Anak Bukannya Untuk Didera

Kes Penderaan Kanak-Kanak

Sayang anak ditangan-tangankan, bukannya didera.

Begitulah berita terbaru tentang 3 beradik didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya. Anak-anak malang itu didera, dikurung, dicucuh api rokok dan disimbah dengan air panas.

Ya Allah… Memang zalim sungguh.

Kasihan betul tengok keadaan mereka. Salah seorang daripada kanak-kanak malang tu kedua-dua kaki dan badan melecur teruk.

Banyak kes penderaan mental dan fizikal terhadap kanak-kanak sekarang ni.

Saya tak faham apa perasaan orang yang melakukan penderaan ni. Tidak ada langsung ke perasaan kasihan dan sayang terhadap kanak-kanak yang didera tu.

Yang menyakitkan hati, pelakunya adalah orang melayu. Mana letak akal, agama dan fikiran mereka sebagai manusia yang waras.

Memanglah kadang-kadang kita sebagai ibu bapa naik angin juga dengan kenakalan anak-anak kita. Walau senakal manapun takkan sampai pukul dan dera macam tu sekali.

Saya cukup geram bila baca atau tengok kes sebegini. Hati saya cepat tersentuh dan tak sanggup nak tengok keadaan kanak-kanak yang didera ni.

Kes Penderaan Kanak-Kanak

Pengalaman Melihat Kes Penderaan

Saya pernah lihat kes penderaan didepan mata saya sendiri. Kes ini berlaku dikawasan kejiranan saya semasa saya masih di tingkatan satu.

Ada sebuah keluarga rakan saya mengambil upah menjaga anak orang.

Saya selalu perhatikan budak-budak jagaan jiran saya itu tidak dijaga dengan baik; diherdik dan dipukul tanpa belas kasihan.

Kadang-kadang hanya hal kecil sahaja, tapi dipukul macam buat salah besar sangat.

Dalam banyak-banyak budak yang jiran saya jaga tu, ada seorang budak kecil yang baru berumur 1 tahun.

Budaknya memang comel. Saya selalu main dengan dia, bawa pergi jalan-jalan dan bawa balik kerumah saya. Saya masih ingat lagi nama budak tu, dah besar agaknya dia sekarangkan ๐Ÿ™‚

Seingat saya budak tu anak angkat seorang jururawat yang bekerja di Hospital Universiti. Yang sedihnya budak tu paling selalu kena dera.

Satu hari saya ternampak lagi budak tu dipukul dengan teruk, ditampar dan dilempar ke lantai. Saya yang kebetulan ada disitu terkejut tengok budak tu diperlaku sebegitu.

Sampaikan saya bertekak dengan jiran saya tu. Saya ugut dia, kalau dia pukul lagi saya akan bagitahu ibubapa budak ni.

Dia berhenti tapi mulut tak berhenti maki hamun saya. Nasib baik saya budak lagi kalau dah besar mahunya saya tumbuk sahaja mak cik tu.

Saya terus bawa adik tu lari balik kerumah saya. Tersedu-sedu adik tu menangis dan menahan sakit. Sedih saya bila lihat dia seperti takut sangat dan asyik peluk saya macam tak mahu lepaskan saya.

Saya ingat lagi saya mengadu dengan arwah mak saya, kononnya nak suruh mak saya jaga dan jangan bagi jiran saya tu jaga lagi.

Arwah mak saya ada pesan “jangan campur hal orang”.

Yang peliknya jiran saya tu buat tak tahu sahaja budak tu kat rumah saya. Tak ambil kisah langsung. Bila dah lama sikit baru saya hantar balik.

Selang beberapa hari saya tak nampak lagi budak tu. Agaknya arwah mak saya bagitahu ibubapa dia kot.

Dan sejak itu jugalah jiran saya tu tak bertegur sapa dengan arwah mak saya. Lantaklah dia nak benci saya dan keluarga saya pun, makin lama budak tu tinggal disitu makin teruk lagi nanti dideranya.

Nasib baik tak lama selepas tu, arwah mak saya membeli rumah di Wangsa Maju. Jadi kami pindah kesana dan tidak pernah tahu apa yang jadi dengan jiran saya tu.

Harap-harap dia berubahlah.

Adam tak pakai baju

Peranan Masyarakat

Kisah itu saya masih ingat sampai sekarang. Sejak itulah saya mula tak boleh tengok langsung kanak-kanak kena pukul. Saya jadi fobia, sedih hati dan perasaan hiba tu tinggi sangat.

Kadang-kadang bila tengok anak buah saya Adam kena cubit sikit dengan mummy dia sebab nakal sangat pun saya sedih…

Cepat-cepat saya bawa dia lari huhu.

Tu ada pepatah melayu berkata “Sayang Anak Ditangan-tangankan, Sayang Isteri Dimadu-madukan” erkkk… Pepatah penyambung yang belakang tu jangan pakai ya huhu.

Kita jangan duduk diam atau buat tidak tahu jika kita melihat kejadian seperti ini. Kalau nampak kes penderaan sebegini, serta merta buat report dan jangan ada rasa takut.

Bukan nak jaga tepi kain orang, tapi supaya hal begini kita dapat cegah dan tidak berulang lagi. Biar bagi pengajaran kepada orang yang melakukan penderaan tu.

Dalam hidup bermasyarakat, kita kena peka dengan persekitaran kita. Zaman sekarang manusia suka buat hal sendiri. Kadang-kadang jiran sebelah rumah pun kita tak kenal.

Saya sendiri pun tidak kenal jiran saya. Tetapi kalau saya nampak kes dera sebegini berlaku, saya memang saya tidak akan duduk diam sahaja.

Akma Shieda Adam

Anak Harta Paling Berharga

Ada pasangan yang mahu anak tetapi tidak memilikinya. Ada pasangan yang mudah mendapat anak tetapi tidak dijaga dengan baik.

Kalau rasa anak tu menyusahkan atau tidak mahu menjaganya; janganlah didera sebegitu, berikan pada orang yang benar-benar memerlukan dan boleh beri kasih sayang.

Kepada ibubapa yang menghantar anak ke nursery atau tinggalkan kepada pembantu rumah, janganlah bagi 100% kepercayaan kepada mereka, sentiasa pantau.

Pernah terjadi kepada rakan saya kehilangan anak kesayangan beliau akibat tersedak susu ketika dibawah jagaan nursery.

Anak adalah ciptaan Allah SWT yang paling sempurna dan paling berharga. Cuba kita lihat bayi yang baru lahir, bersih dan comel sangatkan.

Kita cuma perlu curahkan kasih sayang sepenuhnya sahaja. Itulah nyawa kita, itulah harta kita. Jadi, kita jagalah sebaik-baiknya.

Sekiranya korang prihatin dan dengan hati yang ikhlas tulislah satu artikel “Mencegah penderaan terhadap kanak-kanak” ni di blog korang.

Semoga penyebaran kita ini menyedarkan si pelaku yang zalim diluar sana.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business โ€“ Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

31 CommentsLeave a comment

  • sedih bila dengar ada kes penderaan membabitkan budak2x..Budak2x nie bukan tahu apapun, kesian, mmg tak ada akal..ada anak dibantai2x. Mcm manalah masa depan anak tu nanti, mesti fobia.

    • Dah takde pertimbangan manusia sekarang ni akubiomed. Betul tu balik ke zaman jahiliah hilang semua pegangan agama dan akal yang waras.

  • betol tu…saya baru selesai buat assaigmnt kes dera kanak-kanak..yang teruknya adalah yang menjadi mangsa dera adalah anak-anak orang melayu..tidak sayangkah mereka dengan zuriat yang di anugerahkan? fuhhh….sepatutnya kes dera sebegini tidak boleh berlaku kat negara kita..sebab anak-anak kita nanti akan jadi pewaris kepimpinan dalam negara kita..

    • Ooo ye ke..bagus sis, kuatkan assignment u tu, banyak boleh sis ambil sebagai rujukan. Abuse child memang kes yang paling akak anti dan benci sangat, lebih2 libatkan kanak-kanak. Sampai takde perkataan akak nak gelarkan manusia macam tu. geram, marah semua ada. Tak bersyukur dengan zuriat yang Allah swt kurniakan.

    • Bukan buli dah dik…ni kejam namanya.. Dapat balasanlah dari Allah swt nanti.

      Adam tu buah hati pengarang jantung akak tu.. Kalau jadi kat dia mau akak bunuh orang tu huhu

  • sepatutnya hargai anugerah Allah , kadang ada orang bertahun tahun untuk dapatkan, tapi segelintirnya bila di dapat anak sia-siakan , semua pihak perlu mainkan peranan

    • Kadang2 seriau akak bila baca kes macam ni, terasa kita pulak yang turut sama rasa sakit macamana anak2 malang tu rasa.. Memang kita semua harus main peranan..bila ramai bersuara maka akan ada sedikit takut pada sipelaku ni.

  • kesian dengan pemikiran org sekarang..syg tu..kekadang sayang sangat….elok didik anak dengan didikan agama yang sempurna..

    yang emosi plak,sampai diluahkan kat anak…adakah sebab dunia semakin stress..jadi ramai org dewasa sekarang tidak lagi ada nilai moral..

    tak pernah lagi tgk budak kena dera…dalam tv ada la tengok ๐Ÿ˜€

    • Macam Akubiomed cakap manusia dah balik ke zaman jahiliah. Hilang pegangan agama, perasaan sayang dah takde..

      Saya kebetulan ada 2 pegalaman. Yang paling sedih anak kawan saya meninggal kat nursery. Ada masuk berita gak last year. Dah lah anak tunggal, bertahun kahwin baru dapat anak.. Hantar nursery sekejap je sebab mak ayah dia pergi umrah. Tau2 anak dah takde meninggal tersedak susu. Macamana nursery tu jaga ntah..

  • sedih bila tengok berita pasal yang kes dera tue kak. itu yang kita tahu. untuk kes2 yang kita tak tahu. wallahualam kan. nanti akan mempengaruhi masa depan diorang kan.

    kalau orang macam tue, no words untuk kita describe dah. kejam sangat. patut ikat kat pokok, pastu lepaskan kerengga. baru diorang rasa.
    time tengok berita semalam, kaki budak tue luka teruk kan kak. sebab kesan kena ikat.

    ya allah… geramnya kak tengok mak ngan ayah tiri budak tue. semoga budak2 tue sembuh dan mak ngan ayah tiri budak tue dikenakan hukuman yang setimpalnya.

    • Takut tengok kan fyna.. Sedih akak tengok keadaan budak tu. Kaki budak tu macam takde bentuk dah… Sewel betul mak budak tu..anak sendiri tu, yang laki dia elok berkupiah bagai..geram aje akak tengok muka mak dia tu. Masa mak dia kena gari tu tangan berbalut cedera kan..mesti kena pukul awal2 kat dalam lokap..kalau betul padan muka..

      Fobia akak tengok sis, gila manusia camni, dah takde akal..otak letak kat mana tak taulah huishhh…

    • Memang geram sangat kan.. Dua2 positif dadah pulak tu, saya tang budak-budak kena dera ni tak boleh nak tengok rasa benci sangat kat orang yang mendera tu…tak tau nak gambar perasaan saya dah..

    • Susah nak faham sifat manusia sekarang.. Jauh terpesong tu yang sampai sanggup buat benda yang luar dari akal..tak ade perasaan.

    • Dah dapat balasan pun Asyrof..bapa tiri dia kena penjara 13 tahun, mak bdk2 tu 10 tahun… Tak cukup balasan yang diaorang dapat kalau kita tengok apa yang dia dah buat pada anak2 malang tu..tapi kita harap pelaku ni insaf lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest