Juadah Nasi Arab Kambing Yang Lazat

by Akma Omar on July 23, 2013 · 40 comments

in Food

Setiap kali datangnya bulan Ramadan, mesti banyak restoran atau hotel yang menyediakan juadah buffet berbuka puasa.

Kadang-kadang sampai tak tahu nak pilih buffet yang mana satu. Semua nampak menyelerakan.

Tetapi puasakan sebulan. Jadi, bolehlah pilih buffet Ramadhan dan tempat makan setiap kali nak berbuka puasa. Cuma sediakan duit sahaja.

Juadah Nasi Arab Kambing Yang Lazat

Tahun 2013 ni saya pun tidak terlepas menerima banyak jemputan berbuka puasa. Tak payah nak berasak ke Bazar Ramadhan.

Minggu ni sahaja boleh dikatakan setiap hari saya berbuka di hotel dan restoran. Dapatlah menikmati hidangan buffet Ramadhan yang ada bermacam-macam jenis.

Kalau kita tengok, buffet Ramadan pada tahun ini memang meriah.

Juadah Nasi Arab Kambing Yang Lazat

Hidangan juadah berbuka puasa banyak sungguh. Bermacam-macam jenis juadah ada. Bermula dari starter sampai ke dessert.

Mewah dengan juadah buka puasa yang pelbagai dari setiap negeri; dari utara, selatan hinggalah ke pantai timur.

Itulah untungnya tinggal di Malaysia ni, mewah dengan warna-warni masakan dari pelusuk negeri.

Kepada yang suka makan memang berbaloi tempah buffet Ramadhan ni.

Juadah Nasi Arab Kambing Yang Lazat

Buka Puasa Kampung Pengantin

Hari ini saya berbuka puasa di Kampung Pengantin bersama adik dan anak-anak buah saya.

Masuk ini dah kali kedua saya buka puasa di Kampung Pengantin semenjak tempat itu dibuka.

Kampung Pengantin memang cukup terkenal dengan hidangan nasi Arab kambing yang lazat. Siapa pernah rasa mesti setuju dengan saya.

Nasi Arab kambing antara yang selalu menjadi tumpuan pelanggan yang datang berbuka di Kampung Pengantin, sampaikan beratur panjang.

Kalau tak percaya, korang pergilah cuba bawa keluarga atau kawan-kawan makan disana.

Nasi Arab kambing merupakan menu utama untuk berbuka puasa disana.

Harga buffet buka puasa di Kampung Pengantin juga berpatutan. RM25 sahaja sekepala, kanak-kanak bawah 12 tahun dapat makan percuma.

Lokasi Kampung Pengantin di…

The New Hall, Sky Garden, 3rd Level of PV 128, 128, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Hubungi Tuan Syed ditalian 016 251 8035

Juadah Nasi Arab Kambing Yang Lazat

Saya pasti anda akan puas hati dengan juadah hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh Kampung Pengantin. Simple tapi sedap.

Yang ni paling best, mana-mana saya pergi hotel atau restoran yang menyediakan buffet berbuka puasa, tak pernah lagi ada yang bagi kita tapau makanan.

Kampung Pengantin sahaja satu-satu tempat boleh tapau bawa balik makanan… Pihak Kampung pengantin siap menyediakan tupperware sekali. Tak percaya korang cubalah…

Menurut Tuan Syed, tuan punya Kampung Pengantin; katanya ini adalah untuk mengelakkan pembaziran.

Sebab itu dia benarkan kepada sesiapapun yang ingin membawa pulang makanan… Unikkan hehe.

Sekiranya anda tercari-cari lokasi buffet berbuka puasa untuk keluarga, syarikat atau rakan-rakan bolehlah cuba di Kampung Pengantin. Harga pun berpatutan.

Cubalah ya….

{ 40 comments… read them below or add one }

boni kacak July 23, 2013 at 3:11 am

makin bulat lah bulan puasa ni,hehehe. saya dah makin tembam dah ni

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:25 pm

Ada sedikit naik lah..bulan puasa takleh nak diet2..rugi oooo haha

Reply

Syahruddin July 23, 2013 at 11:07 am

Awat la tunjuk gambaq makanan lazat-lazat pagi2 nie…tak sabaq nak tunggu azan zohor…Ops =)
Syahruddin recently posted…Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri 1434H/2013My Profile

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:26 pm

Haha tunggu zohor ya… Tahann perut dik haha

Reply

fahmi July 23, 2013 at 11:46 am

Wow boleh bungkus best tu

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:26 pm

Yup boleh bungkus buffet kat situ… Memang diaorg allow. Beratur juga yang tapau haha

Reply

Hairul Azni July 23, 2013 at 1:13 pm

Nyum..nyum..sedapnyer..entri bikin lapar nih.. hehe
Hairul Azni recently posted…Komisen Kelima Dan Keenam Job Di RumahMy Profile

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:27 pm

Hehe ampunnn..nak pos semalam tapi kekenyangan pulak haha .

Reply

suriaamanda July 23, 2013 at 1:37 pm

best la..SA belum lagi dapat mana2 jemputan…sedih…

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:27 pm

Alahai ye ke… Puasa lama lagi InsyaAllah ada yang jemput nanti tu sis ;)

Reply

zie fauzi July 23, 2013 at 1:57 pm

ish..ish…ish…. nasi arab oi nasi arab.. lauk kambing pulak tu… nyum..nyum…. :) mujur la puasa kalau tak lani jgk pi cari…

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:29 pm

Haha ampun..ampun.. Memang sedap nasi arab ni sis.. Owner nya saya kenal..kg pengantin ni sebenarnya buat catering..ramai VIP selalu tempah dengan diaorang kalau bulan puasa.

Reply

dayah July 23, 2013 at 2:03 pm

Kelainan ni bole tapau..

Sayang la weekend dah penuh date bukak puasa.. kalau tak nak gak try.. dayah weekend je yg boleh merasa nak buka puasa jauh sikit.. :)

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:31 pm

Tu yang unik dayah..siap sediakan tupperware lagi.. Kalau ada masa bawalah encik asben ya.

Reply

Man July 23, 2013 at 2:04 pm

Murah gak harga buffet kg pengantin tu.. padanlah dah masuk kali kedua berbuka disitu. Kongsi sikit berat dah naik berapa kilo. hehe
Man recently posted…Inspirasi Design Terbaru Kad PerniagaanMy Profile

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:33 pm

Aah murah sangat..puas jugalah makan…tak timbang lagi..lepas raya baru timbang haha

Reply

titan July 23, 2013 at 2:17 pm

nasi arab ni..gua kurang sikit. Tetap juga nak nasi puteh.. haha
titan recently posted…Writting is my passion.My Profile

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:34 pm

Sama lah ngan aku..camne pun nasi putih gak..tapi sekali skala boleh lah makan nasi arab ni..hari2 makan bau kambing je kang haha..

Reply

Damia July 23, 2013 at 2:25 pm

Dapnya Akma, teringin nak makan nasi Arab ni. Lain ke rasanya dengan Nasi Beriani Kambing Akma.

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:35 pm

Sedap Azie..nasi briyani lain sikit..rempah banyak.. Nasi arab ni dia masak sekali dengan kambing. Cubalah nanti.

Reply

Azie July 23, 2013 at 2:44 pm

Eh kenapa Keluar nama Damia pula hiihiihi, Nasib baik ada gambar Azie hihii. Nak sangat rasa. Setakat ni merasa nasi Beriani je.

Reply

Akma July 23, 2013 at 2:47 pm

Tulah pasal saya pun pelik gak ingat Azie tukar profile name haha…komen azie pun kena approve dulu.. Slalu tak. Internet tgh ngok kot..terkejut tengok nasi arab tu hahaha

Reply

azwan July 23, 2013 at 3:30 pm

menarik ni. munkin akan terjah sedikit masa lagi. harga pun ok je tu.
azwan recently posted…Ibu Kanak-Kanak Lemas Dalam Kereta Patut Di Hukum?My Profile

Reply

Akma July 24, 2013 at 2:39 pm

Cubalah nanti..memang sedap, kg pengantin ni dah berpuluh tahun dlm bidang catering..

Reply

Hafizul July 23, 2013 at 4:14 pm

Ok ada masa saya singgah ke sini..haha
Hafizul recently posted…Adakah Ini Artikel Yang Santai?My Profile

Reply

Akma July 24, 2013 at 2:39 pm

Singgahlah nnti kalau ke KL ya PK

Reply

nurmisnan July 23, 2013 at 8:54 pm

Hoho. Never try loh. Boleh cuba nanti berbuka
dgn family. Tq sis…

P.s. Best part blh tapau…
nurmisnan recently posted…Roh yang kembali dibulan ramadhanMy Profile

Reply

Akma July 24, 2013 at 2:40 pm

Try first sis.. Buffet ramadan kat situ taklah huge macam kat hotel tapi cukup semua syarat lah..starter, dessert semua ada. Hehe

Reply

bearcat July 23, 2013 at 8:57 pm

Saya memang penggemar Nasi Arab dan daging kambing. Terliur…hihi.

Reply

Akma July 24, 2013 at 2:41 pm

Haha..apa tunggu pi cuba

Reply

eiela July 24, 2013 at 11:44 am

tak reti nak makan nasi arab, tak kenyang, nasi putih n kari kambing baru kenyang.
eiela recently posted…Wordless Wednesday : Adik & Abang KucingMy Profile

Reply

Akma July 24, 2013 at 2:46 pm

Sedap sis..saya pun kurang makan nasi arab ni dan tak suka kambing sangat..tu cara masak penting kambing ni kan…pandai masak tak hanyir.

Reply

Naziman Azlye July 24, 2013 at 11:52 am

Dah lama teringin cuba makan nasi arab ni. Tapi tak tahu la, mak kata bukan sedap pun. Jadi malas juga nak cuba.
Naziman Azlye recently posted…Wordless Wednesday #7 : Jangan Putus Asa dari Rahmat AllahMy Profile

Reply

Akma July 24, 2013 at 2:48 pm

Bukan semua orang pandai masak nasi Arab ni. Saya pernah buat untuk MAHA2013 untuk 4000 orang..ambil kat kg pengantin lah.. Sampaikan diaorang tempah lagi huhu

Reply

Azra July 24, 2013 at 3:14 pm

Hi dear,
Nak tanya la…kalau nk berbuka posa kat sini kene booking dulu ke?

Reply

Akma July 24, 2013 at 4:33 pm

Yup sis.. Sbb selalu full..U call sahaja no yg saya attach kat entri ini ya.

Reply

Wan Fauzi™ July 24, 2013 at 10:45 pm

teringin nak makan nasi arab kambing nie..
Wan Fauzi™ recently posted…Peristiwa Sejarah Bulan RamadhanMy Profile

Reply

Akma July 25, 2013 at 3:19 pm

Cubalah kat kg pengantin ni. Saya tak tulis kalau tak sedap hehe

Reply

wani July 29, 2013 at 9:18 am

harga dia only rm25 atau ada nettt?sedapnyeeeeeee

Reply

Akma July 30, 2013 at 3:31 pm

Yup harga RM25 nett sis…pi lah cuba memang sedap sangat.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: