Elakkan Dicop Sebagai Blogger Sombong

fat and arrogant
Fat and Arrogant

Lama dah saya nak taip entri ni, kisah ni ketika saya mula nak tahu lebih dalam lagi mengenai bidang blogging ni. Masa tu knowledge memang zero, jadi saya selalu searching di internet untuk dapatkan informasi sendiri. Selalunya sebagai silent reader je, memang saya tak kan komen atau tanya apa-apapun.

Blogger Baru, Blogger Lama

Saya lebih suka merujuk informasi atau tips dari blog baru atau blog yang tidak terlalu menonjol, kira duduk bawah tanahlah. Blog yang popular pun saya masuk juga.

Selalunya apa yang saya cari saya dapat diblog yang kita gelar bawah tanah ni berbanding dengan blog yang dah berpengalaman dan popular. Sebabnya blog yang berpegalaman atau popular ni tentulah basic tips blogging diaorang dah tulis lama mungkin 2 ke 3 tahun lepas, bayangkan berapa lama pulak kita nak searching.

Ada tu blog memang popular tapi keyword entri tips tak ada di page hadapan. Itu kelebihan Google rank, orang akan search paling kuat pun sampai page 4. Pada teori sayalah sebab saya pun macam tu juga hehehe.

fat and arrogant

Fat and Arrogant

Salah Ke Bertanya?

Lebih kurang setahun yang lepas, saya ni memang naive pasal tip blogging ni jadi saya ada search keyword tentang Blogger Baru dan Blog Baru. Memang tidak dinafikan banyak betul keyword ni di Google. Satu-satu saya klik dan baca.

Saya terbaca tentang tip untuk blogger baru disalah sebuah blog berpengalaman. Dalam entri itu admin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap blogger baru yang terlalu banyak bertanya itu dan ini tentang bab blogging ni. Katanya mestilah berusaha mencari sendiri. Cara admin tu menulis macam tension pun iya juga.

Saya nak tanya, salah ke kalau orang yang baru nak belajar bertanya? Sebagai blogger baru banyak benda yang kita tak faham walaupun baca berulangkali. Otak manusia ni lain-lain ada yang terlebih bijak, sederhana bijak dan kurang bijak, ditambah lagi bidang blogging ni ada bermacam kod, tips yang agak memeningkan juga.

Jika menjadi kesalahan apa guna ruangan contact form dan komen siap ada love tu. Saya rasa berkongsi ilmu adalah suatu perkara yang baik.

Saya banyak baca blog luar dan blog yang tidak kurang popular juga, kalau tengok di ruangan komen mereka banyak yang bertanya itu dan ini, tapi relax saja admin jawab dengan penuh lengkap.

Di blog Tun Dr. Mahathir Muhammad bekas Perdana Menteri kita, lagi banyak orang komen dan tanya. Pernah saya baca satu soalan dari seorang budak sekolah, Tun Mahathir siap buat satu entri menjawab pertanyaan budak tu. Kalau saya akan merasa bangga, bukan senang seorang yang berpengaruh dan terkenal macam beliau tulis pasal kita.

Jangan Kedekut Ilmu

Kita tak tahu dengan siapa kita berkongsi ilmu, mungkin orang tu tidak expert dalam bidang ni, tapi genius dalam bidang lain, apa salahnya kita berkongsi.

Alhamdulillah antara kenalan blogger saya tak ada seorang pun yang sombong tak tentu hala, ada tu saya tanya satu jer. Nah ambik kau panjang lebar detail diaorang bagi siap tutorial lagi… Terima kasih ya huhuhu…

Sebagus dan berjaya manapun kita jangan sesekali sombong dan kedekut ilmu. Semenjak tu sekiranya saya nak tahu apa-apa saya akan bertanya pada seorang sahaja rakan blogger yang sentiasa tak jemu menjawab pertanyaan saya. 🙂

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

39 CommentsLeave a comment

  • betul la sis kadang membaca yang ditulis tidak sama mksd yang kita fahami..:)
    bagi saya org tanya saya jawab ikut kemampuan, kalau tdk tahu saya ckp tak tahu hehehe..:) masing2 ada cara masing kan

    • Tq sis. Allah swt jadikan manusia dengan berbagai sifat, diri kita sendiri yg mengawalnya samaada untuk kebaikkan atau sebaliknya dan bersyukur dengan apa yg kita ada.

        • Alhamdulillah..

          Takde sebab untuk saya membalas dengan kasar…sebagai orang melayu kita ada adab dalam berbicara sama juga komen di Blog. “Bahasa Jiwa Bangsa” – layan tetamu sebaik-baiknya 🙂

  • Setuju. Sepatutnya blogger lama, berpengalaman ataupun yang digelar otai ni tolong ataupun jawab setiap soalan dengan ikhlas. Bayangkan kalau semua cikgu yang saya rasa lagi otai daripada blogger berpengalaman tu mengajar dengan suruh cari sendiri bagaimana? Cikgu yang lagi otai pun sanggup ajar semula dari bawah ni kan pula kita.

    • Hehehe.ehh samalh apa yg i fikir, .mula2 saya ada nak tulis part yg u cakap ni, tp byk sgt contoh pulak kan..so, saya tulis contoh general :). Ya btul apa yg u cakap ni, seorg guru yg mengajar berpuluh2 tahun xjemu pun mengajar benda yg sama setiap hari.

  • Bagus la sis sampai page 4 saya sampai page 2 ja biasanya nak search. haha. Bagi saya dua-dua pun betul, blogger baru tak salah bertanya tapi janganlah terlebih-lebih tanya. Bukan apa, kalau blogger lama sudah, mungkin niche dia lain dari awal blogging sal tips blogging, atau sibuk, jadi tak boleh juga salahkan kalau soalan di tanya tu soalan biasa. Blogger baru pun kena ada usaha supaya nanti kalau berjaya, rasa kepuasan kejayaan tu.Malu pula nak tanya tau. Bagi sis saya blogger sombong atau tak? hehe.

    • Hehehe…jawapan u memang logik sgt mungkin faktor niche, kesibukkan atau soalan biasa…so i faham 🙂 tapi pd i lebih baik tidak melayan soalan blogger baru yg mempunyai attitude lebih2 ni daripd mengeluarkan kenyataan berbentuk entri kerana tempiasnya kena pada blogger yg pada mulanya berminat jadi tidak minat utk korek entri lama2 blogger berpengalaman tersebut…itu yg i maksudkan..u baca komen budakfelda kt atas hehehe.

      Alhamdulillah u seorg yg baik dan x sombong (ikhlas ni hehehe)

        • Huhuhu..ikhlas lah….

          Hehehe..Saya terbaca entri dari satu blog berpegalaman yang agak kasar tentang blogger baru ni, mungkin dia menghadapi masalah dgn attitude blogger yg komen diblog dia. Tapi Kerana nila setitik, habis susu sebelangga..huhuhu

        • Owh faham sudah, bagi saya itu memang melampau la juga nak bash2. Tapi kesian la kita blogger baru kan. Teringat post u tentang senior junior di sekolah tu. hahaha

        • Tujuan blog..kita menulis..org membaca..menegur kesalahan tu bagus tapi cara menegur tu kena jaga…betul tak…hehehe..anywy tq bg pendapat ya

    • Sy ingat lg masa sy masih guna blogspot percuma, titan antara blogger berpegalaman yg komen blog sy..hah kira baik n tak sombong lh tu hehe.

  • Hah Betul sangat. Ada yang nak membantu. Ada yang taknak membantu. Pernah lalui! Haha lagi lagi tak paham segala coding moding ni.

    Dulu tahu nak tambah tambah jadi page kelam kabut reti lah. Baca tutorial menambah menda bukan-bukan bagi berat blog. Hahaha…

    Nasib lah ada yang membetulkan. Kalau tak layout dulu mcm tah apa-apa! heehehe

    • I pun mcm tu dulu haywire blog jadinya..huhu..lebih suka tanya directly pada kwn yg rapat so kita cepat boleh faham, lagipun segan ckit nak tanya kt blog org hehehe.

  • Apa-apa pun sharing is caring, ilmu yang ada harus dikongsikan bersama, Sy blogger yg masih baru, masih banyak yang perlu dipelajari,.selalunyer jrul cari sendiri dhulu tutorialnyer, kalau tak jumpa baru tanya blogger lain, Tp yang sedehnyer mmg ada jugak ler blogger yang x sudi nak reply pertanyaan,. tp jrul fikir positif jer,. ngehngehngehh,.

    • Sama lh rul i pun suka lagi cari sendiri, kalau x faham sgt bru tanya…baguslh think positive mcm bro naziman cakap maybe factor sibuk jd salah satu sebab. Apa2 pun sharing is caring kan hehehe.

  • Rasanya isu blogger baru & lama ni agak subjektif. Dua2 saling perlu antara 1 sama lain. Personally, perkara yang paling tidak best bila ada orang bertanya dengan bahasa yang tidak sesuai & soalan basic. Blogger lama juga pernah bermula dari “0” dan buat research, try and error dan etc sehingga digelar “otai” bagai.
    Utk bergelar sebagai blogger atau apa bidang sekalipun perlu ada semangat ingin tahu dan kesungguhan. IMHO

      • Masa mula2 kenal ngan blog dulu pun memang kadang2 tu terasa jugak tak puas hati ngan blogger yg dah establish. Tapi bila difikirkan balik, itulah gunanya Google kan,.. tak dapat jawapan, kita Google je. 🙂

        • Semua ada pegalaman kan…kita fikir positif je lah yer…yup i prefer cari kat google…skrg ni senang dapat info straight frm google..:)

  • Ada beberapa situasi yang boleh dipertimbangkan Sis, baik yg lama mahupun yg baru:-

    1. Bagi yang lama, sebenarnya mereka sibuk, maklumlah nak melayan kerja dan menjana pendapatan melalui blog, dan memandangkan dah banyak entri dikongsikan, dan meminta kita untuk mencari sendiri – tetapi mereka tidak tahu, artikel yg 3 bulan lepas pun tidak relevan lagi sebagai bahan bacaan dan rujukan… 🙂

    2. Bagi yang baru, adakala soalan dikemukakan agak general, dan pada pandangan sesetengah pihak, agak klise dan sungguh mengada2 – maka blogger lama ingatkan pertanyaan tersebut adalah SPAM. Maklumlah dengan meletakkan alamat e-mel kita pada blog (tanpa sekuriti features) lagi banyak lah e-mel SPAM di Inbox…. 🙂

    3. Adakalanya pula, e-mel dihantar terus masuk SPAM folder, dan kebetulan, blogger lama menggunakan setting hapuskan e-mel SPAM secara automatik… Maka sebab itu tidak dilayan 🙂

    4. Jadi, sebenarnya dalam dunia maya, kita perlu juga memahami sesorang bukan sekadar pada paras rupa, tetapi penulisan dan segala aspek secara penglihatan sahaja dan itu benar2 menyukarkan. Jika kita mahir dalam menklasifiksikan seseorang blogger begitu, insya-allah selamat kita berkongsikan karya dan idea sambil dapat memajukan blog di dunia blogsphera dan sentiasa relevan…..

    Kesimpulan, terpaksa juga kita cari inisiatif sendiri… walaupun terpaksa trial and error…

    p/s: sebenarnya tiada blogger lama dan baru (ketika ini)… hakikatnya, perubahan sistem dilaksanakan secara konsisten dan sebagainya, membuatkan kita semua belajar semula (perkara baru)… apa dikongsikan 6 bulan yang lalu adkalanya tidak relevan lagi… Oleh itu, kita semua adalah blogger lama dan juga blogger baru.. – adeh pening jugak xplanation nih.. harap membantu… 🙂

  • Seronok baca entry ini sebabnya kak akma faham apa yang orang lain faham. ehh, macam mana itu ya. Hehe..kiranya, daripada pengalaman akak dulu akak faham macam mana orang lain rasa. hehe..saya rasa, saya yang tak faham apa yang saya tulis. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest