Harga Juadah Bazar Ramadhan

Harga Juadah Bazar Ramadhan

Setiap kali datangnya bulan puasa, mesti banyak bazar Ramadhan akan dibuka. Di merata-rata kawasan perumahan mesti ada.

Bazar Ramadhan kalau kita lihat dari segi konsepnya adalah sama dengan pasar malam yang biasa juga.

Cuma bezanya bazar Ramadhan menjual makanan untuk berbuka puasa. Pasar malam pelbagai barangan dan makanan ada dijual.

Resamnya, rakyat Malaysia memang suka pergi ke pasar malam. Disitu kita mudah mencari barangan atau makanan tempatan.

Apa yang pelik, walaupun konsepnya sama tetapi dari segi harga jualan agak berbeza sedikit. Terdapat makanan yang kita beli di bazar Ramadan lebih mahal daripada kita beli dihari biasa.

Harga Juadah Bazar Ramadhan

Saya menulis artikel ini bukan nak hentam atau salahkan peniaga yang meniaga di bazar Ramadhan kerana menaikkan harga makanan.

Kita faham mereka meniaga dan menjual mengikut harga barangan mentah yang mereka beli. Jika harga bahan mentah naik, maka peniaga juga terpaksa naikkan harga.

Jika kita perasan, purata pembeli akan berbelanja sekurang-kurangnya RM20.00 seorang untuk juadah berbuka puasa sahaja. Itu belum lagi yang membeli untuk satu keluarga yang ramai.

Ada yang berbelanja lebih dari itu kot, biasalah bulan Ramadan nafsu makan kita berbeza sedikit. Kalau boleh semua kita nak belikan.

Saya sendiri terasa bahang kenaikkan harga ni bila membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan.

Pernah saya hanya membeli ikan bakar, nasi, murtabak, kuih dan air tebu jumlah semua lebih RM30 untuk seorang makan.

Saya rasa kos tu agak tinggi. Harga ikan bakar sampai RM10 seketul. Itu baru ikan kembung je.

Itu kita belum cerita harga ayam, air tebu, kelapa dan sebagainya. Ketara kenaikkan harga semakin tinggi tahun ini.

Sebenarnya kalau diikutkan sebagai pengguna, pada saya harga tu bukanlah semahal kita makan di hotel atau di restoran mewah.

Tetapi poin saya ialah kemampuan untuk pengguna atau orang biasa yang mungkin berpendapatan rendah.

Agak sukar untuk mereka berbelanja dengan kenaikkan yang melampau sekarang ini. Jika dikatanya bekalan tidak mencukupi, saya rasa macam tidak logik pula.

Sebab asasnya apa yang dijual di bazar Ramadhan adalah makanan harian yang kita selalu beli pada hari biasa.

Tetapi bila tiba bulan puasa habis semua naik harga.

Ada pihak yang mengatakan kalau tak mampu beli ayam, jangan makan ayam.

Habis tu nak makan apa; daging, ikan dan seafood pun boleh tahan juga harganya. Takkan nak makan sayur sahaja.

Baru-baru ini saya ada berbual dengan rakan-rakan yang berniaga di bazar Ramadan dan saya lihat ramai juga peniaga bazar Ramadan menutup gerai bazar mereka kerana kerugian akibat kurang pembeli.

Orang ramai juga sudah mula merasa beban harga sehingga menuntut orang ramai kurang berbelanja di bazar Ramadhan.

Pulang ke asal, kenaikkan harga sebegini kesannya kepada kita pengguna dan peniaga biasa.

  • Peniaga – berniaga mengikut harga pasaran bahan mentah.
  • Pembeli – pengguna yang membeli ikut kemampuan.

Jadi, kita hendak salahkan siapa dan siapa yang patut bertanggungjawab? Sendiri fikir dan sendiri jawab 🙂

Nak bising pun tak guna. Harga tetap naik juga.

Redha sahajalah…

Cara paling mudah adalah masak sahaja dirumah untuk berjimat cermat. Asalkan dapat berbuka puasa dah syukur rahmat… 🙂

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

20 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest