Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Exam PTD 2016

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu peluang kemasukan kerjaya kerajaan bagi Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41.

Jawatan PTD adalah yang paling ramai pemohon. Persaingan diantara pemohon juga adalah yang paling tinggi. Tidak silap saya, tahun 2015 pihak SPA tidak buka jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Kali terakhir adalah pada tahun 2014.

Syarat lantikan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sekurang-kurangnya perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda.

Setiap calon juga harus menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang ditetapkan oleh SPA untuk tapisan ke peringkat temuduga.

Peperiksaan Online PTD 2016

Sejak dari tahun 2014, semua peperiksaan bertulis SPA telah ditukar kepada peperiksaan online.

Sistem peperiksaan online memberi peluang lebih ramai calon yang layak untuk mencuba mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Untuk seisi pengambilan 2016, pihak SPA telah mengumumkan tarikh pada 19hb Januari 2016 akan berlangsungnya Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Jika anda diterima menduduki Exam PTD 2016 ini, anda perlu bersiap sedia dengan soalan-soalan exam ptd yang bakal anda hadapi.

Contoh Soalan Exam PTD 2016

Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 terbahagi kepada dua (2) seksyen soalan yang telah digubah seperti di bawah;

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Sebelum ini format peperiksaan terdapat Seksyen C – Ujian Psikometrik tetapi untuk sesi peperiksaan 2016 hanya terdapat 2 seksyen soalan sahaja.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen A mengandungi 50 soalan exam ptd yang berbentuk pengetahuan am. Calon akan diuji daya kesedaran dan pengetahuan secara umum tentang isu yang berlaku di Malaysia dan global yang berkaitan dengan;

  • Pengurusan sumber manusia/ infrastruktur
  • Pentadbiran dan Pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan
  • Pengurusan sumber ekonomi/ kewangan
  • Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri
  • Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi
  • Keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan

Soalan-soalan exam ptd yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik.

Calon perlu peka dalam menjawab soalan objektif Seksyen A kerana berkemungkinan terdapat soalan yang sukar untuk dijawab kerana luar dari bidang pengkhususan anda.

Sebaiknya jangan membuang masa menjawab soalan yang tidak dapat dijawab.

Calon dinasihati menjawab dahulu jawapan yang anda tahu dan sekiranya mempunyai masa boleh kembali kepada soalan yang ditinggalkan.

Masa: 40 Minit (8PM – 8.40PM)

Contoh Soalan PTD Seksyen A

Contoh Soalan Exam PTD

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B mengandungi 40 soalan exam ptd. Setiap kali Exam SPA diadakan, pasti wajib ada soalan yang menguji akal dan minda calon dalam daya menyelesaikan masalah.

Dimana calon diuji dengan menggunakan kaedah-kaedah berikut;

  • Kemahiran Menggunakan Logik
  • Kemahiran Menginterpretasi Data
  • Konsep Matematik

Terdapat soalan yang beraneka pilihan dan empat (4) pilihan jawapan objektif. Calon hanya perlu memilih satu (1) sahaja jawapan yang tepat.

Masa: 45 Minit (8.55PM – 9.40PM)

Contoh Soalan PTD Seksyen B

Contoh Soalan Exam PTD

Rujukan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik

Saya pasti ramai yang sudah mendapat surat panggilan dan pasti ribuan calon sudah mula mencari bahan rujukan.

Mana Nak Dapat Rujukan? DOWNLOAD SINI

Setiap kali sebelum peperiksaan SPA berlangsung, akan keluar panduan dan rujukan untuk calon peperiksaan membuat rujukan.

Seperti biasa Tim Infokerjaya telah menyediakan eBook Pakej Rujukan Exam PTD 2016. Ianya telah dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut format yang ditetapkan oleh SPA.

Rujukan, panduan, dan gambaran contoh soalan Exam PTD yang terdapat dalam eBook inilah yang banyak membantu calon peperiksaan SPA untuk membuat persediaan awal.

Pengalaman kami yang lepas, eBook Infokerjaya telah membantu lebih dari 60 ribu calon lulus exam dengan cemerlang.

Banyak bukti bertulis dari mereka yang telah berjaya…

Ebook PTD sangat mudah dibaca, difahami dan dipraktikkan. Bukan seperti membaca nota atau buku teks yang menjela-jela.

Saya saran dapatkan segera supaya anda dapat membuat rujukan dan menjawab kesemua soalan dengan mudah.

Bagaimana Nak Dapatkan Ebook PTD?

Pakej rujukan PTD akan dibuka tidak lama lagi. Untuk dapatkan anda boleh Daftar Email Disini. Sebaik sahaja jualan dibuka calon Waiting List akan diberi keutamaan.

Pihak kami akan menghantar terus link download Pakej Rujukan Panduan dan Contoh Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sebaik sahaja ianya dikeluarkan.

Download Panduan Lulus Exam PTD Disini

Persediaan Awal Menghadapi Peperiksaan

Satu peluang dan kelebihan besar kepada calon yang membuat persediaan awal.

Dengan membuat rujukan dan mengulangkaji, ianya memberi kelebihan kepada calon untuk lulus dengan cemerlang. Jangan tunggu saat akhir baru nak ulangkaji…jammed otak nanti hendak ingat semua.

Jika anda lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, peluang anda amat cerah untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Kepada semua bakal calon Exam PTD 2016, bersiap sedia dan semoga anda dapat menjawab kesemua soalan peperiksaan ptd dengan mudah dan saya doakan anda semua berjaya.
Pegawai Tadbir Diplomatik

PENAFIAN: Jika Soalan Bocor atau Soalan Ramalan yang anda cari, laman ini bukan untuk anda. Rujukan ini adalah khas untuk membantu calon dalam persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan semua bahan di sini disusun berdasarkan pengalaman dan maklumbalas calon terdahulu. Komponen yang disediakan adalah bantuan bahan rujukan termasuk lebih 70 Nota Ringkas untuk persediaan calon. Tim Infokerjaya adalah komuniti bebas yang tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menghormati dasar kerahsiaan SPA.

Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil daripada maklumat dalam Pakej ini.

Infokerjaya Resources sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan atau maklumat yang sudah tidak relevan, ia adalah diluar jangkauan kami. Semua maklumat dalam “Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41” adalah untuk tujuan informasi dan BUKAN SOALAN BOCOR daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Infokerjaya Resources bukan agensi/badan/berkaitan dengan SPA.

Ianya disusun untuk tujuan pendidikan dan memberikan gambaran kepada calon mengenai peperiksaan dan persediaan peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41!

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest