2012 Tahunku Yang Cantik

2012 tahun cantik

Saya percaya ramai menjadikan slogan 2012 Tahunku Yang Cantik sebagai satu kata-kata perangsang dalam menaikkan semangat untuk mencapai impian dan memenuhi azam sebelum berakhirnya tahun 2012 ini.

Setiap manusia mempunyai azam dan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk mencapai impian samaada dalam hidup mahupun kerjaya.

Kita cuba melakukan perubahan positif dari sudut perspektif yang baik untuk diri kita setiap tahun. Ada yang berjaya memenuhinya dan ada juga yang masih cuba mencapainya.

Tidak terkecuali dengan diri saya juga…

green apple kube

Green Apple

Walaupun saya tidaklah begitu cantik, namun sekurang-kurangnya tahun 2012 adalah tahun yang cantik bagi saya kerana…

2012 Tahunku Berehat, Bertenang Dan Bersantai

Kenapa saya kategorikan 2012 tahunku yang cantik. Banyak cerita disebaliknya yang ingin saya kongsikan dengan anda semua.

Tahun 2012 adalah tahun yang agak ringan bagi saya dari segi bebanan kerja, hidup dan masalah… Ianya terasa lebih tenang.

Tahun-tahun sebelum ni saya terlalu sibuk membina kerjaya sendiri sehinggakan tiada masa dan ruang untuk berehat disebabkan tuntutan kerja yang terlalu banyak.

Ekoran daripada itu, saya sering ketinggalan aktiviti yang diadakan oleh keluarga saya. Maka, tahun 2012 ni saya cuba menghadkan semua kerja supaya dapat turut serta aktiviti bersama keluarga pula.

Akhirnya… kami sering gathering dan melawat saudara mara yang jauh dan dekat. Malah hubungan kekeluargaan semakin erat dan hidup berasa cukup bererti sangat.

Lebih menjadikan 2012 tahunku yang cantik adalah apabila saya mempunyai peluang pergi melancong dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Saya sangat bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang memahami dan bahagia.

Malah, semakin bertambah rakan-rakan saya dari berbagai bangsa dan kaum. Semuanya cantik dan kacak belaka… 🙂

aktif menulis blog tahun 2012

Mula Aktif Menulis Blog Pada Tahun 2012

Menulis merupakan minat saya sejak dari dulu lagi, disebabkan kekangan kerja ianya membataskan had saya menulis. Sekarang mempunyai masa terluang menulis blog saya sendiri.

Lebih manis dan cantik apabila saya berjaya mempunyai theme dan hosting baru pada tahun 2012. Blog ni baru sahaja saya buka pada 14th July 2012.

Kalau nak dibandingkan blog saya yang dulu dan sekarang, memang ketara sangat perbezaannya. Blog yang dulu bermacam-macam widget saya letak, macam blog kartun pun ada juga, tengok pun tak cantik.

Sekarang ni saya rasa lebih kemas, cantik, kacak dan teratur tetapi masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki… 🙂

Aktiviti Blogging Tahun 2012

Sebelum ini saya banyak menghabiskan masa melayari internet untuk mengikuti perkembangan semasa dan melayan social media saja, adakalanya membosankan. Tidak dinafikan apabila terjebak dalam dunia blogging ni, jadi makin best pulak…hehehe

Malah, sempat juga saya menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh blogger tempatan. Bermacam-macam hadiah lumayan yang disediakan oleh para blogger.

Antara contest yang saya turut serta Maybank Legoland contest, CoretanAnuar contest, Eizil.com contest, FarhanSyah.com contest, Denaihati contestAmirez.com contest dan mungkin ada lagi yang bakal menyusul. 🙂

Banyak jugakan hehehe… Bagus juga join contest ni sekurang-kurangnya dapat idea update blog sekali.

Ianya satu pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan sekaligus mendapat ramai kenalan baru.

hand with globe

Ingin Sukses Dalam Perniagaan Internet

2012 Tahunku Membuka Website E-Commerce Pertama

Bidang perniagaan Internet memang satu bidang yang ingin saya ceburi sejak dari dulu lagi, tetapi tidak mempunyai masa dan peluang.

Namun, 2012 adalah tahunku yang cantik kerana mempunyai peluang untuk memulakan perniagaan internet ini sebelum ianya melabuhkan tirai tidak lama lagi.

Bersama seorang rakan kongsi, kami membuka sebuah website perniagaan e-Commerce, iaitu MayaShopper.com.

Maya Shopper merupakan sebuah website online bisnes pertama yang kami akan buka nanti. Buat masa sekarang, ianya lebih fokus kepada penjualan T-Shirt. Akan datang mungkin ada penjualan produk lain dari studio kami sendiri.

Saya akui untuk memperkukuhkan website ini bukan sesuatu yang mudah, persaingan yang amat kuat dan memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tetapi saya percaya rezeki ada dimana-mana sahaja dan selagi kita tidak mencuba kita tidak akan tahu hasilnya.

Saya akan sedaya upaya berusaha sebaik mungkin menaikkan branding kami sendiri dan menjadikan tahun 2012 adalah permulaan yang cantik untuk perniagaan kami.

Ianya bersesuaian dengan slogan yang kami gunakan iaitu 2012 tahunku yang cantik. InsyaAllah…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

99 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest