Bercuti Ke Terengganu Memang Menarik

Ri-Yaz Heritage Marina Resort Spa

Cuti-cuti Malaysia 2014 kami ke Terengganu pula selama 4 hari 3 malam. Menaiki Malaysia Airlines MAS. Malas hendak memandu jauh.

Percutian ke Terengganu ini tidak dirancang. Adik saya terus booking tiket dan hotel. Niat kami cuma nak berehat untuk tenangkan kepala otak sahaja haha.

Selalunya kami jarang bercuti pada musim cuti sekolah sebab terlampau ramai orang, tapi memandangkan awal tahun depan Adam mula bersekolah di sekolah baru terpaksa jugalah pilih musim budak cuti sekolah.

Ikan Patin Tempoyak Selera Pantai Timur

Sampai di Airport, rakan saya Azuan datang jemput kami. Beliau tinggal di Kuala Terengganu. Senanglah sikit apabila ada kenalan disana.

Terus dia bawa kami sarapan pagi di Restoran Pantai Timur dekat Cabang Tiga. Disitu ada hidangan nasi lemak, nasi dagang, nasi kunyit, nasi minyak, nasi campur, roti canai dan macam-macam lagi. Maklumlah, selera pantai timur…

Mata saya lebih tertarik pada ikan Patin Tempoyak yang masih panas. Pagi-pagi saya dah melantak nasi putih lauk ikan patin dengan sambal tempoyak hehe.

Pertama kali saya makan patin tempoyak Terengganu. Memang sedap sangat, ada rasa lemak-lemak berkrim dan bersantan. Berbeza sedikit dengan patin tempoyak Temerloh yang popular tu.

Harga pun tak mahal sangat.

Ri-Yaz Heritage Marina Resort Spa

Ri-Yaz Heritage Resort & Spa

Kami memilih menetap di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Terengganu yang terletak di Pulau Duyung. Ri-Yaz Heritage antara resort terbaik di Terengganu.

Kawasan Pulau Duyong inilah tempat berlangsungnya acara kapal layar Monsun Cup yang selalu diadakan setiap tahun di Terengganu.

Kawasan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa ini agak besar, luas dan kekal semulajadi.

Terdapat khidmat buggy jika malas hendak berjalan dan ruang parking kereta juga luas. Itu yang saya suka, lari dari kesibukan ibu kota.

Harga semalaman agak tinggi tetapi memang berbaloi apabila duduk resort cantik dan mewah di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, lagipun resort ni antara yang terbaik.

Sangat sesuai jika anda ingin bercuti beramai-ramai dengan keluarga.

Ri-Yaz Heritage Marina Resort Spa

Konsep chalet sebuah-sebuah ala rumah kampung dan terletak seperti di pelabuhan.

Cuma bukan tepi pantai, yang paling menarik konsep rumah kayu jati yang cantik dan keindahan pemandangan pokok-pokok hijau dan laut.

Ruang bilik sangat besar, ada ruang tamu berasingan. Terasa seperti balik kampung pula.

Adam punyalah suka sampai tak senang duduk berlari sana sini. Adam ni kalau dapat bercuti memang nampak ketara dia suka tak ingat lebih lagi kalau bilik cantik.

Dia memang pandai hargai bab ni, siap periksa semua sudut bilik. Kemain lagi dia duduk bersantai, sebab itu kalau bercuti kemana-mana kami akan pastikan hotel dan lokasi percutian menarik khas untuk dia.

Sepanjang menetap di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Terengganu memang relax dan tenang sahaja.

Menarik Di Kuala Terengganu

Malang juga percutian kami kali ini hujan tak berhenti. Sampai sahaja di Airport hujan ribut kuat. Kalau tengok berita banyak tempat di Terengganu banjir teruk.

Terbatal plan kami hendak ke Pulau Perhentian dan jalan-jalan jauh sikit. Masjid Kristal pun tak sempat nak melawat.

Kami banyak habiskan masa jalan-jalan dan makan-makan di Kuala Terengganu sahaja. Disana kami menyewa kenderaan, jadi mudahlah hendak berjalan dalam hujan lebat.

Sempat singgah berjalan-jalan di Pantai Batu Burok. Memang pemandangan cantik tapi sebabkan musim hujan, ombak agak besar dan kuat. Angin pula memang bertiup kencang.

Sepanjang bandar Kuala Terengganu penuh kedai menjual Batik dan keropok lekor. Yang paling popular di Pasar Payang.

Batik Pasar Payang Terengganu

Pasar Payang antara bangunan lama di Kuala Terengganu. Memang menjadi kemestian sesiapa yang melawat Terengganu mesti singgah Pasar Payang untuk membeli batik tangan.

Kain batik disitu cantik-cantik dan harga kena pandai survey ada murah, ada mahal juga. Macam-macam ada jual disitu bukan setakat batik sahaja, sempat juga kami shopping kain.

Kalau nak beli songket atau samping berkualiti tinggi, pada saya disitu murah. Harga bawah RM1000 jika dibandingkan di Kuala Lumpur harga sampai beribu-ribu Ringgit Malaysia.

Kami sempat juga singgah di Desa Murni Batik. Sebuah mall besar yang bukan sahaja menjual batik. Banyak juga menjual barangan untuk perkahwinan.

Apalagi, adik saya ambil kesempatanlah memborong barang-barang untuk butik Casa Ombak. Memang murah sangat lebih-lebih lagi pasu-pasu kristal.

Berbeza harga 4x ganda dari yang kami beli di Kuala Lumpur.

Keropok Lekor Memang Kena Beli

Keropok lekor kami beli di Losong. Sepanjang jalan penuh kedai jual keropok lekor.

Tapi, saya rasa tak berapa sedap. Mungkin ikan kurang sebab musim hujan atau silap pilih kedai kot hehe. Saya memang kaki makan keropok lekor. Sedikit sebanyak saya boleh tahu mana yang sedap atau tidak.

Kebetulan saya beli sepeket keropok lekor Bukit Tok Beng semasa di airport. Lagi sedap dari yang saya beli di Losong.

Azuan kata keropok lekor Bukit Tok Beng ni memang popular, kalau nak beli kena beratur ambil nombor dulu… Memang popular betul ni huhu.

Makan D'Ganu Cafe Steamboat Duyong

Tempat Makan Di Kuala Terengganu

Tempat makan di Kuala Terengganu memang banyak. Tak susah kalau nak cari tempat-tempat makan yang sedap. Kebanyakkannya restoran makanan laut dan masakan panas.

Antaranya kami sempat singgah makan di Restoran Ikan Bakar bawah jambatan Kuala Ibai, D’Ganu Cafe Steamboat dekat Pulau Duyong dan beberapa lagi kedai makanan yang popular dikalangan penduduk Terengganu.

Ikan bakar Terengganu cara masak lain sedikit. Seperti ikan bakar masak sambal, tiada air asam atau kicap cili seperti yang banyak ada di Kuala Lumpur.

Adam Terengganu Ri-Yaz Heritage Resort

Cuti-cuti Malaysia Ke Terengganu

Cuti-cuti Malaysia kami kali ini lebih kepada seisi pengenalan sahaja sebab agak lama saya tidak kesana.

Seingat saya kali terakhir ke Terengganu berbelas tahun yang lepas. Lagipun cuaca tidak mengizinkan kami melawat banyak tempat-tempat menarik. Takpelah sekurang-kurangnya sampai juga saya ke Terenggganu.

Di Malaysia, masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang kita sendiri pun sebagai rakyat Malaysia akan kagum.

Terutamanya Terengganu memang terkenal dengan pulau-pulau, laut biru, pantai yang menarik dan masih kekal suasana kehijauan yang semulajadi.

Satu percutian yang tenang dan menyeronokkan…

Terima kasih Azuan dan keluarga sanggup jadi tourguide dan melayan karenah kami disana. Siap pakai uniform pegawai #### lagi, dah macam polis.

Yang paling best pergi mana-mana orang bagi free parking jer… Power of Uniform huhu.

InsyaAllah saya akan cuti-cuti Malaysia ke Terengganu lagi, tak puas jalan hari tu.

Terengganu Mung Tunggu Aku Datang! hahaha.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

29 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest