Kembali Ke Sekolah Bersama Pelikan

Siapa pernah pakai produk Pelikan masa zaman sekolah dulu? Mesti ramai kan. Pelikan bukan produk baru di Malaysia. Produk dari Jerman ini telah lama dipasaran. Antara jenama produk alat tulis dan mewarna yang terbaik setanding dengan jenama besar yang lain.

Sebelum bercuti saya sempat ke kedai retail pertama Pelikan di Malaysia dan berpeluang melihat sendiri aktiviti kanak-kanak yang dijalankan.

Saya ingatkan Pelikan hanya mengeluarkan produk water colour untuk kanak-kanak. Banyak sebenarkan koleksi produk Pelikan ini. Boleh dikatakan pelbagai jenis alat tulis ada dari untuk kanak-kanak sehingga orang dewasa.

img_3061

Pelikan Malaysia

Mungkin ramai yang tidak tahu asal usul Pelikan. Pelikan merupakan jenama alat tulis jerman yang telah wujud sejak dari tahun 1832. Salah satu syarikat alat tulis berdaftar tertua di Jerman.

Pelikan mencipta dan menghasilkan pelbagai produk untuk kegunaan pejabat, alat tulis, dakwat dan yang paling popular adalah cat air untuk kanak-kanak.

Mereka sentiasa berusaha mengekalkan reputasi jenama yang terbaik bermaksud berkualiti tinggi, kepelbagaian dan kreativiti dalam menawarkan produk yang terbaik.

img_3048

Pelikan Malaysia telah membuka kedai retail pertama di The Garden Mid Valley City pada tahun 2015. Koleksi alat tulis yang ada pelbagai. dan mereka mempunyai koleksi besar semua instrumen alat tulis di bawah jenama pelikan. Anda yang suka kumpul pen memang wajib pergi tengok kerana koleksi yang ada memang menarik.

Mereka juga ada regular collector yang membeli dan menyimpan semua koleksi pen dari yang vintage sehingga yang terbaru. Mereka jadikan hobi sama seperti mengumpul setem. Bila tengok semua koleksi yang ada memang kita pun akan turut berminat nak kumpul sebab semua cantik-cantik.

img_3060

Program Kembali Ke Sekolah 2016 Bersama Pelikan

Selain dari menjual alat tulis pelbagai program dan aktiviti diadakan untuk kanak-kanak. Lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah. Setiap minggu aktiviti yang diadakan berbeza-beza supaya lebih segar dan menarik untuk kanak-kanak.

Seperti kelas seni kreatif yang diadakan pada setiap hujung minggu untuk kanak-kanak di bawah umur 12. Setiap minggu kanak-kanak dapat meluahkan kreativiti mereka dalam seni pada tema yang berbeza dan menarik.

Setiap aktiviti dipantau oleh seorang guru seni berpengalaman dan disediakan setiap kanak-kanak produk Pelikan yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan kelas mereka yang tersendiri.

img_3053

Memang seronok tengok anak-kanak kusyuk mewarna, melukis ikut kreativiti mereka lebih-lebih lagi menggunakan water colour. Jika kita lihat sekarang di sekolah sudah tiada aktiviti melukis menggunakan water colour bukan macam zaman sekolah kita dulu.

Sekarang, banyak menggunakan pensil warna sahaja. Dari situ kita dapat memberi pengalaman kepada anak-anak mengekpresskan bakat melalui lukisan.

img_3055

“Best Friend” Back To School

Setiap tahun Pelikan akan mengadakan kempen Kembali Ke sekolah. Tahun ini sekali lagi Pelikan mengadakan BTS Back To School kempen bermula dari November – January 2017.

Kempen BTS tahun ini lebih mesra, thema “Best Friends” dimana sempena program ini Pelikan memperkenalkan produk terbaru mereka di pasaran.

Saya sudah dapatkan semua produk terbaru Pelikan. Contoh Pelikan Brush markers 12 colours, boleh digunakan untuk apa-apa projek seni seperti kaligrafi, pewarna, huruf, ilustrasi, melukis, reka bentuk dan banyak lagi.

img_3059

Pelikan Arts Class

Pelikan Store mempunyai kelas seni setiap hari Sabtu. Terdapat dua seisi Arts Class – 3 pm & 4pm (1 jam). Kelas dikendalikan oleh guru seni yang berpengalaman.

Untuk Program Cuti Sekolah 2016, arts class akan bermula setiap hari Sabtu bermula dari 3 Disember hingga 31 Disember 2016.

Kelas ini bertemakan Pelikan’s Back to School 2016. Anda mungkin ingin memberi tumpuan kepada satu produk atau lebih untuk kelas seni ini, semua atas pilihan anda.

  • Space+ paintbox 12 and 24 colours, with matching water containers, (info at https://pelikanstore. com/collections/paintbox-space)
  • Coloured pencils – 12, 24, 36 colours and Jumbo 12 colours, ( info at https://pelikanstore. com/collections/coloured- pencils )
  • Brush markers 12 colours, ( info at https://pelikanstore. com/collections/marker/ products/sch409584)

img_3051

Pelikan juga mengadakan promosi pakej khas untuk mereka yang mendaftar untuk semua 5 Arts Class. RM70 untuk ahli Pelikan dan RM95 untuk bukan ahli.

Jika anda hanya mahu menyertai untuk kelas individu, harga tetap RM15 untuk ahli Pelikan dan RM20 untuk bukan ahli.

Sambil membeli-belah di kedai Pelikan boleh hantar anak-anak belajar melukis. Ini cara yang terbaik anak-anak menghabiskan cuti sekolah dengan belajar teknik seni dan bertemu rakan-rakan baru. Dari segi keselamatan jangan risau ada pekerja berpengalaman yang akan pantau aktiviti anak-anak.

img_3072

Mystery Pelikan Gift

Ada hadiah misteri untuk anda yang mengikuti laman social media Pelikan. Caranya sangat mudah.

LIKE Facebook page Pelikan Malaysia atau ikuti Instagram @pelikan_malaysia.

Untuk dapatkan hadiah misteri anda harus datang ke Pelikan Store, The Gardens Mall, tunjukkan kepada staff Pelikan anda sudah Like/Follow laman social media Pelikan

Anda berpeluang mendapat:

• Mystery Pelikan Gift
• Keahlian percuma Pelikan (sah untuk satu tahun)

* Hadiah misteri & keahlian percuma berakhir 2 Januari 2017
* Hari Ahli – bermula 27- 30 Dec 2016 akan mendapat tambahan 10% diskaun.

img_3056

Daftar Sebagai Ahli Pelikan

Khas untuk collecter dan pelanggan baru ada keistimewaan selama setahun jika anda mendaftar sebagai ahli. Banyak faedah yang anda dapat.

Diskaun, sales dan informasi setiap kali ada produk terbaru dan jualan murah setiap bulan.

Terkini mereka memberi promosi Back To School End Year Sale 30% kepada semua pelanggan  Bermula dari  sekarang sehingga 2 Jan 2017.

Anda juga boleh mendapatkan produk Pelikan melalui online. Lawati laman web www.pelikanstore.com masukkan kod diskaun BTS2016 semasa proses checkout. Anda akan menerima diskaun RM20 off setiap pembelian.

Bermula dari 27 Nov 2016 sehingga 2 Jan 2017. Free Postage untuk pembelian RM100 dan ke atas untuk Semenanjung Malaysia dan RM200 Sabah dan Sarawak.

Jangan lepas peluang untuk mendapatkan produk Pelikan yang lengkap dan berkualiti dengan harga diskaun untuk persediaan anak-anak memulakan seisi persekolahan 2017.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest