Formula E Championship Putrajaya ePrix 2014

Formula E Putrajaya ePRIX 2014

Sehari sebelum berlangsung Formula E Putrajaya ePRIX 2014, saya ada menyertai satu contest mudah Formula E anjuran AiMedia Network

Rasanya saya antara peserta yang paling lambat join. Itupun kebetulan terbaca di Facebook.

Syarat-syarat memang mudah. Tidak perlu tulis entri. Repost sahaja banner Formula E Putrajaya ePRIX anjuran AiMedia di Instagram dan hashtag.

Selepas repost di Instagram, tengah malam tu team AiMedia.net mesej saya di Facebook.

Formula E Putrajaya ePRIX 2014

Menang Tiket Formula E AiMedia

Post IG saya berjaya menang tempat ke 2. Berjaya dapat 2 ticket Formula E Putrajaya ePrix 2014. Tempat pertama dimenangi oleh AkuBiomed.

Terima kasih kawan-kawan yang support like ya hehe.

Asalnya, sahaja suka-suka repost di Instagram untuk sokong contest AiMedia sebab banner diaorang menarik dan pro. Orang kata kalau dah ditetapkan rezeki olehnya takkan kemana kan.

Esoknya pukul 11.00 pagi saya dah terpacak di Taman Botani Putrajaya ambil tiket dari salah seorang Team AiMedia.

Formula E Putrajaya ePRIX 2014

Formula E Putrajaya ePRIX 2014

Sebelum sertai contest mudah AiMedia, saya ada buat carian di internet. Hendak tahu juga apa benda Formula E ini, Formula One saya tahulah.

FIA Formula E Championship adalah perlumbaan electrical pertama dunia. Ini adalah round 2 Series Championship diadakan di Malaysia.

Sama seperti Formula One, setiap pusingan akan diadakan di negara-negara yang mempunyai trek terbaik.

Malaysia antara salah satu yang selalu terpilih sebagai trek perlumbaan antarabangsa dunia.

The FIA Formula E Championship is the world’s first all-electric single-seater racing series.

Bentuk kereta lumba Formula E sama seperti F1, tetapi menggunakan bateri. Kira jimat minyak dan mesra alam.

Bunyi pun tidak sekuat Formula One. Sampai boleh rasa hendak tercabut telinga kalau tak pakai earplug.

Tidak ramai pemandu single seater Formula E ini. Ada dalam 20 kereta sahaja rasanya.

Memang seronok terutama Adam. Menjerit-jerit Adam dan kepala tak berhenti ke kanan ke kiri setiap kali tengok kereta Formula E pecut depan dia haha.

Formula E Putrajaya ePRIX 2014

Berbaloi bawa Adam pergi tengok Formula E. Memang dia peminat tegar apa-apa yang berkaitan dengan kereta ini. Lain kali kalau ada lagi achik bawa Adam ya.

Cuma satu sahaja…

Mungkin ini kali pertama diadakan di Malaysia. Sistem parking untuk orang ramai agak kelam kabut sedikit. Tidak seperti Formula One setiap gate pasti ada parking khas yang teratur.

Semasa Formula E, orang parking kereta ikut sesuka hati. Sampai ada yang suka-suka block depan kereta orang. Apabila habis perlumbaan, semua kereta yang parking susah hendak keluarlah.

Ambil masa sejam juga hendak keluar dari parking sahaja. Kebetulan ada Karnival Upin Ipin dan Ultraman pula, bertambah sesaklah area Putrajaya.

Apa-apapun memang seronok. Sampai ke malam Adam duduk ulang tengok video Formula E race yang sempat saya rekod huhu.

Terima kasih kepada Team AiMedia Network memilih saya sebagai salah seorang pemenang. Lain kali boleh join lagi ni hehe.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

22 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest