Jom Aktifkan MyKad

Jom Aktifkan MyKad

Saya pernah menulis beberapa artikel berkenaan MyKad secara terperinci tentang pengenalan, kebaikan dan cara aktifkan MyKad untuk mendapatkan diskaun dan mata ganjaran apabila pergi membeli belah.

MyKad SmartShopper adalah dibawah pengurusan I Synergy Universal Sdn Bhd (Integrated retail marketing solution provider) di Malaysia.

Ianya mendapat sokongan sepenuhnya dari Jabatan Pendaftaran Malaysia dan MDEC. Anda boleh rujuk artikel saya yang lebih terperinci di entri MyKad Smart Shopper Program ini.

Mykad Smart Shopper

Sebagai warganegara yang memiliki status tetap sebagai rakyat Malaysia, pasti anda mempunyai MyKad atau kita panggil kad pengenalan sebagai identiti penting yang harus dibawa kemana-mana.

Selain dari penggunaan urusan-urusan penting berkaitan dengan kewarganegaraan, banyak kelebihan lain yang ada pada MyKad kita.

Dengan MyKad, anda boleh mendapatkan diskaun dan mata ganjaran di semua kedai-kedai yang mengambil bahagian dan berdaftar dengan MyKad Smart Shopper sebagai agen peniaga.

Setiap RM1 yang anda belanjakan melalui Program MyKad Smart Shopper dikedai-kedai yang berdaftar, anda akan mendapat ganjaran dan keistimewaan.

Dengan mata yang terkumpul anda boleh menebus barangan yang menarik dari Affiliate Junction. Terdapat lebih dari 500 kedai-kedai diseluruh Malaysia berdaftar dibawah AJ MyKad Smart Shopper.

Untuk mendapatkan kelebihan dari program ini, anda perlulah mengaktifkan MyKad anda terlebih dahulu.

Jom Aktifkan MyKad

Jom Aktifkan Mykad anda untuk menikmati kelebihan rebate yang tersedia dimerata-rata tempat membeli belah yang ada di Malaysia.

Sebelum ini anda perlu berjumpa dengan agen yang berdaftar dengan MyKad Smart Shopper. Sekarang sangat mudah, anda boleh daftar secara online.

Cara untuk aktifkan MyKad, anda boleh daftar secara online DISINI. Segala data MyKad yang anda berikan akan disimpan dan tidak akan didedahkan.

Ianya selamat dan boleh dipercayai.

Kelebihan MyKad Smart Shopper

Banyak kelebihan disamping berbelanja kita boleh kumpul bonus dan poin sama seperti bonus kad yang ada di Malaysia ini.

Kelebihan Aktifkan Mykad:

  • Daftar secara percuma dan tiada tarikh luput keahlian.
  • Anda boleh berbelanja seperti biasa di kedai-kedai yang mengambil bahagian dan nikmati diskaun runcit dan keistimewaan lain.
  • Tiada kad tambahan, dengan hanya menggunakan semata-mata MyKad anda sahaja.
  • Apabila membayar menggunakan wang tunai, tunjukkan MyKad kepada juruwang. Dapatkan diskaun dan kumpulkan point.
  • Ahli boleh membuat semakan dari semasa ke semasa dilaman sah Mykad Smart Shopper.

Sistem ganjaran Mykad Smart Shopper ini sudah lama diperkenalkan dan telah diluluskan oleh jabatan kerajaan. Bukan satu scam atau kerugian jika anda mendaftar dengan MyKad Smart Shopper. Malah anda lagi mendapat keuntungan.

Rujuk laman sah MyKad Smart Shopper untuk mengetahui program, informasi dan aktiviti tentang program ini.

Dari kita membeli-belah tanpa apa-apa faedah atau ganjaran, jom aktifkan MyKad anda dengan program ini. Sekurang-kurangnya dengan aktifkan mykad boleh mendapat ganjaran dan bonus sambil membeli-belah, mudah sahajakan.

Banner Jom Aktifkan MyKad

Contest Jom Aktifkan MyKad ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

45 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest