Ephyra Pilihanku Phase 2 – Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra

Ephyra Pilihanku Phase 2

Ephyra Pilihanku Phase 2

Produk Ephyra semakin mendapat tempat di hati pengguna. Sebelum mencuba, saya banyak membaca di Internet tentang keberkesanan produk Ephyra ini.

Dari feedback dan testimoni pengguna, ramai yang memberi maklum balas yang baik. Tetapi saya lebih suka mencuba sendiri dahulu.

Kebetulan semasa majlis sepetang bersama blogger SBBYEOS2014, Ephyra merupakan salah satu penaja besar untuk event tersebut. Saya sempat ke booth Ephyra untuk membeli produk tersebut.

Tapi… tidak disangka saya antara peserta yang bertuah mendapat percuma 1 kotak Ephyra (30 sachet) untuk percubaan.

Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra

Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra

Saya agak lambat menggunakan produk Ephyra kerana sedang mengambil produk suplemen jenama lain. Sebelum mencuba Ephyra saya bertanya kepada rakan-rakan sama ada boleh atau tidak mengambil produk Ephyra jika kita sedang menggunakan produk yang lain.

Maklumbalas dari rakan-rakan sangat membantu, ramai yang memberi nasihat supaya menjarakkan pengambilan selama seminggu dua dahulu sebelum mengambil Ephyra. Supaya dapat melihat tindakbalas kepada kulit dan badan, rupanya ramai yang dah lama minum Ephyra ni.

Dalam seminggu saya berhenti mengambil suplement yang selalu saya minum dan mencuba Ephyra untuk merasai sendiri tindakbalas ke atas tubuh badan. Ini apa yang saya alami dan rasa.

#Badan Segar Minum Setiap Pagi

Minggu pertama saya minum Ephyra dua (2) kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur.

Kebetulan bulan lepas saya sangat sibuk bekerja diluar. Selalunya badan saya ni cepat penat, kulit kering dan sering sakit kepala apabila terlalu lama terkena matahari.

Terasa ketara badan rasa segar dan sindrom penyakit yang selalu saya alami berkurangan. Selama seminggu berturut-turut menguruskan event syarikat tidak rasa penat dan hilang sakit badan.

#Tegang dan Bersihkan Kulit Muka dan Tangan

Minggu kedua nampak perubahan pada kulit muka dan tangan. Kulit tidak pucat dan kering. Jerawat dimuka macam terbantut nak keluar, jadi kering dan lama-lama hilang. Muka nampak lebih segar dan cerah.

Kulit tangan dan jari juga nampak menegang, terutama di bahagian lengan.

#Hilang Sakit Belakang dan Pinggang

Saya ada masalah selalu sakit belakang iaitu bengkak di urat belikat dan pinggang. Rasa sakit belakang ini sudah lama saya alami, sampaikan memaksa saya pergi berurut setiap dua (2) minggu sekali.

Sejak saya amalkan tiga (3) minggu yang lepas, urat belikat saya tidak bengkak, badan rasa ringan dan terasa kurang sakit di bahagian pinggang. Saya akan mencuba lagi sekotak untuk melihat tindakbalas yang seterusnya.

Selain itu, saya serasi dengan Ephyra kerana rasanya yang sedap. Saya agak cerewet jika vitamin atau suplement yang saya ambil tidak menyelerakan tekak saya. Saya akan berhenti mencuba tidak kiralah bagus macam manapun… terukkan huhu.

Berbeza dengan Ephyra, rasanya sedap macam oren lemonade dan mudah nak minum. Kadang-kadang saya eksperimen campurkan Ephyra dengan air soya dan susu segar. Rasanya sedap sangat macam milky juice.

Hari ini genap Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra…

Begitulah faktor-faktor yang nampak keberkesanannya pada kulit dan tubuh badan saya setelah mengikut panduan penggunaan yang betul disyorkan oleh Ephyra2u.

Bolehlah terus amalkan minum Ephyra lepas ni.

Ephyra Pilihanku Phase 2

Ephyra Pilihanku

Di blog ini saya banyak menulis tentang produk, amalan kesihatan dan kecantikkan. Saya banyak mendapat pertanyaan tentang produk review yang saya tulis. Ada yang terlalu cepat mahu melihat keputusan produk yang mereka ambil.

Ingin saya tekankan disini setiap produk kesihatan dan kecantikan tidak akan memberi tindakbalas secara serta merta. Ianya bergantung cara pengambilan yang betul, konsisten, kondisi dan penerimaan badan atau kulit dan jangkamasa. Bukan hari ini anda makan, esok dah nampak kesannya.

Pentingnya untuk anda pastikan memilih produk suplemen yang betul dan terbaik seperti Ephyra dan menggunakannya secara berterusan supaya dapat melihat kesan dan tindakbalas pada tubuh dan kulit anda. Terlebih dahulu sentiasa baca isikandung, testimoni, kebaikkan, kelebihan dan cara pengambilan yang betul.

Untuk menulis testimoni Ephyra, ianya memerlukan saya mencuba dahulu supaya dapat merasai sendiri kesannya. Setelah minum Ephyra, saya berani syorkan memang berbaloi untuk anda mencuba.

Anda boleh membaca artikel lengkap yang saya tulis Ephyra Pilihanku Miliki-Kulit Gebu Cerah Berseri di blog ini untuk mengetahui lebih lanjut isi kandung, kebaikkan dan kelebihan Ephyra.

Jika anda ingin membeli Ephyra, dapatkan dari pengedar yang sah atau boleh layari laman sesawang berikut:

Laman web : OceanLife2u.com
Facebook page : OceanLife2u
Instagram: @ephyra2u

Terima kasih kepada Puan Amiza Amiruddin, Ceo OceanLife Marketing Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada saya mencuba produk Ephyra.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

25 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest