Absolute 25 Premium Collagen Rahsia Badan Sihat dan Kulit Cantik

Ramai wanita menghadapi masalah kesihatan dalaman dan luaran tidak mengira peringkat umur. Masalah yang selalu wanita hadapi adalah masalah kulit seperti masalah kulit kering, tidak bermaya, pucat dan kusam.

Satu fenomena yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan persekitaran, diet, gaya hidup yang tidak sihat dan tekanan. Semuanya masalah ini boleh mengakibatkan toksin berlebihan didalam badan. Pengumpulan toksin dalam badan akan terpancar pada kulit.

Toksin boleh mengakibatkan fungsi tenaga pada usus tidak boleh mencerna, membaiki dan melakukan pembersihan. Ini yang menjadi punca kulit menjadi pucat, kurang oksigen, tidak bermaya dan lebih cepat nampak tua.

image

Nutri Riche Absolute 25 Premium Collogen

Saya ingin kenalkan kepada anda satu produk collagen yang khusus untuk kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Produk ini baru sahaja dilancarkan.

Baru-baru ini saya sempat menghadiri Soft Launch Nutri Riche Health & Beauty Bersama Kelab Blogger di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.

Absolute 25 Premium Collagen adalah produk keluaran milik bumiputera, Nutri Riche Health & Beauty Sdn Bhd. Sebelum Absolute 25 Premium Collagen memasuki pasaran jualan telah disahkan kualiti dan jaminan selamat oleh pihak berwajib dan makmal kesihatan yang dipercayai di Malaysia.

Telah mendapat kelulusan pengkelasan makanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),  disahkan Halal oleh JAKIM dan melepasi ujian pemakanan yang ketat dari Melaka Biotechnology Corporation yang diiktiraf ISO17025.

Hanya diedarkan secara online melalui Nutri Riche Sdn Bhd sahaja. Tiada wakil pengedar atau agen. Ini bertujuan untuk berjaga kualiti produk dan pemasaran.

image

Absolute 25 Collogen Pembersih Usus

Absolute 25 Collagen bukan khusus untuk kecantikan luaran sahaja tetapi kesihatan dalaman juga. Ia berfungsi sebagai pembersih usus yang boleh membantu proses penghadaman.

Fungsi dalam badan kita berkait. Jika usus tersumbat boleh menyebabkan sistem dalam badan tidak boleh berjalan dengan lancar. Ini yang menyebabkan timbul pelbagai penyakit.

Bahan-bahan adalah dari sumber semulajadi dan tiada langsung bahan kimia. Terdiri dari buah-buahan yang berprestij dan berkhasiat ekstrak campuran dengan L-cysteine iaitu kombinasi apple stemcell, marine collagen dengan agen anti-oksida dan rasa lazat bubblegummy.

Terdapat mineral yang dirumus khas yang boleh membantu membersihkan usus secara bersih dan sihat. Kandungan mineral membekalkan tenaga kepada usus untuk menyerap segala nutrisi yang baik.

Bila usus dah bersih, ia akan menyerap segala agen-agen Super Antioxida yang terdiri dari Vitamin C, ekstrak buah delima, kranberry, tomato, biji anggur, astaxanthin, lutein, acesulfame-K dan stemcell serta Premium collagen bagi membaiki dan menambah baik tahap kesihatan kulit.

Kulit pun akan lebih sihat dan cantik.

image

Kelebihan Absolute 25 Collagen

Banyak kelebihan Absolute 25 Collagen ini. Sangat sesuai untuk anda yang menghadapi masalah penghadaman, kembung perut, sakit kepala, letih serta lesu, mulut berbau,dan perut buncit berpunca daripada usus yang kotor, berlender lalu membentuk plug dan kerak di dalam ruangan usus.

Boleh diambil oleh ibu mengandung, pesakit diabetis, darah tinggi dan sebagainya. Tiada bahan kimia dan sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan (meal dupplement) harian anda.

Ia juga membantu membaiki kulit yang bermasalah

  • Skin Radiance
  • Mencerahkan kulit
  • Menghapuskan Dark Spots
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan kedutan
  • Tingkatkan Metabolisma

Cara Pengambilan Absolute 25

Packaging Absolute 25 Collagen dalam bentuk serbuk didalam sachet. Senang untuk ada bawa kemana-bawa. Cara makan pun mudah sahaja. Tidak perlu susah-susah nak bancuh, shake atau sebagainya. Koyak sachet, tuangkan ke bawah lidah dan kemam.

  • 1 sachet pada waktu pagi dan
  • 1 sachet pada waktu malam.
  • Selepas 1 jam pastikan minum satu gelas air.
  • Hasil penggunaan Absolute 25 dapat dilihat sepantas 3 hari mengikut tahap kebersihan usus anda.

image

Pengalaman Mengamalkan Absolute 25 Premium Collagen

Saya baru seminggu mengamalkan Absolute 25. Mungkin masih terlalu awal untuk saya berikan testimoni. Tetapi saya sudah dapat rasa tindakbalas yang berlaku kepada kulit luar dan dalam badan.

Pertama kali kemam Absolute 25, mulut dan tekak saya rasa panas dan pahit. Keliling mata rasa tegang dan kering. Ada rasa pedih lidah seperti makan nenas.

Kerap rasa nak buang air besar dan badan mula rasa tak sedap macam nak demam. Pelik juga kenapa baru makan 2 sachet dah jadi begitu. Dalam otak fikir mungkin healing proses.

Saya baca balik semua informasi produk, isikandung, cara pengambilan dan testimoni pengguna. Rupa-rupanya kesilapan yang saya lakukan tidak minum air yang banyak  selepas kemam kolegan ini.

Apa pun jenis produk yang kita ambil paling penting harus minum banyak air. Mineral sangat penting untuk proses tindakbalas dan membantu proses pemulihan dalam badan.

Selepas ikut cara pengambilan yang betul baru tiada masalah. Paling ketara pada hari ke 6 makan Absolute 25 terasa badan rasa ringan dan perut rasa selesa. Nama pun pembersih usus mesti banyak toksin tersumbat yang dah dibersihkan.

image

Absolute 25 Collagen “Cleanse, Clear, Cantik”

Masalah wanita sekarang lebih mementingkan penjagaan  luaran berbanding dalaman. Sepatutnya dari dalamlah kita kena jaga supaya fungsi dalaman badan berjalan lancar dan hasilnya luaran badan juga cantik dan sihat.

Sekarang ini lambakan produk kesihatan dan kecantikan tumbuh macam cendawan. Sampaikan kita pening untuk memilih mana yang bagus dan sesuai. Macam-macam produk kita cuba tapi tiada hasil. Duit pun dah habis beribu-ribu semata-mata untuk beli produk untuk cantik dan sihat.

Sebaiknya pastikan anda tahu isikandung dan fungsi satu-satu produk yang anda makan atau minum. Baca kelebihan dan testimoni yang dikongsikan oleh pengguna. Saya bukan pakar kesihatan tetapi saya suka buat research di internet tentang kesihatan dalaman dan luaran. Cara begini membantu kita memilih produk vitamin atau supplemen yang betul dan sesuai.

Setiap produk yang bagus pasti ada menyediakan khidmat pakar untuk membantu dan memberi panduan kepada kita sebagai pengguna. Begitu juga produk pembersih usus keluaran Nutri Riche Health & Beauty ini. Mereka mempunyai tim yang pakar dan professional  dalam membantu dan memberi khidmat nasihat kepada anda.

Untuk maklumat informasi dan lanjut tentang produk anda boleh hubungi laman rasmi dan official social media Nutri Riche.

Facebook page : Nutri Riche Malaysia
Instagram : NutriRicheMalaysia

Jika anda ingin mencuba, sekarang ada harga promosi RM90.00 sekotak (Harga Asal RM120). Sementara masih dibuka harga promosi dapatkan segera Absolute 25 Premium Collage ini. Cubalah pasti makin sihat dan cantik kulit anda nanti…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest