Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

by Akma on February 28, 2013 · 19 comments

in Business, Opinion

Memulakan perniagaan mampu mengubah hala hidup anda. Tetapi pastikan bahawa perubahan yang anda lakukan mengikut strategi.

Penting bagi anda untuk mendapatkan nasihat dari pakar-pakar perniagaan, panduan dan tip-tip usahawan yang praktikal tentang bagaimana untuk mencari pembiayaan perniagaan, memilih idea perniagaan atau bagaimana menjalankan perniagaan.

Besar atau kecil sesebuah perniagaan, konsepnya tetap sama iaitu jual dan beli sama ada dalam bentuk perkhidmatan atau produk.

Untuk menjadi usahawan kecil atau besar, mulakan dengan modal yang rendah dahulu. Pelajari tip-tip usahawan kecil melalui rakan-rakan perniagaan, membaca informasi terkini dari sumber-sumber yang berkaitan dengan bidang usahawan.

Successful Business Man

Tidak kira apa jenis perniagaan, anda harus menjadi fleksibel apabila memulakannya. Terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu kita ikuti untuk memulakan bidang keusahawan yang anda ceburi.

Penilaian Peribadi

  • Mulakan dengan mengambil kira tentang diri anda dan situasi anda.
  • Kenapa anda mahu untuk memulakan perniagaaan?
  • Adakah kerana wang, kebebasan, kreativiti, atau beberapa sebab yang lain?
  • Apa kemahiran yang anda ada?
  • Apakah industri yang anda tahu mengenainya?
  • Jenis perniagaan yang anda sediakan sama ada perkhidmatan atau produk?
  • Apa yang anda suka lakukan?
  • Berapa banyak modal dan risiko yang perlu anda hadapi?
  • Menjadi usahawan sepenuh masa atau sambilan?

Jawapan kesemua soalan ini mampu memperkuatkan fokus anda dalam hala tuju perniagaan yang ingin anda jalankan.

Analisis Perniagaan

Sebaik sahaja anda membuat keputusan mengenai perniagaan yang sesuai dengan matlamat anda dan gaya hidup, anda perlu untuk menilai idea anda.

  • Siapakah yang akan membeli produk atau perkhidmatan anda?
  • Siapa yang akan menjadi pesaing anda?

Anda juga perlu memikirkan berapa banyak wang yang anda akan perlu untuk memulakan perniagaan tersebut.

Mengikut syarat dan undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat beberapa cara untuk membentuk perniagaan anda. Samaada menjadi…

  • Sole proprietorship – pemilik tunggal
  • Partnership – perkongsian
  • Corporation – perbadanan berhad

Corporation memerlukan gabungan investment yang tinggi, tetapi pulangan keuntungannya cukup besar dan berbaloi.

Sebuah badan corporation entiti pemilik berasingan tetapi sah. Tanggungjawab bagi perniagaan adalah bersama. Jika sesuatu berlaku, anda tidak boleh disalahkan, secara peribadi ianya tanggungjawab bersama.

Anda juga perlu mendapatkan lesen dan permit perniagaan yang betul. Bergantung kepada perniagaan.

Insurankan perniagaan anda untuk tujuan keselamatan dan cari akauntan yang baik supaya untung rugi perniagaan dapat diselaraskan dan difailkan dengan baik.

Business Plan

Draf Pelan Perniagaan

Pelan perniagaan adalah satu keperluan. Walaupun anda membiayai dengan usaha sendiri, pelan perniagaan akan membantu anda memikirkan berapa banyak wang yang anda akan perlu untuk memulakan dan apa yang perlu dilakukan.

Anda boleh rujuk entri saya mengenai tip-tip usahawan kecil di Malaysia sebagai kajian.

Pinjaman Kewangan

Bergantung kepada saiz usaha anda, anda mungkin perlu untuk mendapatkan pinjaman daripada mana-mana firma kewangan atau bantuan daripada keluarga.

Sebaiknya anda sediakan modal simpanan sekurang-kurangnya untuk tiga bulan sebagai persediaan aliran tunai sekiranya memerlukan anda menambahkan lagi modal perniagaan yang tidak mencukupi.

Trial And Error

Ia akan mengambil masa untuk mengetahui apa yang perlu dan apa yang tidak perlu anda lakukan. Ikut pelan perniagaan anda, sentiasa bersikap terbuka dan kreatif. Jangan takut sekiranya anda membuat kesilapan.

Sekiranya anda berjaya menjadi usahawan kecil atau besar dengan hasil usaha anda sendiri, percayalah anda akan dapat rasa satu kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup anda.

Pakar Usahawan Internet

{ 19 comments… read them below or add one }

Eizil February 28, 2013 at 9:06 am

Menjalankan perniagaan ini memang banyak cabarannya, tetapi banyak juga keseronokannya, terutama apabila kita dapat lihat hasil dari usaha yang telah kita lakukan.
Eizil recently posted…Peranan mentor dalam kehidupanMy Profile

Reply

Zulhilmi Zainudin March 1, 2013 at 4:02 am

Setuju dengan bro Eizil.

Reply

khairul asrol March 1, 2013 at 9:42 pm

cabaran mematangkan kita. :) dengan adanya cabaran itu lah kita semakin bijak mengatasi masalah yang tiba akan datang.
khairul asrol recently posted…Tips Cara Belajar Mudah, Cepat Paham dan BerkesanMy Profile

Reply

Akma March 3, 2013 at 1:07 am

Untuk berjaya memang memerlukan cabaran..cara bagaimana nak atasi cabaran tu yang perlu kita kuatkan minda, fizikal dan akal kita :)

Reply

Akma March 3, 2013 at 1:16 am

Betul En. Hadihaizil hasil dari usaha kita lebih memuaskan. Rasa berbaloi sangat penat lelah kita nampak sedikit demi sedikit walaupun jumlahnya kecil.

Reply

Adam Roslan February 28, 2013 at 12:19 pm

Salam.

Biar kita ada business planning yang mantap dulu sebelum fikir buat loan denga bank. Jangan salah langkah.

Reply

Akma March 3, 2013 at 1:14 am

Planning salah satu yg paling utama. Modal juga penting dalam kita mengaturkan untung dan rugi..pinjaman boleh jika tiada modal tetapi gunakan sebaik yang mungkin..setuju dengan u 100%

Reply

WRizuan February 28, 2013 at 2:17 pm

dalam dunia usahawan ni perlukan displin yang tinggi dan berpanjangan….
WRizuan recently posted…Comment on Roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” by WRizuanMy Profile

Reply

Akma March 3, 2013 at 1:11 am

Ya betul..sebelum kita nak mendisiplinkan orang bawahan, disiplinkan diri kita dulu..

Reply

waiman March 1, 2013 at 10:02 am

Bila la agaknya saya boleh buka satu perniagaan?

Reply

Akma March 3, 2013 at 1:09 am

InsyaAllah dik…boleh tu..pada akak jangan fikir bila, tapi fikirkan caranya ;)

Reply

hafiz March 1, 2013 at 1:17 pm

bidang usahawan memang menjanjikan pendapatan lumayan jika kena dengan caranya
hafiz recently posted…Tazkirah JumaatMy Profile

Reply

Akma March 3, 2013 at 1:08 am

Ya setuju..betul cara dan jalannya InsyaAllah akan berjaya..

Reply

MrLonely March 1, 2013 at 10:36 pm

nice tips~

Regards,
(A Growing Teenager Diary) ..
MrLonely recently posted…Saya Anak Malaysia BloggerMy Profile

Reply

Portal KSSR March 1, 2013 at 11:09 pm

blogging juga usahawan maya bukan?
Portal KSSR recently posted…Eviden BM Tahun 1My Profile

Reply

Akma March 3, 2013 at 1:05 am

Yup..kalau betul caranya InsyaAllah maya jadi kenyataan :)

Reply

karim March 6, 2013 at 1:48 pm

Ada kesungguhan dan keberanian nk berbisnes terus je tapi pastikan ada ilmu dan mentor.
karim recently posted…Bonus Affiliate : Mesin Jualan Internet oleh Edmund LohMy Profile

Reply

anuar March 27, 2013 at 2:09 am

Salam,
Seronok sambil tumpang membaca ,harap admin izinkan

Reply

Akma March 27, 2013 at 2:20 pm

Wasalam..

Ecehh..baca jelah nuar..ko lagi handal tu bab bisnes ni :D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: