Jom Mengundi DiGi WWWOW Awards 2014

DiGi WWWOW Awards 2014

Pelbagai anugerah disediakan untuk bloggers setiap tahun. Ini adalah satu penghargaan kepada semua blogger yang aktif di alam maya.

Anugerah sebegini juga merupakan satu platform untuk bloggers mengetengahkan, memperkenalkan dan menjenamakan blog mereka.

Banyak keistimewaan jika berjaya terpilih dalam kategori anugerah yang dicalonkan. Secara automatik blog yang menang bukan sahaja menerima hadiah yang lumayan malah secara tidak langsung akan mendapat promosi percuma, dikenali dan pelbagai lagi.

DiGi WWWOW Awards 2014

Tahun ini sekali lagi DiGi WWWOW Awards 2014 telah diadakan untuk mengiktiraf pengiat-pengiat internet yang menampilkan kreativiti, kepakaran dan keusahawanan seperti blogger, bisnes, dan badan-badan komuniti, social media dan sebagainya.

WWWOW Awards is Malaysia’s and only Internet for All Awards. It is based on 100% user-generated entries to showcase the incredible creativity, ingenuity and entrepreneurialism of ordinary Malaysians using the Internet in extraordinary ways to inspire others. It is Initiated by DiGi but supported by equally savvy digital partners and brands who believe in the power of the Internet to transform collaboration, community & commerce.

Kategori yang dipertandingkan berbeza dengan tahun lepas dimana terdapat banyak kategori yang dicalonkan. Tahun ini hanya 3 kategori sahaja dipertandingkan iaitu kategori Commerce, Content dan Community.

Cara pemilihan calon juga berbeza. Ada beberapa peringkat sebelum layak dipilih top 10.

Bukan semua penyertaan yang dihantar akan diterima jika ianya tidak menepati syarat. Ada proses penapisan peserta. Hadiah jangan cakaplah memang lumayan. Ada wang tunai, percutian, gadget dan macam-macam lagi.

Kebetulan saya mendapat email jemputan menyertai anugerah blogger ini.

Ini kali kedua penyertaan saya dalam DiGi WWWOW Awards 2014.

Tahun ini saya menyertai kategori Content.

DiGi WWWOW Awards 2014

Tahun lepas, 3 kategori blog saya dapat top 50. Tersenarai dalam top 50 sudah rasa berbesar hati sangat.

Bukan mudah kerana blog yang menyertai terlalu ramai dan boleh dikatakan ramai blogger yang sudah ada nama turut serta bertanding.

Dari senarai blog dan individu yang menang tahun lepas semua hebat-hebat belaka.

Hendak duduk sama level dengan mereka sangat jauh. Penyertaan saya sekadar mencuba nasib dan memeriahkan majlis sahaja, mana tahu ada rezekikan hehe.

Kepada rakan-rakan bloggers yang turut sama bertanding, saya ucapkan selamat berjaya.

Jom Undi Saya

Oh ya jangan lupa undi blog saya nanti. Tapi kena daftar dahulu, baru dapat mengundi.

Cara hendak mengundi senang sahaja…

  1. Klik LINK ini untuk daftar.
  2. Daftar (boleh guna akaun Facebook, Twitter atau Google)
  3. VOTE, klik LINK ini.

…atau lepas daftar, search keyword “akma” diruangan kotak carian. Bila keluar gambar saya, klik disitu nanti bolehlah vote.

Anda boleh mengundi setiap hari. Kalau rasa blog saya layak undilah ya.

Terima kasih 😉

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

37 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest