Destinasi Honeymoon Impian Yang Romantik

Pura Luhur Uluwatu

Banyak juga tempat percutian menarik yang telah saya kongsi diruangan travel blog saya.

Ada pengalaman percutian dan pelancongan di dalam negeri mahupun luar negeri. Antara yang mendapat perhatian dari pembaca adalah artikel pengalaman saya bercuti di Bali.

Ternyata ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan informasi untuk merancang destinasi Honeymoon Impian mereka.

Bali Destinasi Honeymoon Impian

Bali Destinasi Honeymoon Impian

Bali bukan satu pulau yang asing bagi saya. Saya kerap juga kesana untuk bercuti.

Ia dikenali sebagai Pulau Honeymoon terbaik dengan keindahan alam semula jadi dan kehidupan masyarakatnya yang santai.

Ketika kali pertama kesana. Saya sangkakan Bali untuk shopping sahaja.

Sangkaan saya meleset kerana banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan boleh dimasukkan dalam ittenari Honeymoon Package anda.

Memang cantik, kagum dengan hasil tangan mereka yang klasik, unik dan asli.

Untuk pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan. Bali amat sesuai dijadikan destinasi honeymoon impian.

Laguna Resort and Spa di Nusa Dua

Hotel Dan Resort

Di Bali ada dua kawasan penginapan yang sering menjadi pilihan pelancong luar.

Iaitu Kuta Beach dan Nusa Dua, bezanya…

  • Kuta Beach banyak hotel yang murah terletak di kawasan bandar dan agak sibuk.
  • Nusa Dua disitu terdapat banyak resort dan hotel yang bertaraf lima bintang. Agak jauh dari bandar Kuta.

Saya pernah menetap di Laguna Resort and Spa di Nusa Dua. Deco resort cantik, ekslusif dan mewah.

Servis resort yang sempurna terutama yang direka mengikut keinginan anda, restoran yang cantik, spa yang menarik dan pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Anda boleh berjalan-jalan romantis di pantai bersama pasangan anda kerana pantai di Nusa Dua mempunyai pemandangan yang semulajadi dan sempurna.

Amat sesuai untuk pasangan suami berkasih sayang. πŸ˜‰

Keindahan Pantai Jimbaran

Keindahan Pantai Jimbaran

Saya pernah melihat satu majlis resepsi perkahwinan di Pantai Jimbaran.

Dalam suasana yang romantik, simple dan tenang; sepasang pengantin mengikat janji disitu sambil dihiburkan dengan musician yang memang menghiburkan pengunjung disitu.

Disepanjang pantai Jimbaran terdapat deretan restoran makanan laut.

Boleh menempah meja khas untuk makan malam romantis di tepi pantai Jimbaran dengan makanan laut yang lazat dan suasana yang romantik.

Kira lengkaplah honeymoon package anda.

Pasar Seni Sukawati

Membeli Belah di Pasar Seni Sukawati

Jika ingin shopping, bolehlah ke Pasar Seni Sukawati.

Antara tempat membeli belah yang menjadi tumpuan pelancong.

Memang rambang mata dibuatnya. Ambil masa satu hari juga membeli belah disitu. Tempatnya agak besar.

Terdapat berbagai barangan ada dijual, mesti cik isteri suka punya.

Tanah Lot

Matahari Terbenam di Tanah Lot

Tanah Lot menjadi destinasi pelancong yang harus kita lawati.

Disitu anda boleh lihat keindahan laut dan matahari terbenam, sambil itu menikmati keindahan yang semulajadi.

Sama juga seperti di Pasar Seni Sukawati, ada tempat membeli belah yang agak besar.

Pilihan barangan cenderahati juga banyak dijual disitu.

Pura Luhur Uluwatu

Indahnya Pandangan Laut Pura Luhur Uluwatu

Pura Luhur Uluwatu terletak di atas bukit. Ini juga salah satu tempat yang harus anda lawati.

Kita boleh lihat seluruh lautan dari atas dengan jelas dan lapang disamping angin dan bunyi desir air laut yang memukul batu bukit. Suasana yang amat semulajadi dan nyaman sekali.

Dari atas bukit Pura Luhur Uluwatu boleh lihat dengan jelas juga matahari terbenam.

Cantik sungguh, itulah kebesaran Allah SWT.

Seni di Gua Gajah

Seni di Gua Gajah

Gua Gajah terletak di sebelah barat Bedulu desa, Blah Batuh Kecamatan dan Kabupaten Gianyar.

Tidak jauh dari bandar Denpasar. Terdapat banyak kuil, seperti tempat pertapaan sami Buddha.

Disitu ada satu gua batu menyerupai gajah. Mengikut kepercayaan agama mereka, jika pasangan yang tidak mempunyai anak boleh berdoa disitu dan doa itu dimakbulkan. Kata tourguide kamilah.

Tetapi kita sebagai Muslim tidak boleh lah percaya, memadai sekadar melawat dan mengetahui sejarah mereka sahaja.

Pusat Rawatan Spa

Pusat Rawatan Spa

Keistimewaan lain di Bali terdapat banyak pusat rawatan spa.

Lepas penat berjalan bolehlah memanjakan diri disitu.

Suasana yang relax dengan alunan musik Bali.

Memang puas hati dengan layanan yang diberikan.

Destinasi Honeymoon Package Impian

Tentunya impian destinasi bulan madu, kita mengharapkan percutian yang romantik, indah dan menarik bersama pasangan kita.

Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik disana. Saya hanya ceritakan sebahagian sahaja.

Bagi mereka yang telah merancang bulan madu ke Bali, saya sarankan anda mengambil pakej yang menyediakan Honeymoon package terbaik.

Dengan penginapan yang eksklusif, pemandangan matahari terbenam di pantai, makan malam cahaya lilin, rawatan spa, sukan air, membeli-belah dan aktiviti riadah lain yang boleh Tarreq Al Jannah sediakan untuk anda.

Kepada yang beragama Islam, dapatkan package Muslim kerana disana agak sukar untuk mencari restoran halal.

Rakamkan kenangan bulan madu anda yang indah. Saya pasti anda akan menghargai dan tidak melupakan setiap detik honeymoon anda disana.

dream honeymoon destination

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

43 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest