Eyriqazz vs Denaihati – Siapakah Yang Layak Bertanding

Eyriqazz vs Denaihati
Eyriqazz VS Denaihati

Dalam diam tak diam Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati dah sebulan lebih berlangsung. Memang hebat dan mencabar selama itu juga saya belajar mengenai dunia blogging ini dan saya masih lagi tidak mengenali siapa Eyriqazz dan siapa Denaihati. Hanya sekadar mengetahui tentang mereka melalui entri bloggers yang menyertai cabaran ini.

Sedikit pandangan dan pendapat dari saya tentang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ni. Sebelum saya teruskan saya memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang akan saya tulis menyinggung hati pihak tertentu, bukan niat untuk mempertikaikan cuma sekadar pandangan dan pendapat peribadi sebagai seorang yang dewasa dan juga sebagai pemerhati.

Eyriqazz vs Denaihati adalah dua nama besar dalam bidang blogging dan antara penganjur dan penaja untuk Cabaran SEO ini.

Eyriqazz vs Denaihati

Eyriqazz VS Denaihati

Kata – Kata Semangat

Apa yang saya lihat blogwalking dan komen lebih diberi kepada blogger yang sudah mereka kenali, ada juga komen yang dibuat di blog mereka tidak dilayan langsung, tidak mustahil penganjur tidak membaca kesemua entri yang ditulis, cuma perlu juga kita ingat bantuan traffik dan backlink dari bloggers yang menyertai sedikit sebanyak membantu menaikkan blog penganjur. Tidak salah berkenalan di alam maya ini.

Mungkin En. Eyriqazz dapat meluangkan sedikit masa melawat kesemua bloggers yang menyertai pertandingan ini dan memberi kata-kata semangat sepatah dua kerana kita tidak tahu siapa kenalan baru kita mungkin seseorang yang lebih tinggi berpegalaman. Adakah faktor sibuk dan lebih gemar menjadi silent reader menjadi penyebab?

Senarai Hadiah Pemenang

Senarai hadiah pemenang sehinggga 20 orang mungkin pihak penganjur boleh bersikap tegas dan muktamad dalam menentukan jumlah pemenang dengan hanya memilih 5 hingga 7 orang terbaik diantara yang terbaik, rasanya ini bukan pertandingan sama rata atau fair to everybody, this is the competition dimana kalau dilihat ramai yang bersungguh-sungguh untuk memantapkan entri blog mereka, jadi biarlah berbaloi dengan kesungguhan mereka, kalah menang dah adat pertandingan.

Saya puji cara Titan ketika cabaran SEO lelaki kacak hanya menetapkan 7 pemenang sahaja sehingga ke akhir pertandingan. Sekiranya penaja bertambah mungkin hadiah tempat pertama hingga ketiga dinaikkan selari dengan kata kunci Eyriqazz vs Denaihati yang melonjak tinggi. So, win win situation

Syarat – Syarat Penyertaan

Hanya permalink entri yang didaftar sahaja akan dikira. Kelebihan ini lebih kepada blog yang sudah ber authority, page rank tinggi, dan ALEXA rank tinggi mendominasi page hadapan. Blog yang masih kosong dan hanya semata-mata berharap pada skill dan formula sahaja susah untuk naik dan tidak stabil, faktor ini apabila akan datang ada Cabaran SEO lagi berkemungkinan ramai yang hanya jadi pemerhati kerana sedia maklum pemenang dari kalangan peserta yang sama.

Banyak entri yang saya baca memperkatakan tentang mereka hanya memeriahkan majlis sahaja yang dasarnya kita tahu tujuan untuk mencuba itu ada.

Mungkin dimasa akan datang syarat penyertaan hanya menggunakan platform blogspot atau wordpress yang fresh dan baru dari situ pihak penganjur dapat menilai dan melihat kehebatan SEO sesebuah blog peserta tanpa bergantung kepada pagerank, alexa rank, achieve, mahupun authority blog. Disamping itu dapat menarik ramai penyertaan…baru meriahkan.

Kebaikkan Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Kebaikannya banyak yang boleh kita belajar untuk memantapkan blog kita. Dari segi traffik tidak dinafikan memang tinggi secara tidak langsung menaikkan rank blog individu tersebut disamping itu dapat berkenalan dengan ramai blogger dan berkongsi ilmu.

Peluang dari penaja yang bermurah hati untuk menaja Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati juga harus kita puji, mereka mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk menyokong pertandingan sebegini.

Mungkin dengan cara begini akan membuka mata penaja-penaja besar untuk menaja pula contoh mungkin dari pihak Nuffnang sendiri dan ini akan menaikkan taraf dan semangat bloggers dari Malaysia menulis entri yang berinformasi dimasa akan datang dan diterima diperingkat global. Contoh yang kita tahu ada sponsor untuk persatuan penulis buku di Malaysia, mana tahu akan datang ada pula sponsor untuk penulis di alam maya…siapa tahukan..

Exact Match Domain Name (EMD)

Saya ada terbaca blog yang mempertikaikan penggunaan nama domain dengan menggunakan kata kunci dalam Cabaran SEO berpeluang besar untuk duduk di SERP hadapan tanpa perlu memperkuatkan SEO, sebaliknya hanya dengan social media like dan retweet akan berjaya.

Pada mulanya saya juga berfikiran begitu ketika mengikuti cabaran SEO lelaki kacak, apabila berlansungnya Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ramai yang menggunakan domain name Eyriqazz vs Denaihati tetapi yang hairannya kenapa entri atau domain yang digunakan tidak berjaya kehadapan, hanya ada satu sahaja yang kekal di 1st page. Kenapa ya?

Jawapan yang saya dapat dari salah seorang rakan saya yang pakar juga dalam bidang SEO.

Contest SEO yang menggunakan domain baru, samaada keyword domain (EMD) atau sebaliknya adalah bukan sesuatu yang mudah, bila sebut domain baru memang sukar untuk bersaing dalam masa yang singkat sebabnya, ianya terpaksa bersaing dengan blog-blog yang sudah ber authority (alexa mantap, mempunyai PR, maintain update) dan dah berusia. Domain baru walaupun keyword domain sebenarnya tiada kelebihan kerana domain baru perlu masa 4 bulan keatas untuk matang dan menjadi mesra SEO. Tersilap langkah dalam optimasi domain baru boleh membawa padah dan terus tenggelam.

Bagaimanapun syarat-syarat peraturan ditetapkan dan terpulang kepada pihak penganjur yang menentukan.

Akhir kata dari saya, saya bukan seorang pengkritik tegar. Cuma menulis dengan cara melihat, membaca, dan sedikit mengkaji. Sikap saya yang berterus-terang terbawa-bawa sedikit dalam penulisan saya cuma saya terfikir seeloknya platform internet yang kita gunakan sekarang ini yang serba canggih boleh dimanafaatkan dan dimajukan lagi…hmmm too beyond kan.

Sekali lagi di bulan yang mulia ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya entri saya menimbulkan rasa tidak selesa kepada pihak tertentu. Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan. 🙂

Salam Ramadhan Al Mubarak.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

6 CommentsLeave a comment

  • Nice nice. Telus point-nya. Mmg bnyk dapat belajar or boleh jadikan kajian, semakin sengit maka semakin dlm lah kajian n hasilnya makin memberangsangkan.

    Harap juga penganjur mempertimbangkan syarat penyertaan tu agar Exact Match Domain Name (EMD) diterima. Sekarang ada beberapa dah yg guna domain, masih sempat dibangunkn tu, kalo Google PageRank leh up zero to four dalam 2 minggu, pasti serlahkan relevance domain tu dalam tempoh sama (atau lebih sket) pon boleh di SERP.

    Semua pasti dapat something in put yg lebih bernilai skalipun x menang . Gud luck Akma! nnt belanja buffet hehe.

    • yup betul bkn faktor nk menang, cuba mungkin bleh sedikit adil utk new blogger.. Unless ditulis syarat2 utk blog berauthority cam blog u je bleh msuk so, blog mcm i yg kosong ni bleh lah duk diam je kan… Pendapat je ni hehehe.

      Entri u maintain je tu 1st page..bg2lah sikit ilmu huhuhu.

      Anywy tqvm..xde hal lah klu setakat buffet boleh jer 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest