Hot Wheels Bukan Sekadar Kereta Mainan Kanak-Kanak

Hot Wheels Blue Custom Camaro 1968

Ada sesiapa yang minat Hot Wheels tak? Kalau ada bolehlah kongsi koleksi dan minat korang.

Sebenarnya tak tahu nak update apa dalam blog. Dua hari lepas duduk mengemas koleksi permainan kereta Adam sebab bibik Adam main campur sahaja semua.

Siap minta achik tangkap gambar dia lagi, tengoklah tu tersengih sokmo dengan kereta dia.

Small Hot Wheels fan from Malaysia

Minat mengumpul Hot Wheels ni bermula bila Adam berumur 1 tahun, dia mula tunjuk minat dengan permainan kereta. Adam ni… permainan lain dia tak berapa suka macam robot, ultraman gaban, Ben10 semua tu. Memang langsung tak pandang.

Bangun tidur kereta mainan yang dicari dulu, tidur pun kena ada kereta. Cuba juga tukar minat Adam, tapi tak jalan.

Setiap kali keluar jalan-jalan, bila tengok kereta di jalan raya dia excited sangat sampaikan bila ditanya dia tahu jenama dan jenis kereta dengan sekali pandang sahaja…kagum juga achik.

Koleksi kereta mainan Adam rasanya melampau dah banyaknya. Sampai pening dah nak storage. Bayangkan setiap kali keluar, kami terpaksa beli satu untuk Adam. Kalau pergi shopping mall memang sah kena paw.

Kalau tidak mulalah dia tak duduk diam, tanda tunjuk protes…bertuah punya budak kecik huhu.

Adam’s Hot Wheels Cars collection

Hobi ni tidaklah mahal sangat. Kira mampu miliklah. Selalunya kami beli Hot Wheels yang harga dalam RM39.90 sehingga RM7.90 sahaja. Sekali sekali adalah terkena yang harga ratus RM, itupun kalau Adam terpilih harga mahal.

Jangan haraplah dapat sogok yang murah kalau dia dah suka…kembang juga muka mummy Adam nak membayar haha. Nasib baik Adam ni perangai dia tidak akan ambil lebih dari satu kereta mainan. Memang kami ajar macam tu supaya jangan tamak.

Dari Adam, saya mula ikut perkembangan tentang Hot Wheels ni. Saya follow Hot Wheels fan, join group luar dan dalam negara.

Kalau tengok koleksi mat salleh lagilah cantik-cantik. Di group instagram ramai yang share limited edition Hot Wheels. Bukan budak-budak sahaja fan Hot Wheels ni, kebanyakkannya orang tua huhu.

Tak sangka ada seorang rakan blogger die cast fan Hot Wheels juga, koleksi dia boleh tahan banyak dan Vintage.

Kalau sesiapa yang minat nak simpan koleksi Hot Wheels boleh beli di Facebook dia. Memang banyak koleksi yang menarik dan susah nak dapat.

Hot Wheels Blue Custom Camaro 1968

Tentang Hot Wheels

Hot Wheels adalah jenama kereta mainan die-cast yang terkenal didunia. Kereta mainan ni diperkenalkan oleh Amerika toy maker, Mattel pada tahun 1968.

Hot Wheels yang pertama dihasilkan adalah dark blue custom Camaro in 1968 oleh pencipta toy Amerika, iaitu Mattel. Siapa minat filem Transformers mesti tahu nama Camaro Bumblebee yang boleh bertukar ke muscle car tu. Sejak itu Mattel telah menjual lebih daripada 1 bilion Hot Wheels…banyakkan.

Harga paling tinggi dibayar untuk kereta Hot Wheels adalah lebih daripada USD70,000 untuk Volkswagen Beach Bomb model semasa jualan lelong wealthy fan.

Model itu memang rare collection sebab masa dikeluarkan tidak mendapat sambutan sangat. Siapa sangka boleh dijual semahal itu.

Adam’s Hot Wheels racing collection

Nampak macam bodoh sajakan sanggup beli kereta mainan harga beratus ribu.

Kalau dah terlalu fanatik memang sanggup bayar berapa sahaja. Tapi yang beli tu mestilah banyak duit. Kalau saya tiada maknanya nak beli kereta mainan sampai puluh ribu…baik beli kereta betul huhu.

Diluar negara memang mendapat sambutan yang besar. Kalau keluar negara, kami mesti cari koleksi Hot Wheels yang tak dijual di Malaysia.

Memang toys shop diaorang grand sungguh.

Koleksi Hot Wheels Adam

Selain Hot Wheels, banyak sebenarnya jenama koleksi kereta Adam macam Cars MacQueen, Mattel, Mini Cooper macam uncle Reezluv , Cararama, Ferrari, Porsche, Volkswagen dan banyak lagilah.

Memang best bila kita pun turut minat sama. Dari tak tahu pasal kereta, sekarang saya juga dah banyak tahu jenis kereta terutama yang antik dan vintage.

Tidak salah kalau ikut apa yang anak-anak minat. Daripada dia main benda yang bukan-bukan, baik kita beri galakan kepada benda yang dia minat. Tetapi kena minimize, jangan terlampau sangat. Kena pantau, jangan bagi anak-anak terlalu leka dengan mainan. Ada masa untuk main-main, ada masa untuk belajar.

Mesti ramai peminat tegar Hot Wheels, kongsilah nanti koleksi korang ya…Ooo ya kalau sudi followlah instagram Adam Faris.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

58 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest