Bukan Tak Tahu Cakap Bahasa Melayu

The Smurfs Gets Naughty

Penguasaan bahasa asing amat berguna sekarang ni. Satu kelebihan jika anda boleh bertutur dengan baik, terutamanya Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dunia.

Kemanapun negara kita pergi, bahasa Inggeris antara bahasa pengantaraan yang digunakan walaupun setiap negara ada bahasa mereka sendiri.

Kisah Adam Faris

Kisah Adam Faris

Saya nak ceritakan perihal anak buah kesayangan saya Adam Faris. Adam ni suka bertanya macam-macam. Kalau bercakap tu punya petah macam orang tua.

Masa kecil Adam ada masalah lambat bercakap dan berjalan. Tak silap saya umur 1 tahun 5 bulan dia masih merangkak dan tidak pandai bercakap lagi.

Tidak macam budak-budak lain ada peringkat-peringkat, dalam umur tertentu akan merangkak, berjalan dan bercakap walaupun pelat.

Sampaikan adik saya buat check up di Hospital dengan doktor pakar pediatrician. Doktor kata tidak ada masalah apa-apa.

Ada kawan-kawan kata, budak lelaki selalunya lambat berjalan dan bercakap berbanding dengan budak perempuan.

Dah namapun mak bapakan, hati tetap risau. Jadi adik saya ambil keputusan hantar Adam ke sekolah seawal umur 1 tahun 5 bulan.

Mana tahu ada perubahan, lagipun dia boleh belajar berkawan.

The Smurfs Gets Naughty

Adam Mula Bertutur Dengan Baik

Sekolah Adam bukan sekolah specialist atau international school, cuma sebuah nursery khas untuk kanak-kanak bawah 4 tahun – Junior Learners Early Development.

Walaupun hanya nursery, tetapi kanak-kanak di ajar seperti pra-sekolah dan sepenuhnya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Alhamdulilah, makin lama sudah nampak perubahan. Adam boleh bercakap dengan lancar dan berjalan dengan baik.

Tetapi yang lawaknya bila Adam mula bercakap, dia terus bertutur dalam Bahasa Inggeris penuh sehingga sekarang.

Sampaikan anak buah saya yang lain pening nak susun ayat untuk berkomunikasi dengan Adam…haha

Dirumah, kami bertutur bahasa Melayu juga dengan Adam tetapi dia tetap balas dengan Bahasa Inggeris.

Maknanya dia faham cuma dia tidak mahu sahaja.

Adam tengok banner movie

Kebaikkan Anak Menguasai Bahasa Inggeris

Kadang-kadang bagus juga Adam bertutur dalam Bahasa Inggeris, bila dia sudah besar nanti senang nak berkomunikasi sebab dia dah biasa.

Lagipun bila difikirkan balik Adam tinggal di Malaysia, macam manapun dia akan tahu bertutur dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Bukan satu masalah yang besarkan.

Pada saya pendidikan awal sangat penting.

Seeloknya didik anak-anak dengan bahasa asing supaya bila besar dia boleh berkomunikasi dengan baik. Cara mudah, kita juga boleh turut praktikkan berkomunikasi dengan anak-anak di rumah.

Di Malaysia ada banyak bahasa. Ada bahasa Cina, India, Kadazan dan macam-macam lagi, tidak salah kalau kita pelajari. Lagipun Bahasa Inggeris antara bahasa yang penting dan juga digunakan di IPT atau ketika kita memohon kerja.

Jika kita tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, agak sukar untuk memohon pekerjaan kerana rata-rata syarat-syarat pemohonon kerja memerlukan anda fasih dalam penggunaan Bahasa Inggeris selain Bahasa Malaysia.

Sikap Orang Melayu

Masalahnya ada sesetengah sikap orang melayu yang terlalu tipikal, terlalu fikir apa orang kata. Bila mendengar orang melayu sesama melayu bertutur Bahasa Inggeris, mulalah kata orang tu lupa diri, berlagak dan macam-macam lagi.

Tetapi boleh pula menonton cerita orang putih di TV atau pawagam…pelik betulkan πŸ˜€

Pernah kami pergi kenduri kahwin, bawa Adam sekali. Apalagi dia bantai speaking English dengan makcik-makcik dan budak-budak kat kenduri tu. Saya terdengar ada seorang mak cik tu siap mengumpat kami lagi.

“Kecik-kecik dah cakap omputih, mesti mak ayah pun perangai macam omputih jugak ni”.

Adeh hai mak cik oiii…

Cubalah otak tu fikir elok-elok sahaja, tak pasal-pasal dapat dosa free mengumpat orang mak cik. Nasib baik Adam tak cakap bahasa Arab. Kalau tak apalah makcik-makcik tu nak kata ya.

Buang semua sifat tu, #SaySomethingNice, pandang ke depan, bukan kita didik anak dengan bahasa yang tidak baik atau mengajar yang bukan-bukan. Dalam masa sama kita berikan juga secukupnya didikan agama.

Kita yang dewasa inipun boleh belajar lagi. Saya sendiri pun masih cuba perbaiki bahasa Inggeris yang kadang-kadang tonggang langgang juga.

Jangan pandang rendah atau rasa malu bertutur dalam bahasa asing. Biar apa orang nak kata, yang pandai anak kita, bukan anak orang. Bahasakan Jiwa Bangsa πŸ™‚

Didikan agama memang penting, tetapi jangan lupa juga mendidik anak tentang dunia supaya bila dewasa mereka menjadi orang yang berguna dan berjaya…

InsyaAllah…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

67 CommentsLeave a comment

  • wah kak akma, saya pun ada kenal budak kecik comel full speaking English dari kecik… sekarang umur 6 tahun baru nak belajar bahasa Melayu sikit2 sebab next year dah nak masuk darjah 1, takut susah nak bergaul dengan kawan-kawan lain

    saya tag akak kat instagram, tngok k πŸ™‚

    • Memang kat rumah kami communicate dlm BI dgn dia..Adam pun tahun depan kami masukkan ke sekolah khas, belajar semua bahasa termasuk BM & aktiviti advance sikit. BM penting kena ajar juga sebab ramai bdk melayu tak lulus SPM psl fail BM..bahasa sendiri pun tak boleh score..pelik tapi benar πŸ™‚

      Comel lah iqmal tu kan…kalau jumpa adam mesti berabuk dua org dak kecik ni speaking london huhu

  • betul tuh..baguslah kalau dari kecil dah pandai bertutur dalam bahasa inggeris…masalah tipikal malaysian tuh payah sikit nk kikis..tetap akan ada yang pandang serong..yang penting semua tuh bawa kebaikan pada si kecil πŸ™‚

  • setuju dengan pendapat akma, kekadang BI saya pun kurang faham jugak, org cakap faham but nak reply balik tu lambat….my daughter sy dah ajar dari sekolah ckp BI, result BI dia memang A+, now di amik course pengajian BI di UIA, memang dia suka BI, minat dan faham kena seiring untuk mencapai matlamat berbahasa BI…..tak salah untuk mengajar BI, on the same time kelebihan berbahasa lebih dari satu adalah peluang untuk masa depan beliau…..sharing is caring
    sukma recently posted…Cara Untuk Mendapatkan Kembali Barang Yang Telah Di CuriMy Profile

    • Memang sis..saya pun dengan kwn2 broken BI..campur2 BM & BI huhu…penting BM ni especially bila communicate dengan clients..kalau tak faham jadi ayam dengan itik hehe

      Baguslah sis belajar tak salah..tak tahu kita tanya atau refer dictionary..saya buat camtu bila ada perkataan yang complicated huhu

    • Dalam mendidik anak kita mestinya nak bagi yang terbaik.. Macamana pun kita orang melayu tetap tak lupa adat dan agama.. Bila berkomunikasi dalam BI bukan bermaksud kita kena ikut budaya diaorang kan…sebagai knowledge supaya anak2 berjaya πŸ™‚

    • Tu kena kikis sikap orang melayu ni, banyak kebaikkan sebenarnya kan…akak pun tonggang langgang gak..bercakap tu bolehlah..menulis tu grammar out giler huhu.

  • saya lagila kak, umur 2 tahun lebih baru boleh cakap, Sampai berubat sana sini macam2x takde perubahan. Dr pun sama jugak tak ada masalah.

    Itulah kak, kadang2x saya naik tension bila nak cakap dengan kawan, asal saya cakap inggeris dengan mereka, mulalah mereka cakap poyola, bajet inggeris bagusla dan macam2x. Walaupun inggeris tak bagus, dengan cara inilah kita dapat memperbaiki bahasa inggeris kita dari masa ke semasa. Bila kita ada sokongan dari kawan, mana tau kita akan fasih bercakap dalam bahasa inggeris.
    Bahrain recently posted…Manusia Mudah LupaMy Profile

    • Akak dengan kawan2 akak speak English kalau bukan melayu lah..kalau melayu broken english memang dah terbiasa camtu..

      Akak dulu masa sekolah BI memang teruk especially bila communicate..bila kita practise bercakap lama2 kita akan jadi biasa. Sususan ayat kita jadi betul..

      jgn peduli apa orang kata…abg2 akak memang fluent BI, kalau silap diaorg selalu betulkan. Bukan kita nak berlagak poyo atau apa…practise make perfect πŸ™‚

    • Yup betul tu..padahal diaorang pun ada bahasa diaorang sendiri. Orang melayu ni ada satu sifat terlalu tipikal dan segan sangat. Kena confident walaupun silap.

    • Memang bagus school adam ni, sekolah ni biasa aje..diaorg buka Shoplot kat wangsa walk..ada certain fee, start umur 1 tahun boleh hantar dah, mcm adam kami antar dr pkul 9 pg – 5 ptg. Nanti akak bg contact no bleh refer detail kat diaorang.

    • Tulah masalah orang kita ni…silap orang nampak je, silap sendiri tau lah nak sorok…nak buat camne community kita memang macam tu…huhu

      Skodeng lah sis, anak2 sis pun comel je tengok keletah diaorang πŸ™‚

    • Den pun…peduli apo orang nak kato haha..kita tengok keadaan lah kalau perlu kita communicate janji kita faham & tahu macamana nak balas.

      Ni akak cerita satu pasal kawan akak kena marah dengan bos dia mat salleh..padahal dia tak salah sebab kan tak tahu nak balas BI dia menangis..nampak sgt kita di perbodohkan. Kalau akak blast balik kaw2.. Sifat org kita takut bila nak lawan mat salleh ni..pandang tinggi sgt..padahal bukan bagus sangat pun huhu

      • pada pndangan den, kita melayu boleh compete walaupun tak pandai berbahasa inggeris. betul kata akak, orang kita takut melawan sbb pandang tinggi.

        Sy pernah berbalah dengan mat saleh dari barcelona dalam train. hehe ni cerita bola je, dia sokong barca, saya sokong arsenal. kebetulan ada game arsenal vs barcelona. tapi berbalah secara tak serius la. agak fun pengalaman tersebut πŸ˜€

  • Memang bagus untuk mereka bila dah besar nanti, senang bila bekerja. Macam anak2 sis pun mcm tu jugak, boleh ckp melayu but lebih fasih dlm bertutur eng. Senang jugak pada sis sb kalau ke overseas depa le yg byk translatekan untuk sis..hehehehe. Sis ni bab bila org ckp laju or pekat mula lah terlopong mulut…;)

    • Memang sis banyak kelebihan bila boleh communicate dalam BI, budak pun jadi bijak.. Kita dulu nak belajar tak tinggi tak mampu, biarlah anak kita bagi didikan secukupnya kan.

  • As Salam untuk empunya blog….

    Ada sesetengah ibubapa meletakkan bahasa Cina sebagai bahasa utama kerana itu ada yang menghantarnya ke sekolah berbahasa Cina. Apa pun jangan lupa bahasa ibunda.

    • Wasalam..

      Terima kasih sudi masuk blog saya ni…

      Yup memang ramai ibubapa yang hantar anak ke sekolah cina..pd saya sangat bagus. Bahasa ibunda memang tetap dihati cuma pelbagaikan penggunaan bahasa tidak salah kan πŸ™‚

    • Yup betul..bukan benda tak elok kan..lagi mudah nak berkomunikasi.kita dlu susah nak belajar, sekarang banyak kemudahan dah untuk anak2 kan.

    • Hehe enviroment sekolah dia buat kan adam lebih bercakap dalam BI..bagus ajar anak dari awal..dah besar takde lah ternganga2 kan..biar mak tak pandai janji anak2 bijak hehe

    • Takpe PK..saya dulu pun teruk BI ni, bercakap tu boleh lah cuma menulis tu agak kelam kabut… susah bila saya nak draft official letter, buat profile atau proposal, saya ambik kelas Bahasa Inggeris. Memang kita diajar dari A-Z step by step. Anak tu dari awal hantar kelas pun ok.

    • Kebaikkan kuasai bahasa asing ni banyak sangat..pada saya Bahasa Inggeris sangat penting dalam pendidikan untuk anak2, saya lihat budak yang boleh berkomunikasi banyak bahasa otak dia berkembang dan dan cepat tangkap.

    • Takde istilah bila kita menguasai bahasa lain boleh lupa ibunda kita ni dik…kalau pandai bahasa arab camne hehe

      Camnilah tu pentingnya didikan dan peranan ibu bapa dalam membentuk anak. Salah didikan maka salah lah jadinya, betul didikan InsyaAllah anak akan sentiasa ingat dengan ibu ayah πŸ™‚

  • Stumbled to your blog and to tell you the truth, this issue didn’t just happen to Malays, even Chinese experience such problem.

    Some Chinese only speaks English and others will say this English-speaking Chinese is showing off.

    Good read. πŸ™‚

    • Thank you very much…hopefully these typical things can change regardless of race and religion.

      Thanks visit my blog πŸ™‚

  • Menguasai pelbagai bahasa asing sememangnya digalakkan sejak dahulu lagi. Tetapi menguasai bahasa Inggeris tidak semestinya memudahkan kita berhubung dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Pernah saya ke Perancis dan Jepun, tetapi bahasa Inggeris di sana tidak laku pun. Mereka mengagumi bahasa leluhur bangsa mereka. Jadilah bangsa yang berjiwa besar yang tetap menyantuni bahasa bahasanya, kerana bahasa warisan kita adalah bahasa warisan dunia.

    • Betul…saya sendiri bukan menyanjung bahasa inggeris atau bahasa asing…cuma untuk bentuk pelajaran saya rasa penting, saya sendiri pun pernah ke jepun dan negara2 europe saya tahu mereka tidak laku sangat tetapi tengok apa yang berlaku membuat kita sendiri susah nak betkomunikasi dengan mereka…saya sangat sanjung bahasa malaysia tetapi dalam masa sama kita juga cuba belajar bahasa luar..bukan satu kesalahan malah berguna πŸ™‚

  • In my opinion, it is important for toddlers to speak in mother tongue. If it’s not important, why do the Chinese fight for years in protecting their vernacular schools in Malaysia?

    Bahasa Inggeris senang dipelajari sebab banyak media dan bahan-bahan pelajaran dalam bahasa Inggeris.

    Tetapi dialek atau bahasa daerah susah nak belajar. Orang akan respek kalau anak duduk bandar tapi boleh cakap dialek/bahasa daerah.

    Ramai je yang kecik2 tak pernah cakap English mahupun BM standard tapi berjaya belajar tinggi2 pergi overseas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest