Blackhat TV Spot, Hathaway Hacker Dunia Siber

Blackhat TV Spot Hathaway

Bayangkan bagaimana agaknya jika sistem siber negara kita digodam (hacked). Mahunya jadi kucar kacir negara kita. Akaun blog atau facebook kena hack pun kita dah kelam kabut.

Walaupun nampak macam orang tidak ambil kisah tapi jika ini berlaku akibatnya besar. Habis segala rahsia, keselamatan dan pertahanan negara kita terbongkar dan tidak selamat.

Boleh berlaku krisis besar yang boleh mengancam negara. Privasi sistem siber kita dicerobohi dan digodam oleh orang yang mungkin berniat jahat.

Sebab itu setiap negara sentiasa memantau sekuriti sistem siber dengan ketat.

Blackhat TV Spot – Hathaway

Korang mesti pernah menonton filem pasal hacker sebelum ini kan. Ini ada satu filem terbaru dari UNIVERSAL PICTURES tentang dunia siber yang akan ditayangkan tidak lama lagi di New York.

BLACKHAT. Sebuah filem aksi, menyeramkan dan misteri keluaran Universal Pictures berkisahkan bagaimana pengodam hantu berjaya hack sistem siber nuklear terbesar china.

Tajuk filem Blackhat memang sinonim dengan dunia siber dan internet. Siapa yang blogger tu pasti kenal perkataan Blackhat kan.

Sebelum itu korang tengok trailer filem BLACKHAT TV SPOT – HATHAWAY ini dahulu.

Sinopsis Blackhat

Blackhat adalah 2015 American filem action, misteri dan seram dihasilkan dan diarahkan oleh Michael Mann dan ditulis oleh Morgan Davis Foehl.

Watak utama dilakonkan oleh Chris Hemsworth superhero filem Thor dan The Avengers.

Diarah oleh pengarah terkenal Michael Mann. Setiap filem arahan Michael Mann pasti meletop di pawagan. Kali ini filem arahan Michael Mann berbeza sedikit kerana terarah pada dunia siber yang semakin maju.

Tayangan Perdana Filem Blackhat telah ditayangkan di TCL Chinese Theatre, Los Angeles pada 8 Januari 2015, dan telah ditayang di pawagam pada 15 Januari 2015.

Blackhat TV Spot Hathaway

Plot:

Sebuah kilang nuklear di Chai Wan, Hong Kong meletup disebabkan oleh seorang hacker. Tidak lama selepas itu belaku pula di Chicago, Mercantile Trade Exchange digodam. Hasil siasatan kerajaan China dan FBI, punca adalah disebabkan oleh Remote Access Tool (RAT) yang digunakan oleh seorang genius hacker yang berniat jahat.

Seorang military officer Kapten Chen Dawai, ditugaskan untuk mencari orang yang bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. Dia bertemu dengan Agen Carol Barrett daripada FBI di Los Angeles dan mendedahkan kod di dalam RAT yang telah ditulis olehnya sendiri dan Nicholas Hathaway, rakan sebiliknya di kolej dulu.

Hathaway (Chris Hemsworth) sedang menjalani hukuman penjara kerana jenayah komputer dan Kapten Chen Dawai meminta FBI membebaskan Hathaway untuk membantu mereka.

Pasti kaki wayang tidak sabar untuk tahu plot demi plot aksi yang mendebarkan dan menyeramkan filem BlackHat ini.

Release date: January 15, 2015 (Netherlands)
Director: Michael Mann
Running time: 135 minutes
Distributed by: Universal Pictures
Screenplay: Michael Mann, Morgan Davis Foehl
Starring: Chris Hemsworth, Tang Wei, Viola Davis, Ritchie Coster, Holt McCallany, Yorick Van Wageningen, Wang Leehom

Blackhat TV Spot Hathaway

Review Filem Blackhat

Saya pun tidak sabar hendak menonton filem tersebut.

Kebetulan saya sangat meminati pelakon utamanya Chris Hemsworth yang kacak tu. Saya mula meminati beliau sejak menonton filem RUSH.

Sebuah filem biografi kisah benar dua pelumba Formula One terkenal iaitu James Hunt dan Niki Lauda tahun 1976. Sejak itu nama dia mula meletup dengan filem Box Office Thor dan The Avengers.

Setelah menonton trailer filem Blackhat TV Spot Hathaway.

Saya kategorikan sebuah filem realistik tentang dunia siber yang sebenar. Bagaimana masalah dan bahaya yang dihadapi jika sistem siber terbesar digodam oleh orang jahat. Kesan bahayanya juga boleh berlaku kepada kita.

Contoh: Jika sistem keselamatan rumah kita digodam dengan mudah oleh pencuri. Bahayanya bukan sahaja kita akan kehilangan harta benda tetapi mungkin nyawa juga.

Filem ini memaparkan kesilapan yang amat ketara dalam keselamatan siber yang boleh menarik penonton untuk rasa ingin tahu keseluruhan filem ini. Ia adalah filem keselamatan maklumat yang paling tepat yang patut anda tonton.

Filem itu mencerminkan realiti tentang kod Whitehat dan Blackhat seperti keyloggers dan phishing. Rata-rata pengamal internet tahu kod ini.

Yang paling menarik, filem Blackhat turut dibantu oleh bekas hacker iaitu Kevin Poulsen sebagai penasihat teknikal untuk filem itu. Beliau menggambarkan jenayah siber adalah sangat serius. Itu yang buat filem Blackhat lebih menarik kerana realistik logik jenayah dunia siber yang sebenar dipertontonkan kepada umum.

Jelas seperti hacking satu tugas yang sukar dan jika terjadi, sesuatu yang buruk boleh berlaku boleh menyebabkan masalah yang sangat serius. Bukan sahaja sistem siber sesebuah organisasi atau negara sahaja terancam tetapi individu juga.

Kita yang dari tidak tahu apa makna Whitehat, Blackhat dan kod-kod pelik pun akan mudah faham apabila menonton filem ini. Saya pun masih blur kod-kod dunia siber, sambil itu boleh juga kita ketahui tentang cara hacker ni kan.

Mesti semua tidak sabar hendak tunggu filem Blackhat keluar di pawagan Malaysia terutama yang kaki internet macam saya ni. Tengok TV Spot Hathaway pun dah rasa teruja.

Bagaimana agaknya kesudahan filem Blackhat yang dikatakan penuh aksi dan menyeramkan. Berapa bintang agaknya penonton akan berikan nanti?

Jangan lupa beli tiket awal-awal bila keluar di semua pawagam Malaysia nanti ya.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

23 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest