Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Titian Kasih

anak yatim rumah titian kasih titiwangsa
Anak-Anak Yatim Rumah Titian Kasih, Titiwangsa.

Salam Ramadhan… Alhamdulillah tahun ini adalah tahun kedua Ombak Creatives menyambut Ramadhan bersama anak-anak yatim. Kali ini berbuka puasa bersama anak-anak yatim rumah Titian Kasih Titiwangsa di Casa Ombak, lokasi kami sendiri berkonsepkan Kampung Buffet Ramadhan, memang best dan sangat meriah bila berbuka puasa dengan anak-anak yatim ni disamping tu dimeriahkan lagi dengan kehadiran kesemua adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan, dan juga pelanggan kami.

keluarga dan anak yatim rumah titian kasih

Bergambar Bersama Keluarga Dan Anak-Anak Yatim Rumah Titian Kasih, Titiwangsa.

Tetapi dalam meriah tu ada juga sedihnya dan hiba bila melihat wajah anak-anak yatim ni, ketika sampai saja di pintu gate Casa Ombak tersenyum sahaja wajah anak-anak ni  memberi salam… Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa hibanya hati saya. Saya tahan sahaja airmata dari mengalir bila bersalaman dengan anak-anak kecil ni, umur diaorang yang paling kecil 4 tahun hingga 15 tahun adalah dalam 20 orang yang hadir.

Bayangkan dalam usia yang masih muda dan tidak tahu apa-apa kehilangan kasih sayang dari mak dan ayah. Saya rasa kalau korang ada masa tu mesti tak tahan tengok wajah diaorang yang cute sangat. Ketika nak berbuka tertib dan sabar sangat diaorang menunggu. Jujur saya katakan rasa tenang sangat berbual dan berbuka dengan diaorang, dalam usia yang begitu apalah yang boleh diaorang fikir kan…hmmmm

Saya pun anak yatim piatu juga cuma bezanya saya kehilangan bapa masa kecil dan ibu pula meninggal 2 tahun lepas. Tetapi perasaan kehilangan tu tetap terasa sangat sehingga kehari ini nak-nak lagi bulan puasa ni dan tak lama lagi nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Memang tak boleh digambarkan perasaan tu 🙁

Sedikit Info Rumah Titian Kasih

Kepada yang berhasrat untuk menderma kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini bolehlah rujuk alamat dibawah atau layari blog Rumah Titian kasih

Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
RTK No.15 Jalan Persiaran Titiwangsa,
Taman Tasik Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur.

anak yatim rumah titian kasih titiwangsa

Anak-Anak Yatim Rumah Titian Kasih, Titiwangsa.

Bersyukurlah pada yang masih ada ibubapa lagi didunia ni, janganlah lupakan ibubapa kita walau sesibuk manapun kita. Memang tiada gantinya bila mereka dah tiada. Kepada Arwah Mak dah Ayah saya hanya dapat sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang solehah amin.

Kami di Ombak Creatives Solution dan  juga ahli keluarga kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang menghulurkan derma dan duit raya untuk anak-anak yatim Titian Kasih, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Semoga amal kebaikkan kita diterima olehnya.

Salam Ramadhan Al Mubarak.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest