Bonjour…chewahh.
Macam biasa…dalam ruangan travel saya akan kongsi pengalaman melancong ke luar negara mahupun dalam negara.
Pengalaman melancong dan bercuti ke Paris, France sangat menyeronokkan. Saya pergi bercuti dengan adik, Adam Faris dan tiga orang kawan. Masa tu musim sejuk, tiada salji tapi sejuk juga dalam 3 darjah Celsius..
Flight…Kuala Lumpur – Amsterdam – Heathrow London. Mengambil masa 13 jam. Dari London kami singgah Paris.

Demam pun sempat lagi posing tu…
Adam Demam Dan Medical Service
Sampai London, Adam muntah-muntah nyaris nak batal perjalanan ke Paris.
Kami bawa Adam ke UCLH – University College London Hospitals dulu takut jadi apa-apa, sebab pertama kali bawa Adam bercuti ke luar negeri musim sejuk. Keesokkan harinya baru kami ke Paris.
Dari London kami pergi Paris menaiki kereta, mula rancang nak naik kereta api. Bila fikirkan Adam yang belum stabil, kami tukar rancangan.
Kagum sungguh dengan sistem perubatan disana. Memang canggih, dia orang check Adam dari A-Z siap bagi satu bilik untuk Adam rehat dan buat full medical check up. Sempat juga berbisik dengan adik saya, “mesti mahal bil hospital ni”.
Yang peliknya… Lepas ambil ubat langsung tak ada bil. Semua percuma.
Baru saya teringat diaorang bayar cukai yang tinggi setiap tahun, jadi kemudahan diaorang dapat termasuk Insuran dan kos perubatan secara percuma. Tak sangka pula untuk pelancong pun dapat sama.

Border Paris
From Paris With Love
Paris terkenal dengan kota fesyen, cantik dan bersih. Boleh dikatakan semua bangunan disana vintage dari 18th century.
Architecture bangunan walaupun lama tapi klasik dan terjaga rapi. Ramai juga orang Malaysia bercuti ke Paris.
Jatuh cinta sungguh dengan keindahan di Paris, rasa macam ala-ala movie “From Paris With Love ” pulak huhu.
Memang rasa tak puas jalan, tenang je kat sana jika dibandingkan dengan London yang sesak sikit.

Arabian Restaurant
The Best Coffee Maker
Saya ni memang suka minum coffee, terutamanya brewed coffee. Kalau tak minum sehari, rasa kembang je muka.
Coffee disini memang the best. Puas sangat dapat minum coffee kat sini.
Tempat makan
Tempat makan di Paris juga tiada masalah. Terdapat banyak restoran halal yang kebanyakkannya dimiliki oleh orang Arab.
Kami sempat singgah restoran milik chef terkenal dari Malaysia dan sempat beramah mesra dengan beliau. Ramai juga orang Malaysia yang buka bisnes di Paris ni.

Triangle d’Or High-End Fashion Districts
Antara Tempat-Tempat Menarik Di Paris
Triangle d’Or kalau korang suka barangan berjenama semuanya ada disini.
Triangle d’Or adalah kawasan butik Couture terbaik di dunia seperti Dior, Louis Vuitton, Chanel, Ferragamo, Dolce e Gabbana, Prada, Gucci, dan banyak lagi.
Memang khas untuk barangan berjenama atau kita panggil High-End Fashion Districts.
Harga pun murah dari Malaysia. Kalau perempuan memang rambang mata tengok handbag cantik-cantik huhu. Sempat juga kami sambar satu dua. Ada juga beli untuk kawan-kawan yang kirim.
Yang tak seronoknya, ada butik promoter kat sana berlagak sungguh, dia ingat kita tak ada duit agaknya. Ceritanya bila seorang kawan saya terkena masa nak beli wallet, kita orang bahasakan…tak bagi can…geram betul.
Satu masalahnya di Paris, dia orang tak terima matawang £ Pound Sterling. Mereka tak suka bila kita nak bayar guna £ Pound. Dari apa yang saya tahu, Paris terletak diantara Zon Eropah dan ada krisis ekonomi dan matawang antara negara-negara di Zon Eropah ini.
Seperti yang kita tahu ekonomi di Eropah agak terjejas sekarang ni. Pada sesiapa yang mengikuti global share market mesti tahu krisis ni kan.

Louvre Museum
Louvre Museum atau dipanggil Musée du Louvre antara tempat paling menarik di dunia.
Museum atau istana ini dibangunkan sekitar tahun 1990 ketika pemerintahan King Phillip II dan Pyramid dibangunkan pada tahun 1983 oleh Presiden France iaitu Francois Mitterand dengan menggunakan bahan kaca dan metal.
Tak tahulah saya betul ke tidak, dah tertulis kat situ. Betullah kot… hehe.

Just Three of Us
Musée du Louvre dijadikan museum nasional pada tahun 1793.
Didalam museum inilah terletaknya lukisan Monalisa karya Leonardo Da Vinci, koleksi King Louis XIII, disini juga terletaknya Istana Napoleon III@Napoleon Bonaparte yang merupakan presiden pertama Perancis dan macam-macam lagi.
Sesiapa yang dah tengok movie The Da Vincci Code, itulah tempatnya. Cantik dan klasik.

Seine River
Notre Dame Cathedral atau Notre Dame de Paris (Our Lady) terletak di sungai Seine di tengah-tengah Paris. Antara gereja tertua dan terkenal dengan bangunan seni bina Gothic yang cantik sangat.

Notre Dame Cathedral
Kami tak masuk pun, ambil gambar dan jalan-jalan di luar jer. Kita Muslim, cantik maca manapun takkan nak masuk gereja pulakan.

Masamnya Muka…
Eiffel Tower antara tower yang tertinggi dan terkenal didunia.
Kami sempat lihat Eiffel Tower light up, cantiknya Eiffel… I’m In Love with you huhu. Kami tak sempat naik sebab dah gelap, padahal baru pukul 3 pm. Taman kat situ pun besar dan dibawah tower ada banyak kedai jual souvenir.
Ada satu kedai souvenir depan Eiffel Tower. Tuan kedai tu pandai cakap bahasa melayu dan pandai tilik. Dia sempat tilik adik saya Shieda cuma tengok dari muka jer. Apa yang dia tilik betul pula tu, adik saya jadi takut haha.
Mat salleh tu belajar bahasa Melayu dengan orang Malaysia yang duduk kat situ. Bangga sekejap huhu.

Eiffel Tower… I’m In Love
Antara tempat-tempat menarik yang patut anda lawati :
- The Eiffel Tower
- Louvre Museum
- Notre Dame Cathedral
- Place de la Concorde
- Champ Elysee
- Arch de Triomphe
- Triangle d’Or
- Galeries Lafayette
Boleh dikatakan majoriti tempat dan bangunan di Paris banyak berkaitan dengan sejarah dan agama diaorang iaitu kristian.
Jadi kita sebagai Muslim boleh melawat dan ambil tahu jelah, kebetulan saya ni suka history. Cukup dengan niat kita hanya untuk berjalan dan melihat tempat orang sahaja…







{ 41 comments… read them below or add one }
tak sangka ek kat england tu pelancong pon dpt free medical.. haha.
wah.. teruja giler baca pasal paris.. agaknya kalau kawan pi sana, tak pi kot tmpt2 gini, kwn melawat stadium2 bola kat sana je.. keke
fariq recently posted…Gambar Kemalangan Di Daytona International Speedway
Hehehe aah tak sangka gak free kalau tak masak gak tu kena byr guna Pound..
Kalau u niat nak melawat semua stadium kt England kos tinggi tu…bukan dekat2 semua letak jauh2. Sya beli jersey pun ckup lah huhu
free madical? fuhh respect! kenapa lah kat malaysia ni servis pulak macam endah tak endah je. saya teringin sangat sebenarnya nak fly ke luar negara ni. lagi lagi bercuti dengan family. nak jugak bawa orang tua kita berjalan jauhh. moga sempat saya bawa diorang semua naik flight selain tunaikan haji nanti. aminnn.

khairul asrol recently posted…Chelsea vs Manchester City EPL 24/2/2013
Mmg dik medical service kat sana mmg terbaik..profesional. Hospital diaorang jauh berbeza dgn kita..kt sana ada satu kws specialist utk klinik sahaja lupa nama tmptnya.
Paling best dpt bwk family jln2.Alhamdulillah ms arwah mak akak ada smpat bwk mak pg jalan2 & dapat juga tunaikan impian dia pegi Haji. seeloknya itulah yg harus kita lakukan sebagai anak.. Bagus adik ada niat begitu
Betul tu Khairol Asrol.
Sebagai anak kita mesti rasa simpati terhadap ibu bapa.
Serius saya katakan Asrol, saya walaupun sudah ramai kawan di tempat pengajian ni, saya lebih seronok jika saya dapat berjalan merata tempat saya belajar ni dengan keluarga tercinta.
Ya Allah rindunya Malaysia!! ..
Asyrof Asri recently posted…Wordless Monday Part Tiga
wahhh ! seronoknya jejalan tempat2 mcm nie , terbaik ! kalau ada peluang dan ruang saya pun nak gi gak !
agak2 The Eiffel Tower tu ada apa ya kat bahagian atas…hehehe
InsyaAllah one day u akan sampai jugak tu..
On top Eiffil tak sempat nak naik dah gelap sangat lagipun beratur panjang..maybe one day plan nak pegi lagi memang tak lepaskan peluang dah hehe
Teruja tengok pic di Paris…walaupun tak rasa nak pergi…tentu kosnya mahal…hospital di sana tak kenakan bayaran dah cukup bagus…kalau di Malaysia service macam tu..alangkah baiknya….
Je viens de Paris ….he he he…
Kos agak mahal sikit & spend pun tinggi maklum in pound sterling. Skali skala bolehlah kalau selalu boleh kopak juga hehe
Sepatutnya hospital services kita dah lama patutnya ikut camtu interm of insurance for bumiputera should be upgrade hmm nak buat camne kan huhu
Merci..merci hehehe
Membaca artikel tulisan kak Akma dan melihat gambar yang diambil banyak memberi saya inspirasi.
Wahhh.. seronok sangat dapat jalan ke luar negara. Jika kak Akma dan blogger lain nak tahu, pelajar medic saja yang selalu bercuti musim panas – sejuk ke London .. negara Omputeh.
Saya pelajar pengajian perundangan susah sikit la sebab modal tak berapa nak ada lagi. Lagipun tajaan saya tak banyak untuk sponsor.
Lagipun pelajar perubatan nie memang mereka wajib kesana pun sebab nak tambah ilmu perubatan supaya dapat jadi doktor pakar.
Saya jika dapat pergi pun mungkin ambil Master or PhD kot.
Insya-Allah, saya yakin saya boleh buat. ..
Asyrof Asri recently posted…Contest Kaca Mata PapaMifz.Com
Pengalaman yang baik. Tapi saya risau nak solat jumaat kat sana..
waiman recently posted…Adakah Blogger Sanggup Menambah Dosa Semata-Mata Mahukan $$$$
Tak yah risau kat kota paris ada Grande Mosquee De Paris biasa disebut masjid agung Paris. Ramai org islam kat sana..especially arab islam..melayu pun ramai..tak menjadi masalah
Such a wonderful experienced dpt travel to Paris..lots of interesting and historical places…
Hahaa ehh i think i know this person..we kan pegi together zahrin..best kan next italy pulak ya huhu
bila la boleh sampai sana..memang minat tengok bangunan2 vintage ni.
afif recently posted…8 Troll Bola Sepak Malaysia Yang Betul Serius!
InsyaAllah tercapai hajat tu.. Memang best sangat afif lain dari yg lain bangunan kat sana architecture very detail & amazing
Paris mmg best. Rasa mcm nk pergi lagi. Saya suna tengok eiffel tower ma mlm, cantik sgt2!

Puan Bardboo recently posted…Percubaan Pertama Menggunakan Blogpress
Assalam sis..lamanya tak nampak sis how are u? How ur baby..sis duduk france kan mesti dah banyak tempat pegi dah hehe
memang berbaloi betul bayar cukai tinggi tetapi kos perubatan percuma. Bila la nak terbang ke paris.
hatiputera recently posted…Kedudukan Cabaran 10 Blogger Terbaik Malaysia
Memang tinggi cukai kat sana HP tapi banyak kemudahan diaorang dapat..teratur..InsyaAllah sampai juga HP juga nanti tu..
Salam.
Senarai dah ada, bajetnya berapa? Hehe.
Adam Roslan recently posted…Bina Kedai Online Canggih Percuma dengan Opencart
Budget boleh tahan juga..pound sterling yang tak tahan tu..
wah bestnya jadi AO dapat melancong keluar negara
hafiz recently posted…Keputusan penuh Kedah FA vs Johor Darul Takzim Piala FA 2013
Jalan-jalan cuci mata hehe..ni pegi tahun lepas baru nak update
free medical best tu..
bila Malaysia nak macam ni? tapi dinaikkan cukai marah pula..
bestnya pi Paris.. in shaa Allah akan ke sana juga satu hari…
my ole ole takde gegerl? ehehe
Malaysia payah lah dear…ada2 fridge magnet banyak..nanti kita reserved untuk Datin tyka ya huhu
yeyy.. sayang akak gegel.. nanti kita jumpa ye…
huh, paris mana ada jual cendol..
titan recently posted…Cek ke 17 dari Nuffnang
Sapa kata takde..hahaha
aku kata. aku dah pi sana. memang tak jumpa.
titan recently posted…Komisen kedua dari Bakar Lemak Pantas
Haha..musim sjuk mana nak ada chek oii..esok kita lepak ya..banyak aku nak belajar dari hang ni..jangan duk sembunyi lak
Err tak de sapa yang nak ajak aku pergi sini le
onlajer recently posted…10 Blogger Terbaik Malaysia
Paris memang best terutama untuk kaki shopping sebab majoriti branded item asal Paris tapi kalau nak tengok sejarah dari zaman sebelum masihi lagi Rome is the best.
Denaihati recently posted…Life of Pi hidup jangan pernah putus asa
Memang sesuai untuk yang gemar shopping..saya teringin nak visit italy dalam perancangan..rome zaman sejarah achillies yang nak tengok sangat tu.
terpaksalah guna euro ketika berada di paris ye dak..huhu
semua gambar cantik2..enjoyable trip ni kan?
Aah sha kebetulan tak tukar banyak.. Tak tau pulak diaorang tak accept sangat pound..kalau kat butik ok..nak beli barang biasa tu susah sikit
Setakat ni tak pernah berpeluang ke paris lagi, perancis sekadar sampai di sempadan, di bandar strasbourg…
Bila melawat tempat orang ni, selain melihat keindahan bangunan dan sebagainya, kita boleh lihat kepelbagaian cara hidup pelbagai bangsa. Banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari walaupun berlainan agama.
Eizil recently posted…Bagaimana untuk mengubah paparan spectacu.la discussion
Mula-mula terfikir juga tentang kos hospital percuma tu. Rupa-rupanya bila dah baca bawah sikit baru tahu. Ada ambil insurans rupanya. Hehe.
Penjual cenderamata tu fasih berbahasa Melayu? Atau hanya boleh sedikit sahaja?
Best kalau dapat selalu travel macam AO. Semoga saya juga dapat selalu travel macam AO nanti.

Zulhilmi Zainudin recently posted…Apa Yang Kita Fikir, Itu Yang Kita Dapat
Satu hari nanti nak bawa keluarga bercuti di sini juga,boleh tenangkan fikiran melawat tempat-tempat menari macam di atas tu
wazy recently posted…Wordless Wednesday #51
Memang best wazy tenang je kepala..bawa lah family nanti jalan-jalan, antara satu negara yg menarik untuk dilawati.
Persamaan yang saya nampak ketika melihat-lihat gambar kenangan kak Akma ialah sikap atau sifat peribadi kak Akma yang sama dengan saya.
hehe .. Nak tahu? .. kak Akma baca ya ..
1. Suka bergambar.
2. Muka comel kak Akma sama seperti saya. hehe – *perasan lebih.
3. Suka makan makanan arab, walaupun minum kopi arab je janji dah kira sukala makanan arab tu.
4. Suka sejarah.
5. Suka travel.
- Senyum selalu ya -
Asyrof Asri recently posted…Wordless Monday Part Satu