Al Kisah Penyamun Dan Penyangak

penyamun dan penyangak
Berhati-Hati Walau Di Mana Jua Anda Berada

Hari ni dalam surat khabar, banyak betul kes ragut sampaikan ada mangsa yang cedera parah. Takut bila baca kes-kes macam ni.

Teringat kes yang sama pernah terjadi di depan mata. Masa tu saya meneman seorang kawan beli barang di Jalan Pudu.

Kawasan tu memang terkenal sebagai sebuah kawasan meniaga yang sentiasa sesak. Macam-macam ada kat sana. Saya rasa ramai yang tahu di mana terletaknya Jalan Pudu ni kan.

Setelah mendapatkan barang yang kami cari kami pun singgah duduk minum disebuah kedai mamak tepi Jalan Pudu tu.

Tengah duduk layan berbual, tiba-tiba saya dengar orang ramai menjerit betul-betul depan tempat kami minum, macam ada rusuhan, mula-mula takut juga saya.

Tak lama tu saya dan kawan beranikan diri untuk tengok apa benda yang kecoh sangat tu.

penyamun dan penyangak

Berhati-Hati Walau Di Mana Jua Anda Berada

Rupa-rupanya diaorang tangkap 2 orang budak melayu sebab meragut. Teruk peragut tu kena sepak terajang, antara ramai-ramai yang pukul tu ada seorang mamat cina yang paling bersungguh-sungguh belasah.

Kesian pulak tengok budak melayu tu kena belasah, tapi siapa suruh meragut. Rasakanlah bahananya…

Saya dengan kawan beranikan diri tengok dekat-dekat untuk buat edisi siasat…huhu.

Terdengar mamat cina tu bercerita, peragut 2 ekor tu cuba nak snatching handbag sorang “ah so” tua tengah jalan. Terjadilah adegan tarik menarik, sampaikan motor peragut tu tergolek, tu yang mamat cina tu dapat tangkap.

Kuat giler “ah so” ni nampak je tua, nak je tanya, “Apa obat lu makan, banyak kuat ooo” hahaha…

Tak lama tu dua motor polis sampai meleraikan kumpulan lelaki yang tengah duduk syok sepak, teranjang, menendang semua cukuplah, kalau lama maunya koma budak-budak tu.

Tengah diaorang duk tunggu patrol car sampai. Seorang daripada peragut tu bersuara, “Bang handphone saya kena rembat”, polis tu tanya balik “siapa rembat handphone kau”…Budak tu jawab, “Mamat cina ni” sambil jari menunjuk ke mamat cina yang bersungguh-sungguh belasah dia tadi.

Apa lagi abang polis tu terus pegang kuat lengan dan seluk semua poket cina tu, cuak sungguh muka dia. Jumpa dua biji handphone.

Lepas kenal pasti handphone tersebut kepunyaan budak tu, terus abang polis tu gari mamat cina tu sekali, tak pasal-pasal kena duduk sekali mencangkung kat situ.

Saya dan kawan terkekeh-kekeh ketawa. Apa punya ngoklah mamat cina ni, tadi kemain lagi dia berlagak hero kononnya dia yang berjaya tangkap peragut tu, rupa-rupanya diapun sama penyamun tarbus jugak hahaha.

Teringat dialog P.Ramlee “Bapak disana tu penyamun, abang di sini penyangak. Dah kena dah penyamun jual penyangak.” Kihkihkih…padan muka korang.

Pasal hal penyamun dengan penyangak ni, saya dengan kawan tersangkut kat situ dekat sejam sebab jalan jadi jam.

Adatlah orang Malaysia kan kalau ada jenayah, kemalangan atau apa-apa ajelah, mesti ramai yang duk menyibuk nak tahu termasuklah kami huhuhu.

Kes ragut ni dah makin serius sekarang, selalunya mangsa perempuan. Mentang-mentang kami kaum lemah. Saya sendiri pun takut bila berjalan sendirian kat luar.

Duduk negara sendiripun rasa tak selamat… Haiii apa nak jadilah dunia sekarang ni kan…hmmm

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

13 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest