebat yang disediakan oleh Pallas.

Nanti adik-adik kongsikan pengalaman Kembali ke Sekolah dengan Pallas pula ya. Jangan lambat-lambat dapatkan kasut sekolah Pallas ini ya, takut nanti kehabisan saiz pula.

Website www.pallas.com.my & Facebook Pallas Malaysia.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest