Isu Pinjaman PTPTN vs CCRIS

Peminjam PTPTN

Agak tegang tentang isu pinjaman PTPTN dan CCRIS sekarang. Ramai yang menulis tentangnya. Ada yang bersetuju dan ada yang membantah.

Saya juga tertarik untuk menulis dan berkongsi sedikit pendapat peribadi saya tentang isu PTPTN dan CCRIS ini.

Mungkin ada yang akan kata, korang tak kena senanglah cakap itu ini. Yang meminjam PTPTN ni sahaja akan rasa bahangnya.

Kita bincangkan baik-baik secara general mengikut akal kita yang logik.

Peminjam PTPTN

Apa Maksud CCRIS

CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System. Merupakan sistem berpusat di bawah Bank Negara yang mengumpulkan data dan laporan bulanan yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia.

Iaitu laporan kredit mengenai jumlah pinjaman yang belum dijelaskan dan status pembayaran pinjaman setiap individu bagi tempoh 12 bulan yang lepas. Mana-mana rekod lebih dari 12 bulan akan dibersihkan.

Setiap orang mempunyai laporan CCRIS yang boleh diambil oleh mana-mana institusi kewangan dan individu itu sendiri, tetapi tidak boleh diambil oleh orang lain.

Biro Kredit mempunyai kuasa undang-undang untuk mengumpul maklumat kredit anda daripada institusi-institusi kewangan.

Walau bagaimanapun, Biro Kredit hanya memberi laporan sahaja dan tidak mempunyai hak untuk menghukum status kredit anda.

Untuk lebih adil kepada semua, maklumat mengenai penolakan permohonan pinjaman tidak ditunjukkan dalam laporan kredit.

Supaya institusi kewangan tidak akan berat sebelah menolak permohonan pinjaman anda dengan melihat keputusan pemohonan daripada bank lain.

Maklumat CCRIS anda sebenarnya boleh dianggap berbeza dan subjektif oleh setiap institusi kewangan.

Ini apa yang saya faham tentang CCRIS. Jika salah tolong betulkan kenyataan saya ini.

PTPTN vs CCRIS

Dalam isu pinjaman PTPTN yang dikatakan akan dimasukkan dalam rekod CRISS. Pada pendapat saya isu ini agak general.

Ada pros and cons kepada peminjam PTPTN.

  1. Berkemampuan – Ianya bukan masalah besar kepada mereka yang mempunyai wang atau boleh kita katakan mampu membayar mengikut tarikh.
  2. Sederhana atau tidak mampu – Masalah besar kepada peminjam yang membayar tidak mengikut tarikh yang telah ditetapkan, tetapi tetap juga membayarnya kerana rekod kredit mereka akan kelihatan tidak cantik dan menyukarkan untuk membuat pinjaman kewangan lain.
  3. Tidak Bertanggungjawab – Jenis ini yang langsung tidak mahu membayar pinjaman PTPTN yang mereka buat. Yang ni patut masuk rekod kredit CCRIS sebab tidak bertanggungjawab.

Tempiasnya kena kepada jenis peminjam kedua iaitu yang mahu membayar tetapi tertangguh kerana tidak mampu.

Jika rekod kredit mereka buruk akan menyukarkan mereka untuk memperbaiki taraf hidup dan memenuhi keperluan diri seperti membeli rumah, kereta dan sebagainya.

Tetapi kita kena faham juga, pihak Institusi kewangan tidak boleh mengukur dari masalah seseorang individu tersebut.

Institusi kewangan juga perlu selarikan syarat-syarat serata kepada semua. Mereka bukan badan kebajikan.

Dari segi interest pula. Apa-apa pinjaman semua kena interest. Nak beli rumah, kereta, kredit kad, pinjaman kewangan peribadi dan perniagaan, jadi kita tidak boleh lari dari itu.

Peminjam PTPTN

Peluang Pekerjaan Di Malaysia

Di Malaysia ini, saya rasa tidak mempunyai masalah besar untuk mendapatkan pekerjaan.

Jika dibandingkan dengan negara-negara seperti India, Indonesia, Filipina dan banyak negara lagi yang mana jumlah penggangguran sangat tinggi.

Saya faham kadang-kadang peluang pekerjaan yang ada lari dari kursus atau course yang kita ambil ketika di IPT.

Sebolehnya kita mahukan pekerjaan yang padan dengan qualification kita. Akibatnya ramai yang menganggur dan duduk sahaja dirumah menunggu peluang datang.

Jika anda tunggu sahaja peluang pekerjaan itu datang, sampai bila pun kita tidak boleh melunaskan hutang PTPTN atau mana-mana pinjaman lain.

Point saya, permulaan tu jangan memilih kerja. Dedah dan biasakan diri melalui alam pekerjaan dahulu, luaskan dahulu skop persekitaran dan cari pegalaman.

Mana tahu, mungkin peluang pekerjaan yang mengikut qualification anda akan dapat diluar sana kerana kita terdedah dengan rakan-rakan baru dan senang mendapat informasi tentang peluang pekerjaan yang kita idamkan.

Kesimpulannya…

Saya menulis melalui pengalaman pahit maung selama saya mula bekerja dan mencari nafkah untuk menyara dan memenuhi keperluan hidup.

Saya bukan peminjam PTPTN. Tetapi saya juga pernah berhutang dengan bank, jadi konsepnya tetap sama. Bila dah berhutang kena bayar.

Ini baru isu PTPTN dah tegang, bila korang dah tempohi alam pekerjaan, makin banyak hutang korang kena tanggung nanti, tunggu sahajalah.

Kita ambil begini sahaja, kita tidak boleh lari dari hutang. Apa jua jenis pinjaman atau hutang sama ada kecil atau besar, wajib kita bayar.

Malah dalam Islam juga menyatakan hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntun. Melainkan dihalalkan oleh si pemiutang supaya tidak ada yang menuntut dan senang disana nanti.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

30 CommentsLeave a comment

  • sy setuju bab kerja iaitu jangan memilih dan terus dapatkan pengalaman di dalam bidang pekerjaan.. sy lari di bidang sy; sy study IT, inshaAllah kerja bahagian marketing consultant.. ramai kawan kawan yang persoalkan, tapi hakikatnya mereka tak tahu yang saya sudah ada plan jangkamasa panjang saya iaitu melunaskan ptptn dalam 3 tahun..

    • Saya ramai kenalan disana dan saya faham situasi disana..penduduk nya ramai maka peluang kerja terbatas. Atas desakan hidup ramai yang tidak memilih kerja walaupun berkelulusan tinggi.

    • Tulah yang jadi masalah..kebanyakkan dah keja tetap..bila berhutang ni hati kita tak senang..tak taulah diaorang..akak boleh pitam bila fikir hutang yang nak kena bayar bulan2 huhu

    • Ooo ye ke, saya ada tanya dulu jika pemohonan kita pernah ditolak tidak ditunjukkan rekod penolakkan bank lain melainkan rekod pinjaman yg kita dah buat sahaja..ok noted AbangEnsem terima kasih ya.

  • As Salam, seperti biasa perkongsian yang menarik dan tidak berat sebelah dari kak Akma. Realitinya memang begitu dengan orang-orang dinegara kita ni. Depa dah pandai meminjam tapi tak pandai pula nak membayar.

    Setahu saya peminjam boleh berunding untuk menetapkan berapa ansuran bulanan yang mereka mampu untuk membayar kembali pinjaman yang dibuat. Tapi kebanyakkannya mendiamkan diri dan lebih senang mengelak dari membayar semula pinjaman yang dibuat.

    Apa yang menghairankan saya. ada diantara segelintir peminjam tegar. mampu membeli smartphone yang harganya beribu sampai sanggup menahan lapar semata2 nak mendapatkannya. Tapi tak nak pula bayar pinjaman PTPTN. Ada juga yang culas membayar pinjaman PTPTN tapi sanggup apply loan untuk membeli kereta dan juga rumah. sedangkan hutang PTPTN tidak dibayar pula.

    Sebenarnya mereka bukan tak mampu bayar. tapi mereka cuma reti memberi alasan dengan mengatakan tiada kerja, jadi macam mana nak bayar?

    tapi kalau dilihat. sebenarnya mereka tidak berusaha pun untuk mencari jalan alternatif untuk membayar hutang mereka tu.

    Jika tidak memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian. kita boleh menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Ini kerana sayapun sukar mendapatkan pekerjaan kerna bidang yang saya ambil tu bukanlah bidang yang saya minati. tapi Alhamdulillah sekarang saya membantu ayah saya berniaga secara kecil-kecilan kerna sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan saya.

    Sebenarnya kita ada pilihan, cuma nak dengan tak jer.
    M’Rie R’Nie recently posted…Ceritera Aidilfitri 2013My Profile

    • Wasalam M’rie R’nie

      Akak faham bukan luck semua boleh dpt keja, ada yg lepas belajar terus dapat offer. Ada yang duk interview sana sini masih tak dapat, macam akak dlu pun susah nak dapat keja..akak buat part time job before dapat keja yang betul2 kena dengan jiwa.

      Satu masalah lagi budak sekarang ni banyak attitude, banyak masalah akak dengan pekerja melayu beza dengan pekerja cina diaorang kalau keja komited sebab nak cari duit untuk sambung belajar..budak melayu tau nak gaji tinggi tapi bila keja datang lambat & buat perangai..bukan nak puji bangsa lain tapi tu hakikatnya.

      Memang pun budak2 sekarang nak mewah, tak payah jauh anak buah akak sendiri pakai keta dah masa belajar, hp jangan cakaplah canggih aje…akak dulu berpeluh naik bus, pagi2 dah bangun nak pegi kelas. Bila dah keja duit tak cukup je…pernah sampai takde duit naik bus nak pegi keja & makan..nama nak mintak kat arwah mak tidak lah…sanggup akak berlapar..malu sangat nak mintak..sampaikan arwah mak perasan..menangis bila ingat dik..

      Seksa Allah swt aje yg tau..lepas dah lama keja baru lah sikit2 kumpul harta..compare dulu & sekarang jauh beza..

  • Lagipun kita ada banyak pilihan selain PTPTN. Tak nak PTPTN atau nak percuma belajar bersungguh-sungguh, saya juga peminjam PTPTN, dan saya dah set kat kepala otak, pandai pinjam pandai pulang.

    • Ramai bijak pandai sekarang ni Bahrain…macam-macam alasan diaorang bagi..kalau tanya akak, senang aje..pandai hutang pandai bayar..jangan banyak helah huhu

  • Share sikit, selalunya kalau kita nak buat pinjaman bank akan periksa semua pembayaran hutang piutang kita kepada institusi kewangan, contohnya saya ada membuat pembayaran rumah dan kereta, tetapi kalau bayaran kita tidak ikut time asyik postponed maka pembelian untuk pinjaman belian rumah @ kereta akan tidak approve.
    Mengenai kerja pula kebanyakan fresh graduate terlalu memilih kerja, sepatutnya untuk further study buat pilihan course yang betul dan berbaloi di masa akan datang, bukannya course yang banyak persaingan sebab bila habis study maka berlambak ler graduan yang tidak bekerja, jangan anggap apa yg kita study tu akan memberi peluang pekerjaan yang mudah kepada kita.
    Dulu saya susah untuk further study pun fikir banyak kali kerana tiada pinjaman macam sekarang, student sekarang beruntung ada diberikan kemudahan pinjaman PTPTN, kalau bernasib baik ada biasiswa, dulu kita sanggup berhutang untuk menyambung study ke Universiti……
    Nasib baik saya tidak membuat pinjaman PTPTN sebab masa dulu tiada kemudahan sebegini…….bila dah buat pinjaman rajin-rajinlah bayar untuk generasi akan datang dalam suatu kelangsungan hidup…..sekian.
    sukma recently posted…Petua Untuk Memagar Diri SendiriMy Profile

    • Kadang-kadang kredit record ni pelik jugak, ada kawan saya credit card blacklist tapi bila beli rumah lepas pulak, maybe lambat update atau terlalu ramai jadi terlepas pandang..nasib2 lah kan.

      Saya sendiri pun bidang kerjaya daya skrg lari dari apa saya belajar..tu saya selalu nasihat anak buah saya apply course yang boleh jamin masa depan dan peluang keja tu banyak, jangan ikut kawan2. Ada yang pilih course sebab nak sama dengan kawan2…tu silapnya.

      Saya ambik course hotel managment dlu…sekarang bila saya fikir balik kenapalah ada course ni di IPT sedangkan kebanyakkan hotel akan tengok dari performance keja buka qualification, sapa bagus kerja cepat naik pangkat..dan banyak yang lama kerja di hotel tak pegi IPT pun. Asal kan tahu English dah cukup, training ada semua under hotel.

  • Interest tu riba’ .haram…tapi dalam dunia ni kalau kita buat pinjaman selalunya ada Interest..macam mana nak elak interest?
    Saya bukan pengguna PTPTN tapi saya rasa kesian juga dekat golongan kedua tu..klau diaorg kena CCRIS.. lagi kesian…

    • Pasal riba ni akak tak berani nak kata apa2 takut salah faham..kita kat Malaysia ni susah nak tolak semua..sbb tujuan untuk hidup, setiap pinjaman ada interest jadi susah nak kita buat apa-apa…

      Kesian pada yang tak mampu lah tak pasal2 kredit record buruk.

  • Isu ini sebenarnya kecik je..tapi dibesarkan oleh golongan yang liat nak membayar..kalau ikutkan bila dah sign agreement kiranya kita dah bersetuju dengan term n condition ptptn itu sendiri..so, at the end dah habis pinjam kena la bayar balik macam diorang nak kan.
    hafizrahim recently posted…Astro Celebrates MerdekaMy Profile

    • Memang susah dulu..nak2 masa ekonomi meleset..Ya Allah seksanya. Memang berikat perut..hutang nak bayar, mana nak belanja lagi kan..fuhhh fobia bila ingat balik.

  • tak pilih kerja, nanti kuar univ, kerja jadi cleaner je… boleh la cukup2 makan. tapi still tak cukup nak bayar loan PTPTN.
    hutang tetap kena bayar jugak kalau nak selamat lepas mati.
    nak kawin pulak kena berhutang lagi… mana mampu hantaran tinggi… hadoiii… mana nak cari duit ni…
    Eddie recently posted…Frequently Asked Questions About Tinnitus HelpMy Profile

  • Dalam Islam, perjanjian sesebuah pinjaman tidak boleh digunakan untuk meraih apa-apa bentuk keuntungan. Islam memberikan keutamaan dan kewajiban bahawa sesuatu jumlah yang dipinjam itu harus dipulangkan dengan jumlah yang sama tanpa apa-apa bayaran tambahan. Jika terdapat sebarang pertambahan dalam bayaran, ia harus dikira sebagai Riba an-Nasiah yang hakikatnya haram dalam Islam.

    • Saya dalam bab pinjaman berteraskan Islam ni saya tidak berani nak kemukakan walaupun kita tahu…saya lebih tumpukan secara umum sebab kita tak boleh nak lari dari situasi itu kerana sistem negara kita sendiri boleh dikatakan semua begitu…baik bank Islam atau tidak masih ada bentuk keuntungan…semua atas diri kita sendiri jika mampu jangan buat pinjaman, jika tidak mungkin kita boleh cari sumber yg lebih baik lagi kan…Wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest