Pengalaman Bercuti Di Osaka Japan

Osaka Japan

Bercuti di Osaka Japan memang menyeronokkan.

Saya pergi bertiga dengan adik dan suami dia. Masa tu winter tapi tak terlalu sejuk, dalam 8 darjah Celcius. Flight kami lewat satu hari sebab Osaka dilanda ribut taufan, nyaris nak cancel flight.

Peliknya, berita keluar kat Malaysia macam serius sangat, sampainya kami di Osaka macam tak ada apa-apa jadi pun. Suasana dan keadaannya OK sahaja.

Kami tanya pemandu pelancong kami, “how bad the situation” dengan muka selamba dia jawab, “everything OK, only one person die…” adeh jepun ni πŸ˜€

Saya ingatkan orang Jepun ni ketot-ketot…ramai yang kacak tu huhu.

Secara jujur ketika sampai disana, saya tak rasa teruja sangat kerana Osaka bukanlah tempat percutian pilihan saya.

Itupun sebab adik ipar saya ada kerja kat sana, sambil tu ikut sekali bercuti ler… Kata orang, sambil menyelam minum air…

Osaka Kaiyukan Aquarium

Osaka Kaiyukan Aquarium

Osaka Japan is the working heart of the Island, ianya lebih kepada kawasan perindustrian dan penuh dengan kilang-kilang.

Sebuah bandar yang bersih…

Cara hidup mereka yang cepat, cermat, tertib dan mesra. Kalau diorang berjalan tu laju je tak pandang kiri kanan…

Yang paling seronok jalan tak sesak sebab tak banyak kereta. Majoriti diaorang naik basikal, pelikkan. Sedangkan Jepun antara negara pengeluar kereta terbesar di dunia.

Korang pernah tengok kartun Ultramankan, macam tulah rupa dan bentuk bangunan disana, petak dan sama jer.

Info yang saya dapat, salah satu sebab ialah nak kukuhkan struktur bangunan kerana selalu berlaku gempa bumi.

Shopping dibandar Kobe, Japan

Shopping dibandar Kobe, Japan

Kos Sara Hidup Di Osaka Japan

Mata wang mereka tinggi dan sara hidup pun tinggi.

Semua barangan yang dijual sememangnya mahal jika nak dibanding semasa saya bercuti di Eropah, disana lagi murah. Bayangkan satu botol air mineral kos 500 yen, kalau tukar dalam duit Malaysia, dah RM17.00 satu botol.

Kos teksi dari hotel ke bandar ialah 10000 yen bersamaan dengan RM370.00. Tu belum masuk kos bilik, punyalah mahal sehingga mencecah ribuan ringgit semalaman.

Nasib baik adik ipar saya bayar hehe…

Jom Naik Basikal

Jom Naik Basikal

Makanan Halal

Satu lagi makanan halal memang susah nak dapat di Osaka, kebanyakkan restoran yang ada disana menyediakan makanan tak halal.

Saya ingatkan orang Jepun tak makan ba alif ba ya, rupanya tu antara makanan harian diaorang. Kalau nampak orang pakai tudung makan kat sesebuah restoran, jangan cepat fikir tempat tu halal.

Sebaik-baiknya tanya dulu…

Kalau nak tahu restoran tu halal ke tidak, tengoklah di menu diaorang ada gambar binatang tengkuk pendek tu hehe.

Puas kami mencari restoran yang betul-betul halal, akhirnya terjumpa satu restoran arab. Katanya restoran dia satu saja yang jual makanan halal kat Kobe tu dan banyak student Muslim makan kat situ.

Setiap hari kami makan di hotel sahaja.

Yang lecehnya malam je mesti lapar sebab sejuk, nasib baik saya ada standby stok Maggie. Malam jer adik saya mesti ketuk bilik sambil tersengeh-sengeh nak join sekaki.

Orang Jepun ni majoriti tak pandai cakap BI, susah nak berinteraksi dengan diaorang. Ada satu malam tu saya call room service minta mangkuk sup untuk makan maggie…

Dia hantarnya besen besar untuk cuci baju…bengongkan πŸ˜€

Universal Studio Osaka

Welcome To Universal Studio Osaka, Japan

Tempat-Tempat Menarik Di Osaka Japan

Saya dan adik sempat pergi Universal Studio Osaka…

Tempat ni memang seronok, kena luangkan masa satu hari baru puas.

Universal Studio Osaka memang besar, ianya 3 kali ganda lagi besar dari Singapore.

Kami berjalan disitu dari pukul 8 pagi – 9 malam baru habis tawaf.

Penat sungguh tapi best…

Jurassic Park Adventures

Jurassic Park Adventures

Di bandar Kobe ada satu tempat riadah diaorang selepas penat pulang dari bekerja.

Mula-mula saya ingatkan internet cafe… rupa-rupanya kedai slot mesin judi… Besar sungguh!

Didalam tu semua pakaian diaorang sedondon saja. Macam Men In Black (MIB) pun ada juga, sambil duduk tegak macam robot.

Disiplin betul diaorang main judi, adeh hai lawak betul πŸ˜€

Penat Jalan Rehat Kejap

Penat jalan dah, rest kejap…

Antara tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati…

  • Osaka Castle Park and Museum
  • Universal Studio Osaka
  • Osaka Kaiyukan Aquarium
  • Osaka Dome
  • Kobe City Hall

Hah! Satu lagi nak tambah dari segi teknologi, negara diaorang memang canggih. Tilam ada warmer dan toilet bowl flush pakai remote tu.

Nasib baik diaorang tak buat automatik keluar tangan tolong cuci πŸ˜€

Water World Actors

Bergambar dengan Water World Actors

Sepanjang bercuti di Osaka saya asyik ketawa sahaja tengok gelagat orang Jepun ni.

Bagaimanapun memang best bila dapat berjalan-jalan ke negara orang ni. Dapat tengok dan mengenali cara hidup dan budaya yang berbeza.

Diharap travelogue saya kali ini dapat memberi panduan kepada yang ingin bercuti ke Osaka Japan ya… πŸ˜‰

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

103 CommentsLeave a comment

  • Memang tinggi kos sara hidup di sana.. insyaAllah akan ke Osaka pd March ini sambil melawat adik yg menuntut di sana. Blogpost puan memang membantu, terima kasih.

  • Sudah banyak tempat nampaknya AO pergi bercuti. Saya masih belum berpeluang untuk ke sini. Insya-Allah, jika ada rezeki, saya juga akan ke sini.

    Btw, gaya penulisan dalam artikel ini agak santai. Sebelum ini saya tidak jumpa perkataan-perkataan seperti ‘adeh’, ‘huhuhu’ seperti di dalam artikel ini. Heh!

    • Alhamdulillah ada rezeki Zulhilmi…InsyaAllah satu hari nanti sampailah awak kesana juga tu πŸ™‚

      Hehehe ye ke..mungkin Zulhilmi tak baca entri saya yang lepas2 kot..ada penggunaan ayat santai ni..cuma bila menulis entri berupa informasi atau blogging saya agak titiberatkan cara penulisan tu πŸ™‚

    • Terima kasih visit blog saya ya….sekarang mudah dah..harga tiket pun tak mahal macam dulu..InsyaAllah sampai hajat En.faris nanti tu πŸ™‚

    • Memang seronok Amirez..cuma bab currency tu yang tak tahan..tapi tak dinafikan memang sebuah negara yg advance πŸ™‚

      Kelakar tgk gelagat orang jepun ni..hehehe

  • Kena tunggu boss kawan buat trip baru boleh kesini, tapi bab bercakap dengan orang jepun ni memang diakui seperti ayam berbual dengan itik dua2 tak faham

    • Best sangat hehe..nilai matawang japan tinggi lagi dari US. Dahlah brg mahal matawang tinggi pulak tu…pening juga nak shopping.huhu

    • Betul..saya ada beberapa kenalan jepun juga, diaorang ni teratur dan sistematik. Nampak mcm skema tapi otak bijak juga hehehe

      • Dr. M pernah usahakan supaya rakyat Malaysia mencontohi budaya orang Jepun dan Korea Selatan dengan Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1982 dulu..bertujuan untuk mencontohi etika kerja orang Jepun dan Korea Selatan..tapi mungkin agak susah untuk menukar budaya (kerja) orang kita.. πŸ™

  • wowww…seroniknya dapat melawat negara matahari terbit, kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan. Jauh berjalan luas pandangan. Berseronoklah akma di sana ye…Ketika di Malaysia begitu hebat dgn contest..semuanya ada ong. Banyak dapt jadi pemenang. Semoga contest DH pun boleh dapat jugak. Bila dapat jadi pemenang nanti, bolehlah pula kongsi kemenangan dengan membuat contest untuk rakan2 lain pula sebagai terima kasih kepada mereka. Nak juga rasai contest yang Akma buat.he….he… Apa kata anda???

    • Dapat jalan ke negara orang memang seronok En.kamil. Alhamdulillah dah rezeki saya…
      Saya ni baru tak sampai setahun belajar bab2 SEO ni, contest saya jadikan macam ujian, kaji dan praktikkan apa yang saya belajar untuk tujuan perniagaan sebenarnya…Alhamdulillah ianya banyak membantu saya dalam memahaminya.

      InsyaAllah..kalau dah bersedia dan rezeki murah saya akan buat contest juga nanti..tanda terima kasih hehehe

    • Japan Antara negara yang banyak kilang-kilang kan Malaysia ni hantar untuk training purpose kan..ramai org malaysia juga kat sana..kalau tak Abangkhai jadi org jepun lah ya hehehe

  • Wah sgt berinformasi hehe.. Untung dpt g sana… Tp tempat sy nak prgi korea hehe… Gila mahal kat situ huhu tp org sana mmg disiplin kan

    • Aah..mahal teramat giler sis..tak banyak tempat pun dapat pegi sebab ada keja kat sana..huhuhu ye nasib bilik orang support..yg lain sdn bhd hehe

  • lepas SPM sy cita2 nak study kat jepun,tapi tak bijak sangat tak dapat offer. haha.
    tapi masih ada impian nak ke jepun lagi,teruja dengan cara hidup dan pemikiran diorang.
    mahal sangat tu RM 17 air mineral,kena bawak banyak duit la camtu. hmm.

    • Hehehe..takpe lah kat malaysia pun U bagus2…kira berjaya juga lah tu…
      Memang ye jepun ni kuat bekerja,,tapi ada yg ok ada tak,, penah jumpa gak yang otak semput hahaha…

      Banyak2 tempat akak pegi..jepun paling mahal akak rasa huhu

  • Seronoknya kak!!..jeles… teringin nak pergi Jepun.. Masa duduk sana dulu dari baby sampai 3 tahun je..tak ingat apa… setakat tengok gambar aje… Harus kumpul duit ni semoga dapat berjalan ke sana satu hari nanti.. hehe

    • Assalam & morning sis..ooo ye ke family sis duduk sana dulu ya..InsyaAllah sampai hajat sis juga nanti tu..lagipun sekarang ni package tour murah2 tak macam dulu πŸ™‚

  • Salam, syarikat saya menyediakan pakei moslem halal tour untuk mana-mana lokasi di Negara Jepun dengan harga yang berpatutan dan anda akan dihidangkan dengan makanan jepun yang halal dan ruang tempat untuk solat pada setiap kali selepas makan. Syarikat kami adalah syarikat muslimah bumiputera dan telah terkenal di negara jepun melalui media massa dan elektronik melalui konsep ‘moslem halal tour’ yg kami perkenalkan. Boleh email pada amysensei_tour@yahoo.com untuk bertanyakan quotation dan maklumat lanjut atau sila ke page FB “Moslem Halal Tour in Japan”

  • Jepun memang tempat yang saya idam-idamkan untuk dilawati. Apa yang menariknya bagi saya tentang Jepun bukan bangunan atau tempat sejarahnya tetapi orangnya dan aktiviti mereka. Banyak cerita menarik tentang orangnya yang menjadikan saya ingin ke sana. Insya Allah, semoga tercapai hasratnya.

    • Memang betul..cara diaorang thinking dan bekerja tu kita patut ikut..budaya diaorang ni semua hal kena teratur n cepat…

      akak doakan..InsyaAllah akan tercapai hasrat Arrazi nanti tu..

  • mak aih jadi makanan harian dorang..macam la budak-budak malaysia malaysia yang study kat sana.mesti payah.anyway..besnya lawat universal studio ..

    • Budak2 student sana..yg dekat dengan ambassador mungkin senang kot nak dapat makanan halal..lagipun saya 1st time pegi sana so, tak tahu kat mana nak cari.

  • betul tu.. orang jepun ni anggap ribut taufan ke.. gempar bumi ke sebagai satu perkara yg biasa ajek.. ia berlaku hampir hari hari terutamanya gempa bumi tu.. derang dah tak heran sangat dah.. dah lali…huhuhu

    • Tulah sha..masa tu kat sini punya kecoh…sampai sana diaorg macam takde apa2 masalah ..relax je..saya nyaris cancel flight dah..masa nk sampai.. atas flight pun petir menyambar2..seram betul huhu

    • Memang susah nak communicate dengan diaorang ni, macam ayam ngan itik..tapi fun, sebenarnya tak lah susah mana cuma kita kena pandai cuba memahami sikit2.

  • Maha Suci Allah. Wahhh!! Seronoknya dapat melancong ke negara mata sepet .. muka cun .. negara berteknologi.

    Teringin juga ke sana. Mungkin 3 tahun dari sekarang.

    Sedang meneliti dan merancang pelancongan untuk tambah ilmu di seluruh negara.

    • Aminn…

      InsyaAllah tercapai hendaknya hajat Tuan Asyrof Asri.

      Saya rasa Tuan Asyrof Asri masa muda lagi ni dan dengan izin Allah swt mempunyai masa yang panjang untuk mendalami ilmu.

      Hajat saya satu tempat yg saya memang nak sangat pegi untuk tunaikan Haji & Umrah..doa2 kan ya.

  • Berapa total kos yg akak belanja masa kat sana ? Saya nk pergi bulan oktober nanti so agak agak berapa ye ? mksud saya pembelanjaan semasa berada disana ?

    • Akak pegi 5 hari bawak 5k habis, nak kata shopping sangat tak juga banyak guna beli souviner, teksi dan makan – akak duduk kt Kobe Portopia Hotel agak jauh sikit dari bandar teksi mahal dalam 10000yen RM350 duit Msia. Skrg currency yen jatuh sikit dah.

  • salam, kak. Seronoknyer dgr dpt gi. Alhamdulillah akak dh smpi…tahniah!! Saya, in sha Allah gi bln 6 ni, time summer..nk tgk culture diaorang + nk survey tmpt study skali…niat nk smbg study kat sana…kata sensei (cikgu) saya, dkt osaka makanan yg famous ‘okonomiyaki’ & ‘tako yaki’…yg ni blh mkn kot sbb ‘niku ga arimasen’ (xde dgg)…naik train more convenience if pakai unlimited daily pass….akak ada tips2x lain lg x, share lah lg…thanks kak wat blog ni, leh share knowledge… =D…

  • assalam, saya baru balik dari jepun kerana menantu gred di toyohashi. mula sampai menginap di Kuruni Mansion hotel, tokyo. menantu dah siap sewa van HIACE sebab kami semua 9 orang. setiap seorang kami bayar rm2500 supaya tampung van seminggu, 2 hotel (3 malam), 2 hari makan, . 2 hari yang lain makan pakai duit sendiri, 2 hari lagi masak kat rumah pelajar. jadi, dari malaysia kita bawa makanan segera seperti mee maggi, serunding, sambal ikan bilis, tuna, dan minuman 3 in 1. jimat sikit. bawa beras 2 put sendiri.

    itupun dalam jalan-jalan berhenti minum kat starbuck, siapa ada duit banyak singgah je. jika nak shopping kat akiabara (banyak anime), odaiba boleh tengok giant robot gundam, daiso (barang semua RM3 dan berkualiti) di tokyo. Namba walk di Osaka, cenderahati menarik dijual sepanjang jalan sebuah temple terkenal di Kyoto. kalau nak shopping kena bawa 90,000 yen baru ok. saya bawa 40k yen je, jadi beli benda kecil je untuk adik beradik.

    setiap perjalanan kami singgah masjid Osaka, Kyoto, Kobe dan Tohohasyi (asalnya sebuah workshop). Kalau boleh bawa anak-anak lihat budaya jepun – bersih, disiplin, mesra alam, waktu siang pendek subuh 3.30pg, zohor 2, maghrib kul 5, . kami buat jamak solat, time solat ni kena jaga. jika tidak, sakan shopping tersasar :). suhu tak sama di semua tempat, kat osaka nak naik flight 23 hb mac suhu 5 , sejukkk! sekian sedikit maklumat untuk sesiapa yang nak pergi.

  • SALAM….nak tanya….kalo pi osaka selamat tak?takut ada lagi radiasi nuklear (meletup tahun 2011)…selamat dari segi udara dan air di sana??…TVQM

    • Wasalam….

      Wallahualam Yb Ali..saya pun tak pasti..masa saya pergi bencana alam ribut taufan kecoh kat malaysia..tapi sampai sana macam takde apa2 jadi..

  • salam nak tanya pasal procedure visa and document or ape2 form yang nak kene fill up..

    dan berapa roughly kos kesana?

    • Wasalam

      procedure untuk buat visa kalau u pegi thru agent biasanya diaorang buatkan..macam saya pegi sendiri, u kena pegi japan embassy fill up form, bawak passport – bank statement, credit card, gambar utk visa (standby photostate semua) sbb dia akan mintak, ada interview sekejap embassy akan tanya untuk apa u pegi sana, stay mana & etc.

      Kos tu terpulang u lah..macam saya hari tu saya bwk 5K. Currency yen skrg trun dah so untunglah

  • boleh bwk megi dr sini ke?? sy akn ke sana bln dpan atas urusan keje utk 5-6 hari..kalo boleh ingat nk pack siap2 skali megi tu nnt..;-)

  • Info yg bermanafaat utk saya.InsyaAllah akan kesana bersama keluarga pada mac, krn dpt tiket free.Kami 8 orang semuanya.Nak dapat penginapan murah macamana ye?kami ke sana selama 5 hari.

    • Terima kasih..Saya ke osaka sekali aje..selalunya kalau ke luar negara saya tempah room di booking.com kat situ byk pilihan dan harga murah ke mahal & jarak lokasi tmpt yg kita nak lawati. Anyway enjoy ur family holiday ya

  • Salam..

    Nak tnya.. dari Kansai Airport nak ke Osaka naik train apa ye? Sy pegi bulan mac nnt.. tgh cari2 info.. tq

    • Wasalam…

      Allah dik..masa akak pegi akak memang ada driver pick up dari transport. Akak tak pasti kat mana nak ambil train..cuma akak boleh bg info dari airport ke osaka agak jauh dan cost cab kat sana gila punya mahal..sbb ms balik akak kena 700 hinggit duit RM.

  • Salam. Saya nak tanya, Mei ni saya dan kwn2 nak backpack ke Osaka. Tapi kami masih taktau nak stay mana & what to do sebab emergency plan sebenarnya ni. Huhu. Boleh tak saya dapatkan contact rakyat/pelajar Malaysia di sana?

    Nanti touch down dekat Airport Kansai.
    Terima kasih πŸ™‚

    • Wasalam….

      Maaf sis saya kesana atas urusan kerja, itu pun segala kemudahan transport dari airport dah disediakan utk kami. Dari hotel je saya menggunakn cab kemana-mana. Cuba search internet mungkin ada student malaysia kat Osaka yg buat part time servis utk pelancong malaysia.

  • sy planning nk g winter next year..tgh bz tgk travelog org yg nk ke jepun ni..planning nk g osaka n tokyo.. bole sis suggest kn mn yg best x?maybe backpacker je ke sn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest