Authentic Thai Street Eats di Streat Thai Jaya One

Siapa peminat makanan Thai mesti ramai kan. Di Malaysia kedai atau makanan Thai memang popular dan melambak ada. Menjadi salah satu menu kegemaran ramai. Kita tahu memang sedap dan unik terutama yang asli dari Thailand.

Minggu lepas saya berpeluang merasai hidangan di Streat Thai, Jaya One Petaling Jaya bersama rakan blogger.

Kami sampai sahaja disambut dengan begitu ramah dan sudah tersedia meja untuk kami. Jika anda biasa bergaul dengan orang Thailand, mereka memang mudah mesra dan peramah.

Budaya mereka memang sangat mementingkan adab dan budi bahasa yang tinggi ketika menyambut dan melayan tetamu. Terbukti cara mereka melayan kami sangat tertib dan berbudi bahasa. Terasa macam melawat negara Thailand pula.

Streat Thai – Aunthentic Thai Street Eats

Ini adalah pertama kali saya berjamu selera ala Thai di Streat Thai Jaya One. Tempat memang menarik dan ramai orang datang makan disitu. Boleh dikatakan semua meja penuh orang sedang menjamu selera.

Pada mulanya saya ingatkan Streat Thai ini food court biasa sama seperti kebanyakkan yang ada sebab nampak banyak tersedia stall berasingan.

Streat Thai adalah sebuah restoran yang kasual, santai dan terbuka. Menampilkan stall atau kaunter berasingan yang menyediakan pelbagai makanan asli Thai secara terbuka.

Anda berpengalaman menjamu selera menu makanan Thai yang sebenar dan asli seperti yang ada di jalan-jalan di Thailand.

Setiap menu khusus di sediakan oleh chef berasingan yang dibawa khas dari Chiang Mai, Chiang Rai, Pattaya, Nakhon Ratchasima, Bangkok dan Hat Yai.

Menu berbeza dengan gerai-gerai tomyam yang selalu kita makan tu. Semuanya makanan asli istimewa dari Thailand.

Seleksi menu memang banyak. Sebut sahaja apa jenis makanan thai yang anda tahu, semua ada dari appertizer, menu utama sehinggalah pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman istimewa Thai.

Tak payah susah-susah terbang ke Thailand untuk merasai authentic makanan Thai ini. Semuanya ada tersedia, pilih sahaja mengikut selera anda.

Menu paling popular som tum, pad thai, pad krapow, BBQ, tom yum, thai milk tea dan banyak lagi.

Macam-macam jenis makanan dihidangkan kepada kami sampai penuh meja. Panas-panas dan semua fresh dimasak ala minit.

Nampak tak gambar diatas, itu baru sedikit sahaja saya tayang. Paling bagus servis memang cepat , sekejap sahaja makanan kami dah sampai walaupun orang ramai.

Streat Thai ini bukan dibuka untuk walk-in sahaja. Sesuai untuk anda yang ingin membuat sebarang event atau jamuan makan khas.

Streat Thai ada menyediakan katering untuk majlis-majlis khas seperti parti hari jadi, majlis keluarga, persendirian atau syarikat. Tapi mestilah kena buat tempahan awal sebab sentiasa penuh.

Menjamu Selera Sambil Berhibur di Streat Thai

Lepas makan kami tak terus balik, sempat lagi layan  two-piece band…boleh request lagu tak hehe

Streat Thai bukan setakat tempat menjamu selera sahaja, ada tersedia hiburan untuk pelanggan yang datang makan disitu.

Pelanggan yang datang dihiburkan dengan live band yang membuat persembahan menghiburkan setiap pengunjung yang datang di Streat Thai setiap hari Jumaat dan Sabtu, 7.30pm – 10.30pm.

Memang best malam minggu sambil makan dengan keluarga atau rakan boleh layan live band. Baru selera makan tu lebih sikit kan.

Tersedia juga projector besar untuk menonton bola beramai-ramai. Kalau tiba musim bola pasti lagi meriah. Memang cun lah hendak santai-santai tengok bola dengan kawan-kawan.

Operation Hours : 11.00 am – 10.00 pm (Setiap Hari)

Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan Food Delivery. Jika anda ingin order dan hantar terus ke rumah atau pejabat pun boleh lebih-lebih lagi kawasan situ banyak ofis dan kawasan perumahan.

Nak lunch atau dinner makanan Thai tak susah, call atau order online sahaja.

Jika nak lihat senarai menu makanan dan servis yang mereka sediakan boleh layari laman website dan social media Streat Thai mesti telan air liur tengok makanan yang sedap-sedap.

Website : EatatStreat
Facebook : StreatThai
Instagram : @StreatThai

Saya jamin anda akan puas hati menjamu selera di Streat Thai. Selain makanan yang sedap, tempat pun cantik dan selesa. Paling utama harga berpatutan dan servis pun terbaik. Tak rugi bawa keluarga makan disitu.

Di negara kita ini ada pelbagai jenis makanan dari dalam dan luar negara terutama Asia. Sebut sahaja jenis makanan yang anda ingin cuba, boleh dikatakan semuanya ada di Malaysia.

Pelancong luar yang datang ke Malaysia juga tak susah nak cari tempat makan dan boleh mencuba pelbagai jenis makanan dari negara-negara luar tanpa perlu pergi ke negara tersebut.

Inilah istimewanya dan kelebihan negara kita dan memang kena sangat digelar Malaysia…Truly Asia…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest