Google Pagerank – Kenapa Blog Anda Perlu Memilikinya

google pagerank update
Google Pagerank

Saya rasa semua blogger memang mengharapkan PageRank blog mereka naik, begitu juga saya. Baru ni Google update status PageRank.

Terasa macam dapat keputusan SPM pulak hahaha. Pasti anda semua dah lihat status PR blog anda, saya ucapkan tahniah, mesti rasa seronokkan.

Saya nak abadikan entri dalam blog ni sebagai kenangan dan antara big achievement selama blog ini tercipta.

Google Status PageRank AkmaOmar

Google Status PageRank AkmaOmar.com

Setelah diperkenankan oleh mohor-mohor besar dan raja-raja Google, dengan rasminya AkmaOmar.com berstatus PR 1.

Walaupun hanya naik PR 1 tetapi saya tetap bangga status Google PageRank blog saya berjaya naik satu calit.

Tak kiralah blog orang lain naik lebih tinggi sekurang-kurangnya saya puas hati dengan pencapaian blog ni yang baru sahaja saya buka 14th July 2012, diharap akan datang bertambah skor status PageRank blog ni lagi hehe..

Memang saya berharap sangat blog ni naik status PageRank. Alhamdulillah terlaksana juga impian saya, minta-minta lepas ni terlaksana pula impian untuk memenangi iPhone 5 Gadget Impian dari Denaihati pula huhu.

Dahulu saya memang naif bab-bab PageRank ni, apa kebendanya pun saya tak tahu. Setelah saya buat research ooo..ni rupanya. Memang tidak dinafikan ada perasaan puas sangat bila blog kita naik PageRank, rasa macam naik pangkat pula hehe.

Disini saya nak kongsi apa yang saya faham tentang Google PageRank ni.

Apakah Pagerank – PR

  • PageRank adalah sistem di Google untuk ranking sesebuah blog.
  • Blog atau laman web yang mempunyai PageRank yang lebih tinggi dianggap lebih penting dan lebih cenderung untuk disenaraikan di atas blog yang berstatus PageRank yang lebih rendah.
  • PageRank ni bermula dari PR0 sehingga PR10.
  • PageRank ibarat hadiah yang Google bagi dan melambangkan kualiti / authority blog kita.
  • PageRank akan dikemaskini setiap 4 bulan sekali dan ianya memang berkait rapat dengan SEO.
  • Untuk dapat PR yang tinggi, sesebuah blog perlu dapatkan / buatkan kualiti “Bakclinks”.
google pagerank update

Google Pagerank

Apa Kelebihan Dan Manfaat Mempunyai Pagerank Tinggi

  • PageRank menambah weight dan authority ke laman web anda. Blog yang mempunyai pagerank tinggi adalah lebih baik, ia akan melaksanakan hasil carian secara organik.
  • Status PageRank adalah merupakan populariti sesebuah blog atau laman web. Sitelinks yang bersambung ke blog anda adalah satu petunjuk bahawa orang menganggap artikel anda berharga, Itu antara sebab orang mula membaca entri anda.
  • Link inbound akan meningkatkan trafik blog. Skor yang tinggi bermakna bahawa anda mempunyai valuable links – Google menggunakan faktor ini dengan menggunakan algoritma ranking.
  • Entri Cepat Di Indeks. Jika blog atau laman web anda mempunyai nilai PageRank yang tinggi, Google spider akan lebih cenderung melawat blog anda untuk crawled dan  indeks artikel atau kandungan.
  • Enjin carian google suka laman web atau blog yang selalu di kemaskini. Sebagai balasan, blog anda akan mendapat PageRank yang tinggi.
  • Jika anda mahu menjana pendapatan daripada search engine marketing, enjin carian seperti link dibayar, membayar per klik atau banner iklan. Berapa banyak anda dapat sebahagian besarnya bergantung kepada kedudukan pagerank blog anda. Tinggi PageRank, lebih tinggi pengiklan akan membayar anda.

Ringkasan

PageRank adalah seperti satu penghormatan. Ia adalah kunci kepada kredibiliti, iklan lumayan dan perkongsian pautan. Jadi berusaha yang terbaik untuk tampil dengan SEO yang berkesan, backlink yang berkualiti dan SEM untuk mendapatkan PageRank yang tinggi untuk blog anda.

Mungkin bab buat duit dengan blog tu buat masa ni saya lebih senang blog ni ditumpukan kepada penulisan dan perkongsian sahaja.

Cukuplah dengan hanya menyertai contest-contest yang dianjurkan oleh rakan blogger. Akan datang tak tahu lah kan 🙂

Setakat ini sahaja yang saya faham tentang Google PageRank ni, sekiranya anda ada perkongsian lain boleh lah kita kongsikan bersama ya. Sharing is caring 🙂

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

62 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest