Custom Made Sticker Kereta

Car Sticker Show

Menggunakan sticker kereta di bumper atau tingkap cermin kenderaan bukan sesuatu yang baru. Sticker kereta dari pencetak silkscreen ini sudah lama digunakan.

Untuk custom made sticker kereta, kita tidak perlu keluarkan kos beribu-ribu ringgit untuk hiaskan kereta. Ada jenis custom made sticker kereta yang dilekat terus pada body kereta.

Biasanya jenis kenderaan motor untuk perlumbaan, yang jenis car sticker begini harganya agak mahal.

Custom Made Sticker Kereta

Untuk tujuan jalanraya, ada peraturan tertentu mengenai jumlah warna yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sama ada untuk tujuan pengiklanan atau peribadi.

Bukan suka-suka kita boleh warna-warnikan kenderaan dengan sticker kereta. Saya pula suka sticker kereta yang simple tapi menarik. Siapa tak suka hias kereta cantik-cantikkan.

Selalunya untuk kegunaan kenderaan sendiri, kebanyakkan orang akan custom made sticker kereta yang melambangkan identiti diri sendiri.

Sama seperti kita membeli kereta mengikut jenama atau model yang kita minat.

Car Sticker Show

Reka bentuk sticker kereta harus sesuai dengan jiwa kita sama ada dalam bentuk imej atau kata-kata.

Jika anda seorang periang atau nakal pasti suka jenis sticker yang sedikit funky dan begitu juga pada yang suka aktiviti lasak, islamiah dan ilmiah, ekstrem dan kartun karakter.

Banyak pilihan reka bentuk sticker kereta yang ada sekarang ni. Kadang-kadang saya sendiri susah nak buat pilihan bila melihat koleksi katalog custom made sticker kereta ni. Terlalu banyak design yang menarik.

Jika suka beli sahaja, jika nak tukar baru boleh pilih. Banyak dijual secara online sekarang ni. Harga pun tidak semahal mana. Kiranya mampu miliklah…

Custom made sticker kereta boleh dikatakan satu trend yang tidak luput dek zaman. Siapa yang bisnes dan buat servis pelekat kereta memang tak perlu risau pasal pelanggan.

Sudah tentu sentiasa akan ada pelanggan yang mencari…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

24 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest