Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora

Serbuk Kunyit

Ada ke sesiapa yang tidak kenal rupa pokok kunyit. Kalau tidak kenal masalah besar tu. Herba kunyit merata-rata ada dijual di Malaysia dan menjadi bahan asas keperluan seharian kita.

Kalau hendak tahu tentang petua-petua dan herba, blog yang paling sesuai anda rujuk adalah blog Petua dan Herba Kongsibersamanora. Beliau banyak berkongsi tentang kebaikkan dan khasiat herba-herba asli ini.

1001 Khasiat Kunyit

Kunyit paling terkenal sebagai salah satu bahan yang digunakan untuk masakan. Malah digunakan untuk perubatan moden dan tradisional.

Memang macam tidak cukup syarat jika kunyit tiada dalam kehidupan harian kita dan terlalu banyak khasiat yang ada.

Kunyit berasal dari akar tumbuhan Curcuma longa berwarna coklat isinya berwarna oren pekat. Secara tradisi digunakan sejak dari dahulu sebagai bahan perasa makanan, ubat dan pewarna tekstil.

Rasanya sedikit pedas dan pahit tetapi bau sangat wangi. Lebih-lebih lagi daunnya. Warna semulajadi berwarna cerah kuning.

Jika melekat ditangan atau baju memang susah nak hilang.

Pokok Kunyit

Khasiat Kunyit Untuk Kesihatan

Terdapat lebih 1001 khasiat ada pada pokok kunyit yang boleh kita anggap sebagai salah satu herba yang paling berharga kepada manusia.

Antara kelebihan yang ada pada pokok kunyit.

Ia adalah antibiotik semula jadi yang sangat bagus dan juga digunakan untuk menguatkan sistem penghadaman. Telah lama digunakan dalam sistem perubatan.

  • Air rebusan yang dibuat dari kunyit boleh digunakan sebagai penyejuk mata-basuh. Isi Kunyit yang direbus dengan susu dan gula merupakan penawar popular untuk penyakit selsema.
  • Campuran kunyit dengan bawang putih atau bawang merah digunakan untuk merawat kanak-kanak yang kembung perut, cirit-birit dan disentri.
  • Kandungan utama Kunyit iaitu curcumin dikatakan boleh mencegah kanser dan leukemia pada kanak-kanak
  • Ia juga membantu dalam detoksifikasi hati, yang boleh menghalang risiko hepatitis, sirosis dan penyakit kuning.
  • Membantu dalam mengawal metabolisme lemak untuk menguruskan berat badan dan dalam masa sama membantu masalah pencernaan, mengurangkan kembung dan angin.
  • Ekstrak Kunyit yang dijadikan minuman membantu masalah kitaran haid dan mengurangkan senggugut.
  • Anti-inflammatory and anti-oxidant juga mengurangkan inflasi pada otak yang dipercayai menjadi sebab utama penyakit Alzheimer. Ini boleh juga melambatkan serangan Alzheimer.
  • Kunyit mengawal tahap homo-cysteine ​​dimana dapat mengawal paras kolesterol.
  • Kunyit juga dapat mengawal kawalan gula untuk penyakit Diabetes.

Buah Kunyit

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikkan

Campuran kunyit dengan minyak juga boleh melicinkan kulit yang kasar. Jika dicampur dengan kapur boleh merawat lebam, terseliuh dan luka.

Kunyit hidup pula baik untuk kecantikan muka dan badan. Boleh juga dijadikan scrub dan mask muka.

Caranya mudah sahaja. Tumbuk lumat kunyit hidup dan campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan ke muka sebelum tidur.

Saya kerap amalkan dulu, cuma yang tak tahan warna kuning tu melekat pada muka. Hendak kulit cantik punya pasal hadap jugalah. Mandi bersih-bersih hilanglah kesan kuning tu.

Banyak juga produk kecantikkan bahan utama dari kunyit. Cuma bahayanya ada yang dicampur dengan bahan kimia untuk cepatkan kesan kepada kulit.

Memang muka akan cepat putih tapi lama-kelamaan akan rosakkan sel kulit kita. Jadi lebih elok buat sendirikan.

Cara tradisional orang dulu-dulu suka amalkan terus minum campuran kunyit dengan kayu herba yang direbus.

Masa itu mana ada ubat, vitamin dan supplemen macam sekarang ni. Ubat-ubatan semua asli dari herba-herba semulajadi.

Rasa memang tak sedap pahit dan kelat tapi mujarab. Sebab itu orang dulu-dulu umur 40-an masih lagi muka cantik dan bentuk badan ramping macam kerengga hehe.

Lauk Ikan Patin

Khasiat Kunyit Untuk Menu Masakan

Kalau memasak saya lebih suka menggunakan kunyit hidup dari kunyit serbuk sebab rasa masakan lebih sedap. Tetapi kalau hendak cepat dan mudah tiada masalah pakai yang serbuk.

Digunakan sebagai bahan rempah perasa untuk mengoreng. Memang tidak cukup syarat kalau tak ada kunyit dan garam.

Malah digunakan untuk masakan berkuah dan bersantan seperti masak lemak, pindang, rendang, gulai dan banyak lagi jenis masakan.

Anda tahukan kunyit juga bahan ruji dalam serbuk kari. Rasa kunyit turut sama mewangikan masakan selain herba-herba lain yang digunakan dalam serbuk kari.

Kunyit Herba Asli Warisan Kita

Sekarang semua sudah dikomersial dan tersedia dipasaran dalam bentuk instant packaging. Memang itu memudahkan kita tetapi janganlah sampai tidak tahu asal dan rupa kunyit ini.

Banyak negara luar membuat kajian dan menggunakan herba-herba kita untuk dijadikan salah satu bahan utama untuk perubatan terkini.

Malah mereka turut mengimport dalam kuantiti yang besar dari negara kita dan ada yang membeli benih dan tanam dinegara mereka sebagai sumber pertanian.

Kemudian mereka jadikan ubat-ubatan, vitamin, supplemen atau untuk bahan masakan dan eksport kembali ke negara kita dan dijual meluas dipasaran dengan harga yang mahal.

Padahal sumber utama bahan-bahan yang mereka gunakan adalah dari negara kita sendiri. Yang kita ini tak berapa hendak bijak beli kembali dengan harga yang mahal.

Bahayanya lama-kelamaan negara luar memonopoli semua keaslian herba-herba dari negara kita sendiri.

Ini juga mampu mengugat ekonomi pertanian dan paling sedih akan pupus keistimewaan herba-herba asalnya digunakan berkurun-kurun lamanya oleh nenek moyang kita.

Sebab itu sekarang secara serius kerajaan banyak mengadakan kempen-kempen tentang herba-herba asli yang ada di Malaysia untuk diperkenalkan kepada orang ramai sebagai satu langkah memastikan ianya kekal asli menjadi milik kita.

Contoh MAHA International anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sering mengadakan ekspo setiap tahun mengalakkan pengusaha besar dan kecil memantau dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang herba-herba yang ada di negara kita.

Peranan kita adalah sama-sama berusaha mempertahankan herba-herba asli dan tradisi dari nenek moyang kita sendiri supaya terjaga, tidak dilupakan dan tidak pupus dek zaman yang semakin canggih ini.

Petua dan Herba KongsiBersamaNora

Contest…

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora bukan sahaja bertujuan untuk pertandingan merebut hadiah tetapi secara tidak langsung kita dapat input yang berguna tentang petua dan herba yang banyak ditulis oleh peserta.

Malah blog KongsiBersamaNora juga berniche kesihatan. Banyak berkongsi tentang kesihatan, kecantikan, petua, travel, resepi, kehidupan dan penawar penyakit.

Antara entri perkongsian menarik yang ada di blog beliau;

Resepi Jeruk Asam Boi – Resepi beliau inilah yang buat saya terliur sampai saya cuba buat sendiri. Memang sedap sangat huhu

Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser – Arwah mak saya memang suka tanam daun herba asli ini tapi saya tak pernah ambil tahu khasiatnya sehinggalah saya baca entri beliau.

Penawar Penyakti Lelah Dan Semput – Sis Nora rajin memberi petua kesihatan kepada saya kebetulan saya juga mengidap penyakit asma. Siapa yang ada penyakit semput boleh cuba petua yang beliau kongsikan.

Banyak sebenarnya petua-petua yang beliau tulis. Kalau hendak tahu lebih lagi bolehlah layari blog beliau nanti ok.

“Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER”

Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine, MazlindaShop, AdamJTanOfficial, ByPuji, BeeVenomMalaysia, AlphaLipidMalaysia, ByHawaOrked, BabyZoomersShoppe, NadiaSecret, ZieFauzi, NorfaNil, KhairulZamri, Annisabiz

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

34 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest