Ramadhan Buffet Dinner 2016 The Royale Bintang Kuala Lumpur

Ramadhan Al Mubarak bulan yang mulia. Bulan dimana kita diuji menahan lapar dan dahaga. Bukan itu sahaja, menjaga segala perbuatan, amalan dan sebagainya.

Sebut pasal lapar dan dahaga, tentunya bila tiba berbuka puasa bermacam juadah yang kita idamkan. Maklumlah lebih separuh hari berpuasa.

Minggu pertama puasa selalunya ramai yang berbuka di rumah bersama keluarga atau membeli juadah di bazaar Ramadhan.

Selepas itu, pasti ramai yang tercari-cari lokasi berbuka puasa di luar seperti hotel dan restoran.

image

Ramadhan Buffet Dinner 2016 Royale Bintang Kuala Lumpur

Sempena Ramadhan 1437H, The Royale Bintang Kuala Lumpur juga menyediakan juadah berbuka puasa. Pelbagai jenis juadah Ala kampung yang pasti menepati citarasa anda.

Susah kita nak dapat hidangan asli masakan kampung di tengah bandar Kuala Lumpur ini.

image

The Royale Bintang terletak secara strategik di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Menyediakan lebih dari 100 aneka pilihan makanan kampung yang mampu membuka selera anda. Pasti anda tidak tahu nak mula yang mana dulu. Memang puas menjamah juadah berbuka nanti.

Pelbagai juadah dari menu utama sehingga ke pencuci mulut. Antara juadah yang disediakan…

image

Kambing golek, Pulut Kuning, Gulai kawah, Ayam panggang daun selasih, Daging DengDeng, Tempoyak Ikan Patin, Udang Masak Nenas dan pelbagai lagi. 

Belum termasuk lagi beraneka jenis appertizer. Ada beraneka jenis kerabu, ulam-ulam dan sambal mengikut setiap negeri.

Manisan pula dari pelbagai kuih-muih traditional dan international dessert seperti cream caramel, puff, mini assorted cake dan banyak lagi lah.

image

The Royale Bintang Kuala Lumpur menawarkan promosi yang menarik sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ramadhan Buffet The Royale Bintang Kuala Lumpur…

Sunflower Brasserie & Delima Hall
RM98.00 nett – Dewasa,
RM49.00 nett – Kanak-kanak 6 – 12 tahun dan Warga emas.

*Ruang solat turut di sediakan bagi para muslimin dan muslimah.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian 03 2143 9898 sambungan 4809.

image

The Royale Bintang Kuala Lumpur juga menyediakan Ramadhan Room Package bagi yang ingin menginap di hotel mereka.

Bilik di Royale Bintang Hotel cantik dan eklusif berpatutan sangat dengan harga package.

Ramadhan Meeting Package untuk syarikat yang ingin mengadakan seminar, mesyuarat atau kursus.

Dalam package tersedia Ramadhan Buffet Dinner khas yang beragama Islam untuk berbuka puasa. Tak perlu nak kemana-mana, semuanya tersedia.

image

Saya sendiri sudah beberapa kali berbuka puasa di Royale Bintang Kuala Lumpur. Boleh kata setiap tahun saya pasti akan berbuka puasa disitu.

Memang sedap semua juadah berbuka puasa disitu. Bagi saya antara Buffet Ramadhan yang terbaik.

Jika anda masih tercari-cari lokasi berbuka puasa, booking sekarang untuk merasai sendiri pengalaman menjamu selera bersama keluarga di The Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

25 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest