Pengalaman Bercuti Di Jakarta Indonesia

Jakarta Indonesia

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bercuti di Jakarta Indonesia. Saya kerap kesana, dalam setahun tiga ke empat kali juga. Sampaikan dah hafal nama-nama jalan dan tempat-tempat menarik di Jakarta.

Selalunya saya pergi dengan adik perempuan saya untuk membeli kain ela atau menempah baju pengantin untuk perniagaan keluarga saya.

Memang murah dan cantik-cantik kain ela di Jakarta. Orang Indonesia memang pakar dalam membuat baju pengantin. Hasil kerja tangan dia orang cukup kemas.

Kadang-kadang tu, saja pergi berjalan bersama keluarga, kawan-kawan atau melawat kenalan yang ada di Jakarta.

Millennium Sirih Jakarta

Millennium Sirih Jakarta

Hotel Dan Lokasi Di Jakarta

Jakarta adalah pusat bandar yang terbesar dan sentiasa sesak, tidak banyak beza dari Kuala Lumpur. Ramai yang suka ke Jakarta untuk membeli belah dan ada juga membeli barang untuk meniaga.

Ianya terlalu besar, ada Jakarta Selatan, Jakarta Timur, dan Jakarta Barat. Saya nasihat pastikan anda memilih hotel yang berdekatan dengan tempat yang anda ingin lawati, mungkin lokasi hotel dan tempat yang ingin anda lawati jadi jauh.

Seeloknya sediakan travel ittenary supaya mudah untuk anda rancang destinasi dan tidak buang masa.

Tempat-tempat Menarik Di Jakarta

  • Monumen Nasional atau MONAS
  • Taman Mini Indonesia Indah
  • Taman Tema Dunia Fantasi Ancol
  • Masjid ISTIQLAL
  • Monumen Pahlawan Revolusi di Lubang Buaya
  • Taman Safari.
  • Tanah Abang
  • Mangga Dua,
  • Block M

Memang tidak dinafikan boleh rambang mata sebab semua benda nak beli kerana terlalu murah. Pertama kali ke Jakarta ย saya pun macam tu juga. Nasihat saya kepada yang baru pertama kali pergi sana janganlah bawa barang banyak-banyak, silap hari bulan terpaksa tambah luggage.

Kepada yang suka beli branded item, saya tak suggest beli di Jakarta. Dia orang pun beli kat Malaysia lagi murah dari sana sebab dia orang lebih utamakan barangan buatan sendiri.

Tax barangan import dia orang tinggi dari kita sebab caj dalam USD, jadi kiralah sendiri ya ๐Ÿ™‚

Pada saya bercuti ke Jakarta Indonesia tidak sesuaiย untuk keluarga yang mempunyai anak kecil. Keadaan disana yang terlalu sesak, dalam bahasa diaorang dipanggil “Macet”.

Keadaan yang terlalu sesak boleh membuatkan anda berasa tidak selesa.

Pengangkutan Awam Di Jakarta

Dari segi transport memang mudah, keluar sahaja dari hotel mesti ada teksi. Saya puji public transport dia orang terutama teksi kerana memang selesa.

Boleh dikatakan semua teksi menggunakan kereta import samaada Honda, Hyundai, Toyota, Mercedez, dan BMW pun ada.

Tetapi berhati-hati juga memilih teksi samaada dari Airport ataupun kemana-mana. Pastikan anda memilih teksi yang ada logoย Bluebird sahaja, ini antara teksi yang mengikut syarat-syarat menggunakan meter.

Bukan nak promote, tapi kalau anda ada kenalan disana mereka juga akan katakan yang sama sebab selain dari syarikat teksi yang saya nyatakan, semuanya cekik darah dan letak harga sesuka hati bila tahu kita pelancong.

Sistem bas dia orang juga bagus, sepanjang jalan ada lorong bus tertutup dari station ke station yang lain macam LRT. Hanya bus sahaja boleh masuk, jadi jalan tak sesak…bijakkan. Sepatutnya Malaysia dah lama kena buat macam tu.

Anda boleh juga mencuba naik “Bajaj”, motor roda tiga yang tayar kecik tu. Lagi cepat sampai ke tempat yang kita nak tuju sebab dia orang ni pandai cari jalan shortcut dan elakkan dari jam tapi terhenjut-henjutlah.

Pernah sekali tu saya sampai terpaksa telan panadol sebab pening dan rasa nak muntah hahaha…but fun..saya suka ๐Ÿ™‚

Tempat Makan Di Jakarta

Dari segi makanan memang senang dan banyak restoran halal. Cuma anda kena berhati-hati jangan makan sebarangan tempat sebab tidak tahu status halal dan tahap kebersihannya.

Pastikan anda makan di restoran yang betul dan bersih.

Saya sendiri pun hanya akan makan di tempat-tempat terpilih sahaja seperti Natrabu Restoran Minang, Restoran Ayam penyet di Jalan H. Agus Salim, Sari Ratu Block M atau dihotel.

Keadaan Di Jakarta

Alhamdulillah, beberapa kali saya kesana tiada menghadapi masalah. Mereka ramah dan mesra tidak seperti yang kita baca di akhbar tentang krisis antara Malaysia dan Indonesia. Mungkin ada segelintir tetapi tidak semua ๐Ÿ™‚

Sepanjang jalan memang ramai orang menjual barang dan meminta sedekah. Setiap kali berhenti di traffic light mesti ada yang ketuk tingkap. Kebanyakkan kanak-kanak dia orang dukung baby.

Saya tahu orang Malaysia ramai yang murah hati.

Memang kesian bila tengok situasi sebegitu, tapi tabahkan hati sebab sekali kita bagi sedekah lepas tu berduyun-duyun datang yang lain ketuk tingkat kereta.

Tak percaya cubalah, tak larat nak layan nanti…

Saya pasti akhir tahun ni mesti ramai yang menempah tiket kapal terbang untuk bercuti kesanakan. Jangan lupa singgah tempat-tempat yang saya tuliskan tu ya…

Memang rugi kalau tak singgah hehe. Selamat bercuti… ๐Ÿ™‚

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business โ€“ Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

55 CommentsLeave a comment

  • Istri saya orang jakarta sahabat Okma..tepatnya jakarta timur…
    Sudah lumayan hafal juga mengenai Jakarta.
    Cuti akhir tahun ini memang banyak yang adakan pelancongan untuk mengisi cuti.
    Selamat cuti sahabat semuanya

    • Ooo ya…Mas Ferry Irwan kini tinggalnya dimana Jakarta atau semarang Indonesia…ya biasanya gitu ramai orang Malaysia suka kesana shopping dan jalan2 ๐Ÿ™‚

  • Tringin sgt kesana tp masih tiada kesempatan,,,
    Tq for the info…
    Akn ku smpai jua di tmpat2 yg tertera diatas,,,
    In sya Allah…

  • Masih di Dubai,,, he he
    Info pasal Bali dulupun byk membantu,,,
    Just Bali x kena dgn jiwa I jer,,, hu hu
    Jakarta & Thailand dlm perancangan,,,
    In sya Allah…
    Suka sgt dgn apa yg u buat ni…
    Kepit up girl & tq…

    • Kalau bali tak kena ngan jiwa, jakarta pun sama kot hehe..try Bandung peace n nice juga..
      Sukake tq tq..saja isi masa lapang je ๐Ÿ˜‰

  • kawan saya pergi Jakarta asyik kena kencing dengan driver teksi je, balik hotel tanya pelayan katanya dah kena tipu ttg tambang. Serik dia nak pergi katanya. Haha, tapi kain sulam sana cantik-cantik kan.

    • Mula2 pegi saya camtu gak…ikut panduan yg saya tulis tu kalau ke sana naik teksi logo bluebird jgn naik sebarangan memang terkenalah nanti..yup kain memang cantik2 butik and designer di Malaysia yg jual ribu2 tu semua beli kat sana murah jual kat msia 10x ganda huhu

  • wah, best yer berjalan di sana. Ini antara tempat yang menjadi tempat idaman untuk dilawati pada suatu hari nanti. Terima kasih panduan yang diberikan. Cukup bermanfaat.

    • Akak ni suka berjalan Arrazi…tu pun kalau ada rezeki lebih lah…memang akak tulis entri ni supaya boleh dijadikan panduan sebab banyak yang tak tahu dan terkena ๐Ÿ™‚

    • Terima kasih…saya tulis pun sebab ramai rakan-rakan saya terkena..so, just sharing sikit mana yang boleh dijadikan panduan ๐Ÿ™‚
      InsyaAllah sampailah u nanti tu..tak jauh mana pun, flight skrg pun dah murah..

  • Baru tahu nama motor roda tiga tu apa. Selama ni saya panggil motor roda tiga sahaja.

    Tertarik dengan haluan untuk bas sahaja. Jika di negara kita mempunyai lorong khas yang sama, besar kemungkinan boleh meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan memberi keselesaan kepada lebih ramai pengguna.

    Keadaan sekarang yang sesak kadang-kadang mengganggu perjalanan bas dan kenderaan awam yang lain hingga mengubah waktu perjalanan (trip).

    • Hehe…saya pun bila pegi sana baru tahu Bajaj tu…negara kita ada laluan bas tapi secara terbuka dan selalunya disalah gunakan oleh kendaraan lain jadi cara tu tak efektif dan agak bahaya.berbeza dengan jakarta..penumpang bas pun selamat, mudah dan cepat…:)

  • Aya baru jak balik honeymoon dari Jakarta dan Bandung.. barang-barang memang murah . tambahan lagi mata wang rupiah rendah dari wang ringgit.. so kelebihan ada untuk kita.. bandar yang sangat busy tp sayangnya bandarnya agak kotor.. HUhu..

    • Heheh..memang murah..jadi jutawan jap kan pegang duit juta2 rupiah ๐Ÿ˜€ memang agak kotor tapi ada kawasan2 juga dan terlalu ramai org…paling worst trafik sentiasa jammed je kan…tapi shopping bestttt hehehe

  • Kadang-kadang tertanya juga..apakah pekerjaan saudari akma ni..melancong sana, melancong sini..jeles i..haha..bila la dapat jejakkan kaki ke tempat mcm ni..huhu

    • Memang best..yup saya suggest kalau ke bandung singgah ke jakarta 1 2 days trip cukup dah. FYI barang kt jakarta lg murah dari bandung sebab bandung pun ambik brg utk dijual dari jakarta ๐Ÿ™‚

    • Wasalam..kalau sis nak borong dua tempat ni popular tanah abang dan Pasar Majestic. Memamg murah2, tanya teksi semua tahu ๐Ÿ™‚ harap membantu ya

  • kalo ade kemusykilan ttg nak jalan2 di jakarta dan bandung, meh leh borak2 dgn jay di page. In sha Allah mana yg boleh jay bagi tambahan tips dan panduan… dan mana yg nak dapatkan kain sulam pun boleh ke ke page jay. Salam ceria dari Jay utk Akma dan semua yer… (jay x mahir nak buat blog, leh ajar kan tak)

  • Salam, nak tanya ada tak nama butik2 yang jahit baju pengantin yg kualitinya memang bagus? coz saya nak pergi jakarta dengan adik saya untuk tempah baju tapi takut tak tahu kedai mana…

    tq!

    • Saya tak tempah specific kedai..main cuba aje…kebanyakkan tukang jahit ada banyak kat majestic dan block M. Kat situ memang tempat open tailor shop.

  • salam kak.akma..
    saya nak tanya. kakak biasa pergi bekasi timur tak. dan tahu berapa tambang untuk public transport??

  • Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

  • Haii sis…sronok bace blog u…nk tanye la..next month sye akn ke jakarta…nk tnye kt mne ye tempat yg sesuai utk borong kain ela bnyk2 n arge memg berbaloi2…prlukn suggestion dr u…

  • Hye dear..hw r u..the first thing ..l nk mohon share ur exprnce trip to Jakarta..coz my 1st trip ni l go alone..l mmg tk tau anythng when l reach there..dear from Jakarta airport ada bus @LRT ke ..yg boleh l amik utk ke pusat Bandar Jakarta? Sbb my hotel l nk stay yg near by airport so senang l nk chek out terus pg airport nk blik KL nti…dan klu l ke pusat bandar Jakarta..lepas jln2 tu l nk balik ke airport dgn bus ada ke ?tq for ur kind dear

    • Hi…boleh sis..dari jakarta airport ada bas tapi i tak pernah naik bas dari airport sbb agak jauh. Jakarta takde sistem LRT macam kita sis..tapi bas, bajai teksi banyak..kos pun tak mahal mana. Sistem bas diaorg bagus & mudah..Cuma bila bila u naik teksi makesure u naik yg ada logo bluebird sahaja sbb yg tu mmg ikut meter yg lain cekik ikut suka diaorg je nak charge tinggi. Jakarta easy for u to jalan2 transport mmg banyak tapi kat sana sentiasa jem..kalau nak ke airport tu sahaja i tak penah naik bus.

  • Hi. Boleh tau tak hotel apa yang dekat dengan tempat yg sis ckp di atas. Saya dah pernah ke bandung. F.O jakarta lg murah ye? Kain pula mcm mana? Jakarta lg murah atau bandung? Sy ke jakarta dulu nt baru ke bandung. Tye awal. Supaya x menyesal beli nanti.

    • Jakarta ni besar sis…ada jakarta selatan, jakarta timur..selalunya org suka duduk di mangga dua..saya kalau kesana saya duduk Neo Hotel dekat dengan Mayestic utk beli kain ela dan tanah abang juga. Novotel hotel juga bagus dekat dengan mall & senang makan. Banyak sebenarnya hotel ikut budget sis dan kebanyakkan hotel sana bersih je.

  • HI,
    sis akma saya bulan nov 2017 ni akan ke jakarta sana,agaknya apa tempat yang paling sesuai saya nak menginap bagi memudahkan saya senang nak kemana2 dan tak jauh,sebab ada bawak anak berusia 3thun.saya pergi kesana dalam 8 hari.takut juga sbb ini pertama kali pergi kesana,takut jugak kena tipu kat sana.macam kawasan tu bagi say penting sikit utk saya tahu bagi memudahkan pegerakkan saya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest