Apa yang kita faham definisi bekerja makan gaji atau kerja sendiri.
Kerja makan gaji tentunya bekerja dengan sesebuah syarikat samaada sektor swasta atau kerajaan. Kerja lapan jam sehari, paling kuat kerja lebih masa berbayar dan mengikut pengkhususan kerja yang ditetapkan. Setiap bulan gaji kita tetap.
Kerja sendiri pula lebih kepada berniaga dengan modal sendiri, maksudnya kitalah bos dan kitalah kuli. Sendiri kerja, sendiri bayar gaji.
Bila bisnes sendiri kadang-kadang boleh untung banyak, boleh untung sedikit dan boleh tiada untung langsung. Itulah cabarannya kepada mereka yang digelar usahawan.
Bekerja Makan Gaji
Ada yang menyatakan makan gaji tidak boleh kaya. Salah tu, ada yang mampu hidup mewah dengan hanya makan gaji. Cuma bezanya kita bekerja dibawah orang dan menerima arahan.
Dalam bab makan gaji ini, saya tidak bersetuju bila ada yang beranggapan jangan memilih kerja. Pada saya anda harus memilih kerja mengikut kapabiliti, kelulusan bidang yang kita pelajari, kemahiran yang kita ada dan minat. Ianya penting untuk membina kerjaya.
Bukan dengan main redah sahaja, akibatnya nanti tidak akan bertahan lama sekiranya sesebuah pekerjaan itu kita tidak sesuai atau tidak minat.
Kita kena gembira dengan pekerjaan kita. Melainkan tiada pilihan langsung. Saya rasa di Malaysia ni peluang pekerjaan sangat banyak.
Apa-apa pekerjaan pun mesti ada tekanan dan masalah. Cuma kita kena harus sentiasa sabar, sentiasa terbuka minda, jangan ikut perasaan, buat kerja seperti biasa dan bekerja dengan lebih baik lagi.
Pada yang sudah berkeluarga fikirkan satu sahaja, anda mencari rezeki yang halal untuk menyara dan memberi nafkah kepada keluarga anda.

Kerja Sendiri
Untuk menjadi usahawan berjaya, bukan sahaja sekadar minat tetapi kena mempunyai kekuatan mental.
Disamping itu kena kaji kemampuan kita, sanggup tanggung risiko, kaji pesaing kita, kena ada pelan peniagaan yang betul dan berusaha dengan gigih. Sentiasa belajar tip-tip usahawan sekiranya ingin berjaya dan mampu menahan godaan duniawi.
Ramai yang saya lihat mempunyai minat berniaga. Saya puji sangat, tetapi bukan semua orang berjaya sebagai peniaga, berkemahiran dan berjaya. Kenapa ada yang berjaya dan kenapa ada yang kecundang.
Minta maaf saya katakan, ianya banyak terjadi dikalangan orang kita sendiri. Mereka tidak membuat pelan peniagaan yang baik, lupa diri, bersaing secara tidak sihat, sering dengki sesama sendiri dan macam-macam lagi contoh yang tidak baik.
Ada juga apabila sudah berjaya sedikit; mereka mula lupa diri, tukar kereta mewah, rumah mewah, handphone mewah dan cara hidup semua mewah kemudian perniagaan terabai.
Dikalangan remaja juga ramai yang mula berminat menjadi usahawan muda. Itu satu permulaan yang baik.
Sekarang banyak peluang disediakan untuk menjadi usahawan kecil di Malaysia. Pada yang berminat berniaga pelajari dahulu tip-tip usahawan dengan lebih mendalam supaya ianya menjadi mudah untuk anda apabila mengendalikan sesebuah perniagaan.

Berniaga bukan sesuatu yang mudah. Menuntut kita memberikan komitmen yang tinggi, motivasi, masa yang lebih, kerja keras, kena rajin, berani, sabar, tanggung risiko untung rugi dan macam-macam lagi cabaran yang kita kena hadapi.
Saya percaya semua usahawan tahu betapa peritnya untuk memastikan satu-satu perniagaan itu berjaya dan stabil. Nampak senang tapi cabarannya sungguh besar. Itulah gunanya kesabaran, kalau kita tidak sabar memang tidak boleh bertahan lama dalam bidang perniagaan ni.
Banyak perbezaan antara berkerja makan gaji vs kerja sendiri ni. Tetapi tujuannya tetap satu iaitu berkerja untuk mencari nafkah dan menyara keluarga. Kalau tidak bekerja, bagaimana mahu menyara keluarga; makan, minum dan pakai. Betulkan…
“Ada Kerja Ada Gaji, Takde Kerja Takde Gaji”
Yang paling penting carilah nafkah secara halal… InsyaAllah akan sentiasa berkat.








{ 60 comments… read them below or add one }
Yang penting sesuatu kerja yang kita lakukan itu mestilah ikhlas dan kita gembira bila kita melakukannya. Tak kira la makan gaji ke kerja sendiri. Sebab dari kegembiraan itulah datangnya kepuasan dan bila hati puas penghasilan sesuatu perkara itu menjadi maksimum.
Lynn recently posted…Mee Rebus Johor ini aku yang punya
Betul…. apapun yang kita kerjakan dengan niat ikhlas, pastilah akan berkah dan bernilai ibadah

Bang Iwan recently posted…Microsoft Siapkan Windows 9
InsyaAllah..sentiasa juga ingat rezeki yang dtg daripada siapa..maka akan berkat dan sentiasa dipermudahkan segala usaha.
Betul kata Lynn ikhlas dalam melakukan apapun..rezeki ada dimana2 cuma bagaimana kita nak dapatkannya sahaja. Kerja atau perniagaan atas usaha sendiri kepuasannya tak terhingga walaupun nilainya sedikit.
contoh usahawanita berjaya ialah kak Akma Omar
hehe
azrijohan recently posted…MYHEPPI SOSIAL NETWORK ORANG ISLAM?
Ishhhh belum lagi Azri, masih jauh lagi..hehe
Sejujurnya, teringin nak baca post dan lihat gambar-gambar bisnes yang dijalankan kak Akma.
Asyrof Asri recently posted…Azam 2013 – Perkara Penting Yang Wajib Ambil Tindakan
Ada hal-hal kerja atau personal saya kurang gemar berkongsi. Sebabnya blogging ni lebih kepada perkongsian yang umum dan tak sesuai untuk perniagaan yang saya jalankan.
Saya ada cerita satu artikel tentang bidang niaga yg saya ceburi ada didalam blog ini
kena geladah ini hehe
onlajer recently posted…Hansel & Gretel – Review
Hahaha..bisnes kecik je bukan besar pun..
wah ada ke? kena carik balik ni.. huhu korek korek :p
azrijohan recently posted…Blogger Paling Muda di Majlis #SBB2013
Apa pun pilihan anda kekal dgn pilihan tersebut. Rezeki ada di mana mana – makan gaji atau tidak yg penting anda usaha
p/s – comluv premium testing purpose
Neu recently posted…Nokia Note Concept Phone
I rasa kekal begitu sbb tu kerjaya yg i pilih. Usaha sebaik yg mungkin..InsyaAllah
Testing dah..thanks hehe
“Mereka tidak membuat pelan peniagaan yang baik, lupa diri, bersaing secara tidak sihat, sering dengki sesama sendiri dan macam-macam lagi contoh yang tidak baik.
Ada juga apabila sudah berjaya sedikit; mereka mula lupa diri, tukar kereta mewah, rumah mewah, handphone mewah dan cara hidup semua mewah kemudian perniagaan terabai.”
kwn setuju dgn point atas ni utk yg bekerja sendiri.. tayah kata org lain org2 yg terdekat dgn kwn ni pon ramai je yg cenggini.. sikit hari lagi mmg terpaksa ckp jugak dgn diorang ni bg sedar sikit.. heh
fariq recently posted…Maradona Impikan Diego Fernando Bermain Bersama Messi Dan Aguero
Terima kasih…
Adat manusia ada macam2 ragam…kena sabar melayannya hehehe
mereka yang makan gaji janji boss baik, kawan ok, persekitaran kerja yang sihat baru ler boleh maju…..
makan gaji lak mesti jangan ada rasa hasad dengki dan ingin majukan perniagaan, jangan berlagak macam orang kaya semuanya nak besar…
Betul tu Sukma..hakikatnya kita semua makan gaji..hasad dengki tak kemana tetapi kita manusia ada bermacam ragam..cara terbaik lihat kelemahan diri sendiri dulu
Saya sekarang masih bekerja makan gaji. Sbegai konsekwensinya harus patuh pada aturan yang ada.



Bang Iwan recently posted…Vania Larissa, Miss Indonesia 2013
Alhamdulillah… makan gaji atau kerja sendiri tetap harus patuh aturannya juga…konsepnya tetap sama kan..kerjaya bang iwan sangat tinggi dlm mendidik.
Namun demikian tetap membuat cadangan untuk bisa bekerja sendiri sehingga terlepas dari aturan yang mengikat.
Bang Iwan recently posted…Microsoft Siapkan Windows 9
Moga apa yg bang iwan impikan akan tercapai Insyaallah..
Kalau diberi pilihan dan ada sumber kewangan yg kukuh, semestinya sy pilih kerja sendiri…
MK Kimi recently posted…Wordless Wednesday #6 – Ahli Baru LAB
Memang btul antara faktor penting adalah modal atau simpanan..pinjaman kewangan sebagai satu backup tambahan..kalau dah minat pandai2 lah usahakan betulkan
lagi satu saya rasa buat lah ape pun kerja yang halal dan paling penting yang kita suka buat. sebab kita nak bekerja bukan setahun dua, lamaa. jadi konsisten itu penting! dan konsisten itu datang jika kita terus menerus melakukan sesuatu kerja tanpa kenal erti jemu. sharing yang bagus ni kak! i like!

khairul asrol recently posted…Wordless Wednesday : 10 Blogger Terbaik Malaysia
Thank you like ya hehe
Ya apa pun bidang yg kita buat kena konsisten kalau nak bertahan lama. Konsisten bukan maksud duk tahap tu sahaja mencuba tu perlu dan kena berani. Tak cuba tak tahu kan
tak tahula saya ni ade bakat tak nak berniaga..minat tu ade jugak..
afif recently posted…Bina Backlink Di Laman Forum Dan Keberkesanannya
Berniaga tak perlu bakat yg besar dik tapi kena ada minat dan asas tu kena belajar supaya sekurang2 nya kita tak zero knowledge.. InsyaAllah boleh tu
Realiti kerja sendiri lebih mencabar kerana semuanya dibuat sendiri… tetapi itu semua adalah investment.
more you give..more you get back…
kerja sendiri perlu lebih cekap dalam pengurusan masa. jika tidak lebih sibuk dari makan gaji.
lebihnya kerja sendiri, tiada birokrasi yang menyekat kreativiti…
setuju dengan ayat cik puan AO, apa2 pun cari yang halal dan berkat.
Yup betul kerja sendiri tak mudah memerlukan komitmen yang tinggi,
strong mentality dan berani. Peritnya nak mulakan perniagaan Allah swt sahaja yg tahu
Makan gaji kalau kena cara dan pandai rebut peluang tak mustahil boleh berjaya dan naik tinggi. Tp kesabaran perlu ada..InsyaAllah boleh berjaya juga.
Makan gaji memang best.. tak penat pk masalah2 company.
aku keja masuk on d dot balik pun on d dot. Kerja sendiri
kena pk banyak perkara tetapi hati senang kerana tercapai
segala hajat memiliki perniagaan sendiri… Jatuh bangun itu
sudah pasti.. Cabaran harus sambut.. baru besttt
masa time maan gaji ada juga ambil MC + AL
untuk urusan2 peribadi + sakit. Sekarang ada
busines sendiri baru tau rasanya staff cuti kurang
pekerja.. kih3.. amik kau…
nurmisnan recently posted…Cerita nasi katok Brunei
Nur Misnan u pun salah seorang Entrepreneur yg berjaya rasanya
i pun penah makan gaji..memang tak kena ngan jiwa kerja dengan orang. Tapi bila buat sendiri baru rasa bebannya jadi pegusaha. Macam2 karenah pekerja, bisnes, untung dan rugi..sakit kepala juga but thats what i choose so, kena kuatkan diri betullan you hehee
ramai yang berminat untuk bekerja sendiri rasanya. namun kekangan-kekangan tertentu menjadi alasan yang mencantas cita-cita mereka untuk menjadi usahawan. diantaranya kekangan modal, kurang ilmu, tidak mendapat sokongan keluarga, tak berani mencuba dan sebagainya. namun itu semua cumalah alasan. kalau ada keinginan yang kuat pasti ada jalan untuk melaksanakannya
Saya tak nafikan modal antara faktor utama. Ada yg mempunyai expertise tetapi tiada bantuan kewangan dan ada yang mempunyai kewangan tetapi tiada minat…apa yg boleh saya sarankan dapatkan rakan kongsi yg mungkin boleh membantu dari segi modal dan perkongsian tu biar adil dan sama rata dengan kerja keras yg dilakukan.
Kita sebagai rakan kongsi yg tidak mengeluarkan modal harus menggunakan kemahiran yg ada sebaik2nya utk menjayakan sebuah peniagaan..sma2 naik maka ianya akan kelihatan adil. Usaha dan belajar
erm..
sye keje mkn gji tp pd mse yg sme sdg mencari side income dr tenet yg bersesuain dgn sye dan slh satunye dr blog..
hihi
Katak Comel recently posted…TOP 10 ARTIS WANITA BERTUDUNG TERCANTIK DI MALAYSIA
gua suka kerja sendiri. leh tidur bila-bila masa kalau nak. haha..
titan recently posted…Komisen Ketiga dari KOMLI
Ko kaya dah..tgh tido pun dpt cheque je hari2..bak mai sikit hoho
cakap orang. Belanja gua cendol dulu.
titan recently posted…Komisen Ketiga dari KOMLI
Hohoho…sampai lubang cacing ko tuntut kan hampeh hahaa
sangat mengimpikan saat2 ada company sendiri, buat apa yg kita suka.. cuma cabaran di peringkat awal tu plg susah nk lps. kalo dah lepas, insyaAllah terus mara dan berjaya
Faris Al-Muhandisu recently posted…3 Tips Ringkas Mencari Motivasi yang Hilang
InsyaAllah saya doakan semoga maju jaya hendaknya…peritnya masa nak mula, dugaan Allah swt sahaja yang tahu..once kita start bisnes memang susah kita nak patah balik..tak percaya cuba concentrate mesti u akan rasa nikmat pahit manisnya
Jika tanya pada saya. Saya lebih memilih kepada kerja sendiri. Kerana dari situ kita juga dapat menjalankan fardu kifayah. Dan ingat Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan”.(Riwayat Tarmizi)
9/10 rezeki ini bukan sahaja dari segi kewangan tetapi dari segi kesihatan, silaturrahim, saham untuk akhirat kerana kita kan berbakti, pengalaman banyak. Rezeki kan luas
Selain itu juga, bekerja sendiri ini kita dapat tahu dan faham dengan jelas dari mana duit kita masuk dan keluar. Tiada unsur-unsur ragu-ragu dan syubhah.
Pernah Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang menjaga perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhah, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
InshaAllah semoga Allah redha. Yang penting semuanya bermula daripada niat dan cara yang dibenarkan oleh islam.
ProfHariz recently posted…Belajar Menjadi Pemimpin Yang Baik dan Profesional
Baguslah kalau ada minat berniaga. hasil dari meniaga ni bila kita berusaha bersungguh2 dengan niat yang baik memang memuaskan.
Betul dik rezeki biarlah halal, selari dan mengikut landasan agama kita iaitu Islam. Betul cara kita berniaga maka berkatlah apa yang kita usahakan dan tidak mustahil ianya bertambah jika kita berusaha..semua atas kehendak Allah swt.
nak berjaya dalam perniagaan, semangat juang kena tinggi, kalau tak macam mana nak berperang dalam perniagaan, macam2 proses yang kita kena lalui sebelum berjaya…..kalau setakat nak ikut ikut tak yah lah… betul tak sis akma
Betul kak hehe…akak juga seorang usahawan, tentu akak lebih tahu perit jerihnya berniaga ni..ramai saya tengok suka ikut orang, bila orang berjaya tapi dia tak berjaya cepat putus asa dan mudah down..dalam bisnes kena strong betul kan kak sweetkurma ku tersayang
Kerja mengikut sistem adalah kerja yang terbaik.
Setuju 100%
Terlihat dgn mkn gaji n bisneis kecil2an…kedua2nya mndtgkan kepuasan Dan kebahagian…
Apa kerja sekalipun sendii atau makan gaji, sama-sama dapat duit. Niat di hati memang nak buat bisnes sendiri, tapi modal pula menjadi halangan. Buat masa sekarang hanya makan gaji je.
sensasi2020 recently posted…Review Entri Mesra SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia.
Perlahan2 InsyaAllah boleh tu..saya dulu pun mulakan bisnes dengan duit simpanan sendiri nak buat pinjaman tak berani..bila dah ok baru saya buat pinjaman..byk dana pinjaman ada utk bumiputera cuma kena rajin dan pastikan apa yg kita nk niagakan mampu bertahan utk jangkamasa pjg
ikut pada masing-masing, kalau boleh memang nak kerja sendiri nak ada bisnes sendiri tapi modal dan masa menjadi halangan
hairulafiz recently posted…Program Earth Hour 2013
Sesuatu perniagaan atau kerja ikut kepakaran masing2..tak semua org mampu buat. masa dan minat yg paling penting, modal mungkin kita boleh usahakan
Makan gaji vs kerja sendiri – ibarat hidup bujang vs berkahwin dan berkeluarga sendiri……
Hehe lebih kurang sama..step by step meningkatkan taraf hidup
saya nak kerja bawah org dulu ..timba pengalaman ..kalau dah dapat duit sikit nak jugak usahakan perniagaan kecil2lan ..hehee
kerja kerajaan sambil kerja sediri secara kecil2 an
Imran recently posted…Isu Tok Guru Kata Penerima BR1M Haiwan by Al Imran
Ya boleh jg camtu..cuma kena pandai bahagi masa..;)
Salam. Saya sekarang ni tengah makan gaji dan sambilan kerja sendiri. Orang kata ada dua sumber. Nanti kalau sumber sambilan dah lebih dari kerja makan gaji, boleh lah fokus kerja sambilan tu. Pendapat saya.
Adam Roslan recently posted…Fenomena Ada Apa Dengan Cinta & Filem Tempatan Tahun 2002
Ya betul…byk yg akak tgk mula secara sambilan dulu sambil bekerja utk pastikan bisnes yg kita buat berjalan lancar tapi agak tight sikitlah masa tu kan..kena pandai bahagikan masa
Saya dan isteri memilih untuk bekerja sendiri dari rumah melalui internet. Ini adalah tindakan yang bodoh pada mulanya kerana kami mula buat perniagaan sendiri tanpa ada pendapatan yang stabil.
Jatuh bangun, keperitan dah mengajar kami untuk tidak mudah putus asa. Alhamdulillah sekarang flow dah cantik. Bisnes online dah semakin baik.
Nasihat saya kepada yang belum bermula bisnes. Mula kecil2an dulu. Jangan terus terjun dalam bisnes kalau belum ada pendapatan stabil.
Bekerja makan gaji terikta dengan peraturan majikan,bekerja sendiri lebih bebas dan flexsibel,kalau dah rezeki tak kira makan gaji atau kerja sendiri,kita perlu lakukan kerja tersebut dengan ikhlas .Saya pun teringin untuk bekerja sendiri,tapi kena fokus kumpul bekalan dari segi masa dan wang ringgit untuk kegunaan pada masa akan datang
wazy recently posted…Wordless Wednesday #51