Kehendak Menggunung Sampai Sanggup Berhutang

Kehendak dan pengalaman

Saya bukan seorang yang muda lagi. Hal ini biasa bagi saya, ramai orang ingat saya budak-budak yang masih belajar lagi.

Mungkin bila dia orang tengok dari saiz saya yang kecil molek, muka macam budak-budak kot. Kadang-kadang bagus jugakan, orang sentiasa ingat kita muda sokmo…haha

Pernah sekali tu kereta saya rosak tengah lewat malam. Tahan teksi nak balik rumah.

Apek teksi tu asyik pandang saya melalui cermin pandang belakang teksi dia. Agaknya dia tak puas hati sangat, maka terkeluar juga soalan dari dia…

“Adik lu punya mak tarak marah ka lu balik lewat malam, esok tarak sekolah ka?”

Saya yang dengar terkedu sekejap, nak gelak pun ada nak marah pun ada. Saya jawab baik-baik.

“Apek, saya sudah tua la umur bla…bla…bla…apasal lu cakap itu macam?”

“Haiya…saya ingat lu budak sekolah ooo, muka ada itu budak umur 16 tahun!”

Hampeh punya apek dia cakap saya umur 16 tahun. Nak buat macam mana apek oiii, muka dah awet muda haha…eceh

Kehendak dan pengalaman

Dugaan Tempoh Alam Pekerjaan

Pengalaman saya mula bekerja dahulu banyak pahit dan manis. Habis sahaja belajar, saya buat part time di sebuah hotel.

Saya ingat lagi saya dibayar RM3 sejam, masa tu dah rasa tinggi. Sebolehnya nak buat over time sebab kalau kerja lebih masa dibayar double.

Memang best bila dah mula kerja, sampaikan dalam hati berkata kenapalah aku tak kerja dari dulu lagi buang masa sahaja belajar lama-lama.

Tetapi… bila lama-lama dah kerja mulalah timbul macam-macam hal. Duit asyik tak cukup sahaja nak kena bayar sewa rumah, api, air, hutang pinjaman dan macam-macam lagi.

Pernah sampai nak pergi kerja pun tak ada duit. Sanggup berlapar, nama nak minta duit dengan mak buat belanja tidak akan saya minta punya.

Saya sanggup tak pergi kerja daripada minta duit dari arwah mak, bukan dia tak bagi tapi ada satu perasaan malu yang teramat sangat bila nak minta.

Dah nama pun mak, macamana pun dia tahu dan perasan kita ada masalah.

Saya ingat lagi arwah mak saya tanya kenapa tak pergi kerja, saya cakap saya cuti… Tipu lagi tu. Tiba-tiba arwah mak bagi duit RM50.00.

“Nah ambik buat belanja, jangan tak pergi kerja, nanti kena buang kerja…susah.”

Ya Allah… Saya menangis terus depan mak bila dia cakap macam tu.

Rasa sedih sangat…

Timbul perasaan menyesal, kalau aku sambung belajar tinggi-tinggi lagi baik. Penat kerja ni, duit tak cukup-cukup. Mulalah teringat zaman belajar dulu.

Sara Diri Dan Keperluan Hidup

Bila dah kerja tetap, kehendak kita dah mula tinggi, maka macam-macam nak beli sampai sanggup berhutang.

Saya ingat lagi, kereta pertama saya beli Satria Auto 1.6. Beli second hand dari perempuan cina. Plat no. MAF14 mafia tu haha.

Tak silap saya plat no. ni sekarang artis Azhar Sulaiman pakai. Menyesal tak simpan plat no. ni dulu…huhu

Masa tu gaji pun dah tetap dan tinggi juga. Dulu dapat RM3K dah boleh hidup mewah. Rasanya sekarang RM3K pun tak cukupkan.

Saya jenis pandai simpan duit, tapi pandai habis duit juga. Kalau ada duit dalam tangan, ada saja nak beli kira boros jugalah haha.

Kehendak dan pengalaman

Jangan Lupa Mak Dan Ayah

Satu saya tak lupa, setiap bulan saya akan bagi kepada mak duit gaji hasil dari saya bekerja.

Saya juga nak ingatkan pada semua adik-adik, terutamanya kepada anak-anak buah saya juga. Jangan sesekali lupa mak ayah korang.

Korang hanya nampak mak ayah senang sahaja sediakan kemudahan. Seksanya mak ayah nak cari duit untuk menyara kita, tuhan sahaja yang tahu.

Kita boleh berbelanja untuk membeli yang bukan-bukan, belanja kawan-kawan dan macam-macam lagi. Tetapi nak belanja dan bagi duit pada mak ayah punya susah.

Tak luak duit gaji kita tu kalau diberikan kepada mereka, malah akan sentiasa berkat dan murah rezeki hasil doa dari mak ayah kita.

Sebenarnya mak ayah bukan nak sangat duit kita, tetapi bila dapat duit dari anak sendiri, perhatikan wajah mak ayah kita macam mana…

Mesti gembira dan terharu sebab didikan yang mereka berikan berjaya membentuk anak mereka menjadi seorang yang baik, solehah dan bertanggungjawab.

Kalau tak percaya masa dapat gaji pertama nanti silalah bagi pada mak ayah. Akan ada satu perasaan puas dan gembira sangat walaupun jumlah wang yang kita bagi tu kecil.

Dari situ kita sentiasa akan ingat pada mak ayah kita.

Saya juga bukan dari keluarga yang senang, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang berniaga untuk menyara lapan orang anak.

Saya hanya ceritakan sebahagian pengalaman dan apa yang saya rasa. Dari pengalaman banyak mengajar kita.

Terpulang kepada diri masing-masing, mana yang baik mungkin boleh memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah…

Saya sayang mak ayah saya, saya tahu anda semua juga begitu…

P/s : Aku kalau tulis entri membebel memang panjang…haha..wink

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

56 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest